Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Thursday, November 12, 2009

Cabaran dalam komunikasi sebenar cw





Adakah anda pernah mendengar setesen ham berkomunikasi di udara,maksud saya “The real cw communication”penghantaran sebenar iaitu yang menggunakan mode cw “continuous wave”Penghantaran daripada rig atau radio biasa yang dipancarkan audio signal cw terus ke ptt bukanlah dikira sebagai pemancaran signal cw,itu adalah pemancaran tone cw ke mode FM atau dengan nama lainnya Frequency modulation,standard tone yang digunakan dalam peerperiksaan adalah 600hz pendek kata secara ringkasnya adalah mudah bagi kita untuk berlatih dengan membiasakan diri dengan tone berkenaan,soalannya adakah anda benar-benar berupaya untuk menerima signal morse yang dihantar pada tone yang berlainan contohnya 650-1000hz?Melalui pengalaman saya ianya agak kurang menyelesakan,pada peringkat awal, saya masih rasa selesa dengan dengan standard tone semasa berlatih dan seterusnya menghadapi peperiksaan.Oleh yang demikian sentiasalah mendengar pada tone yang tak terikat maksud saya pelbagaikan mendengar signal morse pada tone 600 ke 1000hz.Apabila telah lulus ujian atau peperiksaan bukanlah bermaksud anda telah berjaya dalam menguasai ilmu cw banyak perkara yang anda perlu tingkatkan salah satunya proses kesinambungan pada pembelajaran yang pertama iaitu membiasakan diri dengan tone yang saya nyatakan seperti di atas.Mantapkan latihan kerana dengan itu sahaja anda tidak akan merasa kekok apabila berada di udara . Apabila bunyi tone tidak memenuhi citarasa, anda akan hilang punca dan konsentrasi dan sukar mengikuti sesuatu qso ini ,dan pada ketika itu juga semahu-mahunya anda ingin memaklumkan kepada rakan yang membuat pemancaran supaya pancar dalam standard tone 600hz atau tone yang anda selesa,harus ingat…konsentrasi semasa dalam ujian agak berlainan semasa anda menerima signal yang dipancarkan(real),oleh itu pada peringkat permulaan anda menginginkan sangat suatu signal yang kuat,cantik 599 supaya anda dapat menerima dengan selesa,pada situasi sebegini anda perlu banyak belajar mendengar pemancaran-pemancaran cw yang sebenarnya,jangan harapkan untuk menerima signal yang kuat kerana inilah hakikatnya cw yang sebenarnya.


Pada peringkat asas atau awal untuk menjadi seorang operator cw yang baik tidak semestinya seseorang itu mempunyai kemahiran menerima tinggi 25-30wpm tapi cukuplah sekadar mampu menerima signal yang berskala kecil maksudnya signal yang halus-halus atau signal tenggelam timbul,QSB dan sebagainya,terdapat beberapa program tersedia untuk anda memahirkan diri dengan keadaan ini,ingat!!!tiada jalan pintas….jika anda boleh copy semasa 100% semasa sessi ujian,itu belum bererti yang anda boleh copy 100% signal “cw yang real”lenggok atau lingo sesuatu penghantaran seseorang juga akan mempengaruhi keupayaan anda untuk copy.Seperti kata seorang rakan apa yang anda alami atau tempohi digelanggang ujian hanya sekadar 10% sahaja,baki selebihnya ada diluar sana.
Perbetulkan arah tuju..ingat!!!! bukan peningkatan kelajuan yang penting tapi keupayaan untuk menerima pada situasi yang sebenarnya lebih diutamakan,paling penting “jangan harapkan signal sebersih dan sesunyi ujian di Cyberjaya”berdasarkan pengalaman saya keupayaan menerima laju dapat ditingkatkan dalam qso harian kerana dalam sessi qso tanpa anda sedar dari masa ke semasa anda sebenarnya copy speed yang tak sekata.