Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Sunday, November 4, 2007

PERSEDIAAN PEMBELAJARAN MORSE KOD

SAYA INGIN PELAJARI MORSE BAGAIMANAKAH CARANYA?
Anda mempunyai perlbagai pilihan untuk pelajari morse.
Apa sahaja software boleh digunakan,selagi ia memberikan keselesaan kepada anda tapi harus ingat pastikan ia sesuai dengan anda,berbagai software boleh anda dapatkan dari internet morsecat,korch method dan banyak lagi,lebih bagus jika anda mempuyai tutor yang berpengalaman.

PERSIAPAN YANG BAGAIMANA YANG SAYA PERLUKAN?
Pertama sekali anda perlu setkan minda anda "Belajar Morse Tak Susah"susah lagi RAE".
"Morse saya perlu mendengar sahaja,ya saya perlu mendengar dan terus mendengar".Anda perlu menjadi pendengar yang setia,setkan masa untuk anda mendengar sekurang-kurangnya 15-20minit setiap sessi (1X)pagi dan (1x)malam yang selebihnya sessi tak rasmi iaitu ketika anda ada lebih masa terluang,jika miss satu sessi pun tidak mengapa,yang penting anda harus mendengar,Kurangkan QSO ketika anda mobile tumpukan kepada morse sahaja."makan morse,minum morse,tidur morse bak kata apa sahaja morse.Ada ketikanya perilaku anda agak pelik di pandangan ahli keluarga ketika anda mempelajari morse,konsentrasi amat penting jika 15-20minit sessi anda mendengar minta sesiapa jangan ganggu anda.

CARA MENDENGAR
Sebaik-baiknya anda perlu berada disebuah bilik atau dipersekitaran yang tenang dan jangan lupa gunakan headphone atau earphone untuk mendengar,anda boleh pejamkan mata ketika anda mendengar,cara ini mungkin berkesan kerana perhatian anda tidak tertumpu kepada keadaan sekeliling.Apabila mendengar jangan fikir apa bunyi tersebut sebaiknya anda menghayati irama/tone morse tersebut dan tafsirkan apa abjad.Lupakan pasal nombor seketika tumpukan kepada abjad-abjad sahaja dan jangan sentuh key untuk SENDING.Elakkan mengingati bentuk karektor abjad sebagai titik dan sengkang sebaliknya ingati bunyi iaitu iramanya contoh bunyi A di-dah (Rythm).
Untuk peringkat pertama anda perlu melalui sessi pengenalan kod A-Z jika anda belajar melalui korch method ianya bermula dengan K dan N atau dengan kaedah lain grouping asas seperti:
E I S H
T M O
N D B
A W J
A U V
Sekiranya anda telah mahir dengan kod group di atas anda telah berjaya menguasai 57peratus kod morse bahagian abjad.Antara kod morse lain yang mudah untuk anda pelajari ialah C Q dan SMS.

CARA YANG BERKESAN ADALAH:
Dengar dan terus mendengar,penuh konsentrasi dalam pembelajaran,jangan tinggalkan sessi mendengar ikut jadual yang telah anda setkan,apabila copy/catatkan gunakan tulisan huruf kecil ianya lebih pantas namun pastikan anda boleh membaca kembali apa yang telah anda catitkan.Verbal/bunyikan irama abjad setiap kali anda memandu,membaca papan iklan,plat kenderaan yang melintasi anda,atau membaca tajuk-tajuk utama surat khabar.Apabila anda maju copy 70peratus naikkan kelajuan/speed atau tambahkan karektor/abjad yang baru.Untuk memudahkan anda ke mana sahaja dengan cw rekod dalam telefon anda dan pastikan ianya rekod-rekod yang sentiasa anda update bukannya anda mendengar kod-kod yang dimainkan mengikut susunan yang mana anda dapat mengenali apa bunyi tone tersebut.

APA TANDA-TANDA CW ANDA DAH MENINGKAT/PEMBELAJARAN ANDA BERHASIL
Apabila anda tidak mengambil masa yang agak lama untuk mengingati irama bunyi tersebut,otak anda akan reflex dengan cepat mulut anda akan menyebutkan abjad bunyi yang anda dengar tanpa teragak-agak.

6 comments:

Anonymous said...

askum saje nak share pengalaman saya ape yang pak man dan pak ashee dan sesiapa saja kata belajar cw jgn pegang key ini kerana bila dah tersalah dengar tone nak betulkan balik agak sukar.so dengar sampai boleh.saya bagi perrumpamaan katakanlah kita mendengar lagu tanpa lirik pada hari pertama dan lagu tersebut amat kita sukai.hari pertama pastinya tak leh nyanyi, hari kedua dengar lagi lagu yang sama dan kita boleh nyanyi sikit dan seterusnya dan last sekali walaupun tak tgk lirik tapi dah boleh nyanyi.mcm tu la ngan cw pertama untuk belajar kena ade minat dan setiap hari kita dengar benda yang sama inshaALLAH akan boleh copy.START ngan 12 wpm.jgn hafal code kenal code melalui rythm atau lagu die.Saya ikut koch method melalui software g4fon dan saya boleh copy cw dalam masa sebulan

Anonymous said...

untuk sending pulak bila kita dah rase kita dah ok kita boleh sending tanpa menekan key haha pelik bunyinya bukan tapi ni teknik yang saya gunakan untuk hantar cw dengan rythm.Cw boleh jadi sedap didengar dalam area 12 ke 15wpm dengan rythm .Caranya mudah je bila baca surat kabar gunakan mulut dan buat bunyi seaakan akan menghantar cw baca paper atau ape saje artikel bertulis yang kita jumpa transfer ke cw gunakan mulut dan pastikan die ade ryhtm.Inshaalh jika diamalkan selalu pastinya tatkala menghantar nanti kita akan menghantar dengan rythm.Dan paling penting setakat mana kita boleh receive CW takat tu sajelah kita hantar.Jgn ghairah menghantar laju sekiranya ability menerima cw kita kurang laju.biar seimbang antara sending ngan receive 73

Unknown said...

terima kasih atas info yang diberikan..saya masih lagi dalam proses pembelajaran CW ni. hanya beberapa huruf saja yang boleh saya copy rhythm nye.. yang lain2 masih lagi terkekek-kekek hehe saya amat berminat dgn CW. moga2 saya dapat mempelajarinya 73

Marn Natural Hair Growth Serum said...

saudara mierolat,syabas dan tahniah dari saya buat anda,sememangnya tak ramai ham yang bersungguh2@bermati-matian untuk mempelajari morse code...ni,rata2 yg telah berjaya mempunyai daya juang dan displin diri yg tinggi,apa yg tercatat di sini atau di mana-mana hanya sekadar penunjuk sahaja....90% adalah daripada usaha anda sendiri..mereka yang lain dan saya juga bermula seperti mana anda sekarang..tanpa penat dan jemu kami menemui jalan kesenangan akhirnya juga...harap anda mampu teruskan hingga mencapai kejayaan..insyaallah.