Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Wednesday, April 2, 2008

CARA MUDAH NAK MENGINGATI COLOUR CODE RESISTER


Jika anda tiada punyai multimeter agak susah nak menentukan kadar nilai sesebuah resistor,untuk mengingati kod warna dengan cara menghafal mungkin bermasalah bagi sesetengah rakan,jadi saya akan kongsikan cara mudah saya menghafal kod warna bagi resistor/perintang.

HI-Hitam
CO-Coklat
ME-Merah
OR-Orange
KU-Kuning
HI-Hijau
BI-Biru
UN-Unggu
KE-Kelabu
PU-Putih
EM-Emas
PE-Perak

Aturkan seperti berikut agar menjadi 2 rangkap pantun merapu 2 kerat

HI-CO-ME-OR-KU
HI-BI-UN-KE-PU


Jangan lupa emas dan perak,emas dan perak mana yang lebih mahal? tentu sekali emas jadi emas perlu diletakkan selepas PU-Putih dan diikuti dengan Perak.

Ini adalah teknik hafalan cara mudah,saya masih ingat lagi warna-warna pelangi melalui susunan bait kata contoh seperti di bawah:
MAHU-Merah
JADI-Jingga
KUAT-Kuning
HARI2-Hijau
BELARI-Biru
IKUT-Indigo
UNTA-Unggu

Atau Masuk Jalan Kurau Hidu Bau Isi Udang.