Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Monday, October 22, 2012




Lagi Gambar Sekitar Cyberjaya




Terkini Dibawa Terus Daripada Cyberjaya

Ujian dah nak mula ni....

Sumber pic diambil daripada 9m2land whatsaap group..





Pemandangan Sekitar Cyberjaya Hari Ini

Calon-calon dan supporter tengah bersarapan,kesempatan ini bolehlah minta-minta tips daripada otai-otai







Cabaran Sebenar Ujian CW Bermula Hari Ini

Assalamualaikum selamat pagi semua,all the best kepada semua calon2 ujian cw,doa saya semoga anda semua suksess pulang dengan kemenangan....kepada supporter tahniah kerana kehadiran anda semua juga bisa menjadi peransang kepada mereka yg lain,lebih bersemangat dn lebih yakin insyaallah.
Walaupin ujian ini bukan pun boleh memberikan anda berupa ganjaran seperti kenaikan gaji tapi setidak tidak memberikan anda satu kepuasan dlm memburu impian....


Monday, September 3, 2012

Friday, August 31, 2012

Wednesday, June 27, 2012

Berjinak-jinak dalam online bisnes



Untuk makluman rakan-rakan berikut adalah produk barangan SanDisk yang saya jual secara COD dan online...


1.Mikro SD kad kelas 4 2gb sehingga 32gb

2.Memori kad untuk digital kamera 4gb-16gb

3.Pendrive/Cruzer blade 4gb-32gb

4.Aksesori komputer,car mp3 fm modulator,charger juga aksesori telefon.


Harga yang saya jual,jauh lebih murah daripada yang dijual di kedai-kedai,kos penghantaran untuk pos laju hanya rm5,saya juga membuat potongan harga istimewa buat adik-adik student ...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Adik Ahmad Sufi

Assalaamualaikum,lama benar tak catatkan dekat blog ni terlebih dahulu ucapan terima kasih kepada pengunjung yang sudi menjengah ke sini,sengaja saya buatkan posting berkenaan adik Ahmad Sufi di sini dengan harapan sudilah kiranya kita sama-sama berkongsi maklumat untuk menderma sekadar yang mampu...melalui pemantau saya di page Tabung Ahmad Sufi....anak kecil itu sekarang lebih baik kesihatannya berbanding dahulu,sama-samalah kita semua mendoakan Ahmad Sufi akan sembuh seperti anak-anak yang lain seusia beliau....Aminnn ya rabbilallamin...

posted from Bloggeroid

Tuesday, April 10, 2012

MOHON SUMBANGAN IKHLAS BUAT AHMAD SUFI

Perkhabaran yang menyentuh hati saya tak kala melihat keadaan anak kecil ini....bertapa berat mata memandang berat lagi bahu memikul,saya pernah kehilangan anak sulung pada usia 9 hari dan apabila melihat anak kecil ini terlantar sedemikian air mata jantan ini menitis jatuh...ya allah kau berikan kekuatan pada anak kecil ini dan juga kedua ibu bapanya...

Ahmad Sufi Bin Romi Agus Syumadi dilahirkan pada tinggal 12-Mac-2012,sejak lahir telah menghadapi masalah paru-paru yang kritikal,kos perubatan AhmadSufi di Children Westmead Hospital adalah tidak kurang dari AUD3000 atau kurang lebih Rm9000 sehari.

Jika anda mempunyai akuan FB anda boleh "search" Tabung Ahmad Sufi...setiap hari bapanya akan update maklumat terkini mengenai perkembangan Ahmad Sufi..
Atas rasa memikul tanggungjawab saya panjang mesej dan perkembangan ini di blog agar ramai yang mengetahuinya..

Bapanya memohon sekiranya ada yang ingin memberikan sumbangan kepada Ahmad Sufi bagi menampung kos perbelanjaan rawatan di sana.

Di bawah berikut adalah nombor akuan yang tertera pada Facebook Tabung Ahmad Sufi

BSN-14133-41-00000395-4 Juli Yandi Linda Bt Suhaimi(ibu saudara Ahmad Sufi)

Maybank-152107010378-Juli Yanti Lidia Bt Suhaimi(ibu saudara Ahmad Sufi)

CIMB-14100000462201-Maya Syuhada Bt Suhaimi(ibu saudara Ahmad Sufi)

Romi Agus Shumadi Romi Suhaimi(Bapa Ahmad Sufi)
Bank-St.George Bank
Branch-112908
Account no-411178305

Sehingga blog ini ditulis,Ahmad Sufi lagi berada di sana,mengikut mesej yang dikemaskini di FB pihak TV3 melalui MHI(Malaysia Hari Ini) akan menemubual secara telepon pada 12-4-2012 jam 7.30 pagi live daripada sana.
Saya mohon jasa rakan-rakan untuk panjang-panjangkan mesej ini dan juga sama-samalah kita membantu sekadar termampu....."Doakan kesejahteraan,keselamatan anak kecil semoga sembuh seperti anak-anak lain"


















posted from Bloggeroid

Monday, April 9, 2012

ADAKAH ICOM 2200H MENGHADAPI MASALAH BERIKUT?

