Katakan anda masih belum berkahwin saat ini anda mempunyai kerjaya yang kukuh mampu membeli sebuah rumah dan sebuah kereta yang tak kurang hebatnya,pada suatu hari ketika anda melalui perhentian bas anda terpandang seorang gadis yang pada pandangan mata anda "anda sudah jatuh cinta buat pertama kalinya dan anda juga telah dibalas senyumannya tak kala melintasi di situ,rutin harian anda sememangnya akan bertemu si gadis yang cukup ayu entah kenapa tetiba sahaja hari ini senyumannya cukup membawa erti, jika kali ini anda menyapanya dan menjemputnya menaiki kereta anda, sudah pasti cinta dia akan menjadi milik anda namun di perhentian bas tersebut kelihatan juga seorang perempuan yang sarat mengandung sedang menanggung kesakitan,entah tak diduga juga terdapat seorang doktor yang sebelum ini pernah menyelamat nyawa anda,setahu anda doktor tersebut sebelum ini kebiasaannya berkereta namun kali ini tiba-tiba sahaja menggunakan pengangkutan awam"sungguh kacau daun betul doktor ni". Anda terfikir siapakah yang harus anda utamakan dahulu untuk anda membantu?jika anda membantu perempuan yang sedang sarat mengadung,tentu sekali hampa hati doktor yang pernah menyelamatkan nyawa anda suatu ketika dahulu lebih malang sekali anda menolak jodoh anda untuk memiliki hati gadis yang saban hari anda bersua memberikan respon yang positif pada kali ini?Apakah tindakan anda sekiranya berada pada situasi ini ketiga-tiganya amat penting? CERITA KE2 Anda seorang pembalak yang baru bekerja,hari ini sahaja anda sudah menunjukkan kesungguhan yang jitu kepada penyelia anda,dengan alatan yang tersedia anda tampa berlengah terus ke lokasi tugas anda,dengan semangat orang baru anda mula menebang sepokok demi sepokok tanpa anda sedari anda telah berjaya menebang sebanyak 30batang pokok pada hari ini,"welldone!! penyelia anda mengucapkan syabas atas semangat dan kesungguhan yang telah anda tunjukkan. Sambil meninggalkan tempat kerja anda merasakan cukup puas hati kerana anda juga telah mencatatkan rekod bagi syarikat pembalakan tersebut kerana anda merupakan perkerja yang julung-julung kalinya berjaya menebang sebanyak 30 batang pokok dalam sehari.Wow!!! memang hebat untuk keesokkan harinya anda sudah memasang niat untuk menebang lebih banyak lagi setidak-tidaknya 40 batang pokok,keesokan harinya sebaik masuk kerja dengan semangat yang sungguh membara dan sehabis kerahan tenaga yang dipadu tanpa mengira masa rehat anda terus bekerja....dan juga sehingga lupa untuk anda mengira berapa jumlah kesemuanya pokok-pokok yang telah anda tumbangkan namun adalah mendukacitakan kerana bukan 40 batang atau 50 batang pokok yang telah anda tebang cuma 20 batang sahaja."Apa dah jadi ni?? tegur penyelia anda"awak kata awak nak tingkatkan produktiviti tetapi hanya sehari sahaja awak tidak mencapai target yang sepatutnya,ini semua adalah kerana awak...................XXXXXXXX | |
LOCAL TIME GMT +8
Sunday, November 28, 2010
Cerita Di Sebalik Cerita
Subscribe to:
Posts (Atom)