Dibesarkan dalam zaman 80an,dapur kayu cukup sinonim dengan golongan seusia saya,tak ramai yang menggunakan dapur minyak tanah seingat saya dapur gas belum wujud lagi semasa tu, dapur minyak tanah ada dua jenis satu yang minyaknya diletakkan dalam balang kaca yang satu lagi berbentuk selinder "sumbu" dapur boleh dilaras dengan menolak naik dan turun,jenama yang masih segar diingatan saya ialah Butterfly,kadangkala dapur minyak tanah hanya digunakan takala musim hujan almaklumlah kayu api basah.Ketika itu dapur arang yang diperbuat daripada simen pun ada dipergunakan majoriti bagi masyarakat kampung macam saya dapur kayu adalah pilihan utama,sekarang ni bakar kuih guna oven,dulu saya ingat lagi mak saya bakar bahulu guna dapur kayu aja.bakar kuih guna periuk acuan bahulu dimasukkan ke dalam periuk di atasnya plat zing berukuran 11/2kaki x 11/2kaki di atas zing pula diletakkan bara kayu,kebiasaannya mak letakkan sabut kelapa ataupun kulit buah getah dibakar baranya cukup untuk memasak kuih bahulu di bahagian atas,nampak unik itulah daifnya kehidupan sekitar 80an zaman sebelum FM ya...siaran radio masa itu masih lagi AM ,letrik belum ada minum air telaga ahhaahaha.
Masa bulan puasa waktu kecil lagi dah diasuh supaya berpuasa tapi puasa separuh hari sahaja,masa arwah ayah kacau dodol kitalah yang paling sibuk bukan apa tolong tambahkan kayu maintain api supaya tak terlampau garang/kuat,apabila dodol dah nak masak lagi buat kalut hehehee...ambil daun pisang rasa dodol tu.
Malam terakhir puasa memang suspen habis penyimpan mohor raja-raja akan mengisytiharkan tarikh raya puasa....ayatnya sama dulu dan selamanya...bila raya aja time tulah saya dan adik akan kejar ayam hehehehe....sekarang ayam beli aja dekat pasar atau pasar malam belambak punya dok ada..satu lagi hal kata orang "ayor dalam bosi api dalam kaco potek di topi di tongah menyalo".
Sekarang ni tak ramai yang berkebolehan memasak dengan dapur kayu,kalau masak saya jamin gerenti kemantah(mentah) atau silap haribulan boleh hangit,masak dapur kayu nak kena jaga apinya bukan macam dapur letrik sukat air tekan punat dan tunggu.
Bab memasak tu dah dikira bahagian ke2 bahagian pertama bagaimana nak lekat api ( hidupkan api) kata orang utara,bukan mudah....mulut mesti muncung lebih nak tiup supaya kayu api boleh nyala,kalau tak pandai mancis api sekotak pun tak cukup.ahahaha..petik api gas pun tak da lagi tau masa dahulu.
Cara mudah kita nak nyalakan api ialah dengan menyalakan getah tiub tayar dalam basikal yang dipotong kepingan kecil atau juga gunakan buah kelapa sawit yang kering iaitu dengan cara ketuk atau leperkan buah sawit kering yang berminyak dan nyalakan api.
Semua yang saya ceritakan di atas mungkin ada dikalangan anda yang turut melaluinya.
Kini semuanya tinggal kenangan,pengalaman teramat manis yang sukar dilupakan.
Zaman dunia dihujung jari nak apa tujuk dan bayar semua selesai.
LOCAL TIME GMT +8
Saturday, October 4, 2008
ZOOM IN DARI KAMERA RESOLUSI RENDAH
Raya kali ini membawa saya sekeluarga keluar dari jangkauan frekuensi simpleks,ke suatu destinasi yang berlainan,agak menarik beraya di tempat orang juadahnya juga ada sedikit kelainan,saya sempat memenuhi undangan seorang rakan di qth beliau.koleksi beliau mencuri tumpuan saya pada hari itu,resolusi kamera yang rendah menghampakan kualiti yang saya perolehi.
Nampak gayanya bukan saya seorang sahaja yang tertarik dengan koleksi milik rakan ham ini.
Nampak gayanya bukan saya seorang sahaja yang tertarik dengan koleksi milik rakan ham ini.
Harmonic dan Hari Raya
Subscribe to:
Posts (Atom)