Berapa ramai pengguna@pemilik transceiver model Icom2200H yang punyai masalah berikut? Icom 2200H ada sesetengah dah jadi gila meroyan,kejap elok kejap tak...masalah di bawah kerap berlaku kepada rig mobile ni,rata-rata memaklumkan yang Icom 2200H ni ada masalah,saya salah seorang pengguna rig jenama ini,hampir 6 tahun digunakan dah masak sangat dengan penyakit yang datang dan pergi.


1.Ptt button ditekan tidak dapat transmit,Jika button squelch tidak dapat diturunkan@dinaikkan atau  button tidak berfungsi apabila ditekan ,sila plug off wire mikrofon rakan ham mengenalinya sebagai tali sotong,tanggalkan daripada radio untuk seketika dan plugin kembali dan cubalah. 2.Rig anda tidak dapat dionkan,dah puas tekan on button tapi tak juga boleh,sila putuskan supply yang masuk ke mobile rig ini,disconnectkan,cabut wire socket supply dan pasang semula,lepas itu cuba onkan suis,insyaallah jika ianya bersangkutan dengan masalah software perkara-perkara yang saya terangkan di atas mungkin dapat membantu anda untuk menggunakan rig jenama ini selagi ia tak kekal rosak...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, April 7, 2012

PROJEK CPO

Lama sungguh tak bermain dengan komponen-komponen elektronik ni,projek CPO terdahulu yang menggunakan IC555 mengecewakan....sebabnya bila dibuat perbandingan dengan litar yang saya paparkan di sini memang ternyata berbeza...IC555 mengeluarkan square wave...sebab tu tone yang terhasil masih terdapat buzzering...litar di atas saya muat turun daripada 9m2bal blog,litar ni tonenya memang sedap sine wave...

Agak memeningkan kepala juga sebab dah tinggalkan benda-benda ni hampir 6 tahun,beberapa komponen terpaksa dibeli yang selebihnya guna stok terdahulu.

Semua di atas tu bernilai rm21.45 ferric chloride asid,botol kecil tu berharga rm10 dulu botol 1 liter cuma rm8 sahaja.Sebab dah lama tinggal saya terpaksa merujuk kepada satu apps daripada android market@Google Play....errmmm pengguna android boleh muat turun Electrodroid..dekat apps ni amat sesuai kepada mereka yang ingin mempelajari basic electronik....


Oh ya nak gunakan teknik cetakan dan iron terus ke atas board pc pun dah rosak...maka terpaksalah guna teknik lama eatching....yang jadi masalahnya....sekarang layout tu hihihihi bilalah nak disiapkan ntahlah..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, April 6, 2012

KOMUNIKASI SEHALA KELEMAHAN YANG KETARA

Alhamdulillah,dalam kesibukan membanting tulang empat kerat saya cuba mencuri ruang waktu yang terluang,syukur Blogdroid adalah pilihan tepat untuk saya kembali aktif menulis,apa yang saya tulis ini adalah dari kaca mata saya...oleh itu ianya adalah hak saya untuk dikongsi bersama pembaca sekalian.


Sepanjang menulis di ruangan blog ada komentar yang boleh dikongsi bersama,tak kurang juga menyirapkan darah....pernah suatu ketika saya dihentam kerana memberikan pandangan yang dianggap negatif oleh segelintir pembaca...tak kurang juga ada yang menyokong..saya berpendapat penulisan di blog adalah sebagai komunikasi dua hala...penulisan di blog memberikan ruang kepada pembaca membaca dan juga membuat komen negatif ataupun positif.


Berbanding pula dengan penulisan di laman web sekiranya penulis berkenaan menulis atas sesuatu yang ternyata lebih bersifat peribadi...mesej yang disampaikan adalah tak lebih sebagai ketidakpuasan hati terhadap sesuatu....apabila terdapat pembaca yang ingin berkongsi pendapat iannya sudah menjadi komunikasi sehala...errmm kadang-kadang kita merasakan kita berpijak di bumi yang nyata namun pembaca melihat diri kita ini terawangan di angkasa.


Oleh itu berhati-hatilah dengan setiap tulisan,menyerang secara terangan lebih bersifat peribadi...bukanlah suatu yang boleh dibanggakan,kata seorang sahabat tulis berdasarkan "FAKTA" bukannya banyak yang"AUTA"


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, April 5, 2012

Q CODE PADA PLAT KENDERAAN

Kebisaannya Q code sering digunapakai pada perhubungan telegraph@ morse....sering kali juga kita ada mendengarnya digunakan di band 2meter terutamanya di repeater-repeater,QSL,QRT,QTH adalah antara yang sering disebutkan...plat pendaftaran bagi Langkawi bermula dengan abjad Q....jadi tak hairanlah jika anda bertemu dengan kenderaan yang platnya bermula dengan QRL,QRS,QRP,QRV,QRX,QRM,QRN...selepas ini mungkin ada rakan yang akan bertemu dengan kenderaan plat pendaftarannya QRT 73,QRT 7388


