Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Wednesday, November 2, 2011

9M2WT ( Bill ) Meninggal Dunia


Kepada semua rakan ham yang mengenali 9M2WT-Bill telah menghembuskan nafas terakhir di MMC Melaka sekitar jam 8.00 malam tadi,beliau sempat saya kenali semasa menghadiri ujian morse code pada 2006,saya juga difahamkan oleh beberapa rakan yang beliau aktif dalam aktiviti outdoor,beliau juga seorang yang pemurah,seorang rakan bertanyakan kabel untuk dipinjamkan untuk ujian antenna tapi diberikan percuma oleh beliau,kalau tak salah saya beliau juga pernah sponsor cat untuk sebuah club house.
Mendiang berdiri 2 dari kanan bersebelahan 9M2AGC-Azlan,photo ini diambil semasa saya menghadiri ujian cw untuk kali ke2 pada tahun 2006 di SKMM Cyberjaya.

                                    9M2WT(Bill)mengendalikan set hf 40m qso bersama 9M2AR