Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Wednesday, November 11, 2009

Antara Gembira dan Sedih

Dua hari yang berlalu  genaplah sudah usia anak ketiga saya dikasihi Nursyamimi Syazana menyambut ulangtahun  kelahirannya yang ke tiga (10-11-2009) untuk itu
 ianya disambut dengan sederhana,dalam kegembiraan terselit  rasa kerinduan buat cahayamata  yang sulung saya, 11 tahun kepermergiannya(Mohd Daniel Ashraf)
masih terus segar dalam ingatan (11/11/98-19/11/98 ) bagi memperingati saya menutup seketika blog saya dan dalam pada itu juga saya berikan kesempatan kepada rakan yang tidak menyukai dengan penulisan saya untuk mengeluarkan link ke blog saya.Apa gunanya jika blog saya dilinkkan jika ianya hanya mencetuskan ketidaksukaan atau membangkitkan kemarahan kepada mereka yang hanya melihat daripada sudut yang negatif sahaja.walaupun kehilangan rakan sudah pasti tetapi dari sudut kebenaran
pasti saya utamakan
 
Ya....betul dan setuju dengan kata rakan saya kepada saya "Man,baik tutup sat blog ni ,bagi depa masa ,kalau depa masih suka depa akan linkkan jika tak, depa boleh keluarkan link hang" bak kata perpatah dayung ditangan  perahu di tambatan sekiranya mereka masih ingin mengekalkannya pun tiada ada masalah bagi saya,tapi harus dingatkan  hanya mereka yang ingin melihatkan kebenaran sahaja dan mempunyai pandangan yang jauh serta tahan emosinya  sesuai membaca tulisan-tulisan saya.
 
Pendirian saya mungkin takkan sama dengan pendirian anda semua,jika pedas masuk aja telinga kanan dan keluarkannya melalui telinga kiri.Saya tidak mengikut lunas-lunas  atau etika kewartawaan sebagai blogger saya punyai pendirian yang tersendiri, terpulanglah kepada mereka di sana untuk membuat penilaian,sekiranya sesuatu yang saya perkatakan itu ada kebenarannya maka seharuslah kita memandangnya dengan serius.Tak perlulah anda terus melompat, melenting sekiranya  yang salah adalah orang lain,bukan niat untuk membuka pekung yang tersembunyi tetapi hakikatnya jika ianya terus ditutup perkara seumpamanya akan terus berlaku dan berlaku bagai tidak ada bermaruah lagi.

Maaf saya tidak akan berkompromi semua gejala ni mahu pun rakan yang saya kenali.
Adakah anda mahu satu hari nanti callsign yang anda perolehi itu yang akan menjadi duta dikata diperolehi melalui cara yang kurang enak didengar,adakah anda sanggup menghadapi kenyataan sebegini..? tentu tidak..kan?
 
Persoalannya apakah proses itu masih releven dan boleh diterima oleh kita semua?
sebelum ianya menjadi lebih parah ada baiknya kita mencari jawapan untuk elakan
 daripada ianya berlaku dan dengan cara sebegini sahaja tiada proses mendapatkan sesuatu dengan mudah seperti "Rubber Stamping" Adakalanya apabila terlalu menginginkan kejayaan tidak dinafikan kita semua akan terfikir  untuk mengambil jalan yang mudah,walaupun pada mulanya anda sedar ianya adalah satu kerja yang salah,saya juga  terfikir kucing mana yang tak makan ikan jika diletakan di depan"apa mungkin bila jawapan diberikan anda ingin menolaknya tambahan pula saat itu anda bagaikan hilang punca ingatan,sekiranya anda telah sedar akan kesilapan yang telah
berlaku kembalikan keyakinan dengan membuktikan kepada semua anda sebenarnya mampu untuk mencapai status itu dengan berusaha dan memberikan kejutan bahawa suatu masa nanti kita bisa jumpa di udara.
 
Sungguhnya tidak ada jalan yang mudah untuk dicapai ,berusaha itulah jalannya.....73