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, April 4, 2012

LINEAR AMPLIFIER UNTUK QRP


Linear amplifier untuk QRP set,pernah digunapakai untuk set walkie-talkie jenama Eatel....kalau tak salah saya linear ini dibuat oleh Pak Ed-9W2IR....RF transistor yang digunakan ialah C1969,dalam litar di atas R1 dan R2 saya sudah lupa nilainya..

posted from Bloggeroid


posted from Bloggeroid

Tuesday, April 3, 2012

2012 Tahun Permulaan Yang Cukup Hebat Di Cyberjaya

Sudah menjadi amalan tradisi.. sejak 2005 sehingga ke tahun 2012 setiap kali adanya ujian morse code sepastinya ianya akan mendapat sokongan moral daripada rakan sehobi terutamanya rakan 9M,uniknya pada sessi ujian kali ini ramai rakan 9M yang hadir.Mengikut info yang saya dapat daripada FB group" Radio Amatur Malaysia"kesemuanya seramai 26 orang,ini merupakan satu jumlah yang cukup ramai sejak tahun 2005 sehingga tahun ini,saya juga pernah ke sana suatu ketika dahulu,itulah julung kalinya saya membuat lapuran lintas langsung bersama Haris/9M2ALL..

Apa yang ingin saya nyatakan disini ialah kehadiran mereka ini memberikan semangat kepada rakan-rakan 9W,Acapkali yang hadir memberikan sokongan moral yang tak berbelah bagi adalah Hj Rashid/9M2RS,9M2AU dan juga 9M2NZ...mereka yang lain ialah 9M6CED,9M8WAT,9M2XPO,9M2BMX,9M2AIR,9M2YRS,9M2MRL,9M2ALL reporter saya ketika sessi ujian CW terdahulu,kesibukan tugas menghalang kami untuk menyediakan lapuran lintas langsung pada tahun ini namun tidak menghalang beliau untuk menjenguk sebentar rakan-rakan di Cyberjaya...senarai berikutnya pula 9M2NRS,9M2AVB,9M2AGC,9M2NZ yang berkesudian menaja penginapan beberapa rakan Johor dan Terengganu.. senarai seterusnya pula ialah 9M2RJ,9M2USB,9M2VOT,9M2NDO,9M2NM,9M2ESM,9M2AIS,9M2AUR,9M2RT,9M2?? daripada Pasir Puteh dan juga 9M2BAL.

Bagi saya ini merupakan satu rekod terbaru sokongan teramai rakan 9M yang yang hadirkan diri sejak 2005.

Tahniah kepada barisan 9M yang terdapat di dalam gambar di bawah credit to 9M2BAL atas photo ini.

posted from Bloggeroid

Monday, April 2, 2012

Tinggal Kenangan


Inilah lakaran tangan mendiang Liew a.k.a 9M2LN 5/8 ground plane antenna....beliau berikan kepada saya 14 tahun lalu sewaktu mengunjungi beliau di saltminenya.

posted from Bloggeroid

Sunday, April 1, 2012

Mesyuarat Agung Tahunan Astra Pulau Pinang

Tahniah kepada 9W2SOB a.k.a Pak Ndak masih kekal sebagai Pengurus negeri,9W2BZI-cikgu Ruzi kekal sebagai N.Pengurus dan ajk-ajk yang lain syabas..

Isu mengenai penggunaan DCS/Digital Code menyukar ahli yang dari luar rancak dibahaskan,set radio jenis lama seperti Kenwood TM261 dan senasib dengannya memang tidak boleh mengekses ke sistem DCS,ada ahli yang masih tak reti untuk membuat setting...apa pun daripada perbincangan DCS yang disetting adalah kerana untuk mengelakkan agar QRM terus berlaku,penggunaan tone akan dilakukan semula selepas kerja-kerja penyelenggaraan menukar antenna yang baru,penggunaan tabung cavity yang tune untuk frekuensi yang diinginkan.Melalui Dato Bahari masalah tersebut diajukan..insyaallah dalam masa yang terdekat 9W2PKK-cikgu Abu akan campur tangan dalam hal ini.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, March 30, 2012

Homebrew Crystal Radio Daripada Majalah Jepun

Ini adalah projek radio hablur atau juga dikenali sebagai radio crystal,bahan-bahan yang digunapakai boleh didapatkan daripada komponen radio lama,ia tidak memerlukan kuasa bateri untuk berfungsi saya pernah terbaca pada zaman perang dunia ke2 ada askar yang membuatnya memadai hanya menggunakan pisau cukur,fon telinga dan seutas wire...pada  gambar di atau anda boleh lihat bagaimana variable capasitor dibuat dengan menggunakan bahan terbuang aluminium foil@kerajang  aluminium.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Homebrew 4:1 Air Core Balun

Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, March 29, 2012

Aplikasi Morse Kod Melalui Smartphone@Android

Berita baik untuk rakan-rakan yang menggunakan telepon mudah alih Android,anda boleh mempelajari kod morse dengan memuat turun apps seperti gambar di atas,Keadah yang mudah amat sesuai,terdapat 43 sessi pembelajaran...beserta kuiz untuk menguji tahap pencapaian anda...sila dapatkan daripada Android Market@Google Play...selamat belajar!!


Published with Blogger-droid v2.0.4