Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Tuesday, August 18, 2009

INTER FACTORY FIRST AID COMPETITION NORTHERN REGION












Dah lama tak up date blog ni,Sabtu lepas 2 pasukan ERT saltmine saya dengan kekuatan anggota seramai 14 orang
telah menyertai pertandingan rawatan kecemasan yang bertempat di PBSM Pulau Pinang,pada mulanya saya dimaklumkan seramai hampir 20 pasukan akan menyertai pertandingan,mungkin kerana penularan wabak H1N1 yang semakin menjadi-jadi hanya 9 buah pasukan sahaja yang mendaftar.Sebagai langkah berjaga-jaga beberapa peserta termasuk saya terpaksa memakai mask dan menjadi "ninja"hehehehehe...

Alhamdulillah saya dan 6 anggota yang lain telah diberikan kepercayaan untuk menerajui kumpulan A,konon-kononnya untuk team kuatlah bagi company saya ni,ditugaskan sebagai leader tanggungjawab amatlah berat,membuat servey jenis kecederaan
dan mengarahkan ahli kumpulan yang lain untuk melakukan rawatan mengikuti prosidur yang betul dan juga tukang telefon
kat 999 eemm....nak telefon 999 pun kena tau juga bukannya main aci bedal saja...kena kasi tau maklumat yang lengkap
antaranya beritahu nama yang buat panggilan of course lah sebab bukan buat pangilan palsu,pastu lokasi kemalangan dan paling penting kalau dapat maklumkan beberapa perkara mengenai mangsa,sebagai contoh 2 orang mangsa,jenis kecederaan....patah tulang belakang atau berlaku pendarahan serius ka...apa..ka...kalau bagi kes yang perlu buat CPR kena pesan tolong bawa alat AED sekali....


Secara ringkas semua pasukan perlu menangani 2 senario yang ditetapkan:

Senario pertama pada sebelah pagi bermula jam 8.30 pagi adalah kes kemalangan.

Senario kedua pada sebelah petangnya bermula pada jam 12.30 tengahari juga kes kemalangan dan sessi CPR.


Kes kemalangan bagi senario pertama sebelah pagi yang terpaksa pasukan saya hadapi ialah merawat mangsa yang terjatuh daripada tangga,dan juga melibatkan kecederaan patah terbuka.

Secara ringkas jenis kes kecederaan atau rawatan bagi pertandingan adalah seperti berikut:

1.Luka tikaman terdapat bendasing 2.Luka terhiris,luka kemalangan mesin (terkapit mesin)luka yang mengakibatkan berlakunya pendarahan yang teruk 3.Patah tertutup(patah kaki)
4.Patah terbuka sehingga tulang menonggol keluar 5.Kecederaan tulang belakang.
6.CPR atau bantuan pernafasan apabila jantung gagal berfungsi dan tiada denyutan nadi.
*Juga perlu tunjukan cara bagaimana meletakkan mangsa dalam posisi pemulihan.

Sessi pertandingan dimulakan sebaik pihak pasukan diberikan script bagi kes yang telah berlaku,tak kala itu di dalam kawasan pertandingan sudah kelihatan mangsa terbaring,melalui keterangan script,leader akan buat servey dan maklumkan apa jenis rawatan yang ahlinya perlu lakukan.Selepas data diperolehi daripada mangsa jenis kecederaan yang dihadapi leader akan bertindak menelefon 999 atau mengarahkan salah seorang ahlinya untuk maklumkan kes kemalangan yang berlaku.

Setiap kes kemalangan diperuntukan masa selama 15minit untuk membuat rawatan sehingga pihak 999(ambulan) akan sampai
,pihak urusetia akan membunyikan siren pada ambulan yang parking tepi dewan bagi mengisyaratkan bantuan daripada ambulan telah tiba...eemmm kalau team tak telefon 999 memang pihak ambulan tak kan sampai...hehehehe...apa pun 10 minit terakhir loceng akan dibunyikan oleh pihak juri bagi memaklumkan masa pertandingan dah hampir tamat.



Agak mendebarkan juga bahawa team saya adalah terpilih untuk memulakan sessi pertandingan sehingga sessi sebelah petangnya,namun berkat kesabaran dan sepontan semuanya dapat dilalui dengan mudah namun agak mengecewakan kerana ada beberapa perkara yang penting telah dipinggirkan kerana terlalu pantas bertindak.Sepastinya post mortem bagi sessi pertandingan akan dilakukan bagi mengenal pasti apakah tindakan yang sepatutnya diambil tetapi tidak dilakukan.


Menariknya kesempatan yang saya dapat daripada menyertai acara ini ialah,saya juga bertemu beberapa ahli ham radio dan beberapa rakan yang baru lulus RAE yang lepas,saya sempat eye ball dengan 9W2LEK,melalui beliau saya juga dimaklumkan terdapat beberapa ham yang turut menyertai Pasukan Bulan Sabit Merah Pulau Pinang antaranya Albert-9W2RAY,9W2VAD dan beberapa orang lagi yang callsignnya saya dah terlupa untuk catatkan di sini.


Rawatan kecemasan amatlah diperlukan bagi menggelakkan kecederaan yang serius terus berlaku ataupun boleh
menyelamatkan nyawa sesiapa sahaja.Kawal pendarahan,bantuan pernafasan dan beberapa perkara seumpamanya patut dipelajari oleh orang ramai bagi menghadapi kes kecemasan tidak kira di mana sahaja.