Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Monday, March 31, 2008

AISEY LECEH BETUL APA NAK DIBUAT SABAR JER LAH

Emmm...2 hari lepas band condition amat bagus sekali dan lecehnya 2 hari tersebut berlangsungnya CQ Contest,Saya cuba cari dekat internet apa jenis contest yang berlangsung namun hampa.Sepanjang saya monitor dan joint contest station ada 3 jenis contest yang sering diadakan:

1.CQ Zone contest anda cuma laporkan signal report 59 28 (28 CQ zone bagi Malaysia)station contest akan maklumkan signal report anda dan CQ zone beliau.

2.Age contest err saya tak beberapa pasti tapi anda cuma laporkan signal 59 35 ( 35 umur anda dan station contest akan maklumkan report anda dan umurnya.
Info yang saya dapat daripada Haji Rashid-9M2RS ialah jangan tanya kepada ham contest YL jika beliau memberikan report 59-00 kerana mungkin dah jadi satu prosidur/amalan yang setiap stesen YL akan merahsiakan umur mereka dan jangan tanya kenapa.

3.Serial number Contest anda laporkan signal report 59 001-Untuk beliau station pertama yang anda contact 002 untuk station kedua anda contact 003 ketiga untuk station ketiga begitulah seterusnya.Bagi station contest pula akan maklumkan signal report untuk anda jika diberikan report 59 4322-anda adalah station yang ke 4322 yang telah memangil beliau.

Apa pun pada rakan-rakan yang akan mendapat tiket untuk ke DX harap ambil perhatian,daripada pemerhatian saya dan pengalaman saya tiada mana-mana station akan aktif membuat Dxing call pada masa CQ contest dijalankan,mungkin dah satu habbit jika ada contest Dxing station tidak akan aktif pada masa tersebut oleh itu harap bersabar jangan lakukan sesuatu yang boleh memalukan atau dipandang pelik oleh orang luar.
Jika ada ham yang arif mengenai CQ contest dan kenapa tiada station yang jalankan Dxing pada berlangsungnya contest harap dapat berikan komen supaya ramai rakan dapat info yang berguna daripada anda.

Thursday, March 27, 2008

GENAP SUDAH 2 TAHUN BERLALU

Hari ini genap sudah 2 tahun saya telah lulus ujian cw dan hari ini juga genap sudah 2 tahun arwah 9M2GL-Haji Idris guru cw saya pergi mengadap yang maha esa.sama-samalah kita sedekahkan "AL-FATIHAH" buat arwah,semoga cw yang arwah perjuangkan akan terus diteruskan oleh kita semua.

Wednesday, March 26, 2008

Who Wants to be a nine mike

Kemerosotan peratusan kelulusan cw kali ini menampakkan kurangnya persediaan dari kalangan pesertanya,hanya segelintir yang hadir telah menanam tekad dan keazaman yang tinggi, disebalik episod kecundangan di gelanggang Cyberjaya di musim nan lalu mereka kembali bertandang di gelanggang untuk menunjukkan rebah mereka suatu ketika dulu telah berisi bersemat di hati.

Syabas kepada MCMC yang senantiasa membawa kelainan dalam cw test yang dilangsungkan,10 tahun pengambilalihan daripada Jabatan Telekom Malaysia mungkin telah mematangkan MCMC lebih keterbukaan dalam mengendalikan cw test.

Walaupun pada 2007 ada ura-ura mengatakan cw akan dimansuhkan namun kelibat perlaksanaan masih belum dilaksanakan lagi.Ketika ini ramai 9W tertunggu-tunggu apakah langkah drastik yang bakal MCMC lakukan berhubung dengan pemansuhan cw test.
Ternyata tanpa kita sedar MCMC telah membuka lembaran baru dalam cw test dari masa ke semasa contohnya mengadakan gap/spacing antara karektor dan ayat-ayat bagi memperlihatkan laluan mudah kepada calon-calon yang mengambil ujian cw ini,namun sepertimana telah saya katakan tadi hanya yang benar-benar bersedia mampu menyusun kata-kata.

Kepada rakan ham yang mengimpikan laluan mudah untuk mendapatkan tiket kelas A,ayuh jangan sekadar memeluk tubuh,kesempatan yang ada harus dipergunakan supaya tidak disia-sia begitu sahaja,cw test yang sudah difikirkan diberi jalan mudah elok sahaja diturut perintah.

"HANYA YANG MENYAHUT CABARAN AKAN SENTIASA BERADA SELANGKAH DIHADAPAN"

Penafian penulis
*Setiap penulisan saya sedikit pun tidak pernah terfikir untuk menyinggung atau memperkecilkan impian mana-mana pihak,tetapi lebih kepada motivasi untuk rakan-rakan semua untuk berdaya saing antara satu sama lain.

Tuesday, March 25, 2008

CW TEST-LINTAS LANGSUNG DARI MCMC CYBERJAYA

Gelanggang CW kini telah dibuka dan hari ini terbukti mereka-mereka yang berjaya akan pulang dengan kejayaan dan yang kandas akan pulang dengan tekad dan keazaman untuk menuntut bela atas kecundangan.Belajar dari kegagalan adalah lebih baik dari terus mengalah akibat kegagalan.

Syabas kepada 9M2ALL-Haris,9M2SQL-Mutalib,9M2MRL-Mohd Nor dan 9M2AZZ-Azhar yang turun untuk memberikan sokongan moral kepada rakan-rakan 9W pada sessi cw test kali ini.

Keputusan terkini yang saya dapat daripada lintas langsung daripada MCMC Cyberjaya ialah seperti berikut:

Seramai 21 calon yang mendaftar cuma seorang tidak hadir dan daripada 20 orang yang menduduki peperiksaan cuma 4 orang sahaja yang menempah tiket "A" mereka ialah:

9W2KSO-khoh( Penang )*Saya dimaklumkan ini adalah kali 3 beliau menduduki cw berbekalkan semangat juang yang tinggi dan tak mengenal erti putus asa beliau akhirnya berjaya,sekali gus membuktikan kepada kita beliau mampu walaupun untuk kali ke 3 syabas untuk anda Khoh.

9W2HNY-Hanizmal(BM/Penang )*ini merupakan kali 2 beliau menduduki peperiksaan cw dan akhirnya berjaya.

9W2EMI-Suhaimi ( Ipoh/Perak )

9W6LAN-Ruslan( Sabah )

Wednesday, March 19, 2008

DXing - DXing


Aktiviti Dx-ing ialah satu aktiviti yang popular di kalangan ham di seluruh dunia,melalui aktiviti sebegini seseorang ham dapat berhubung dengan rakan-rakan ham lain di seluruh dunia,antara band yang paling saya suka ialah 20m 14.00-14.350mhz kerana saya banyak beroperasi di sini,bagi rakan-rakan 9W pula 10m dan 6m adalah satu-satunya band yang dibenarkan untuk beroperasi di HF.

Basic peralatan yang perlu anda ada untuk tujuan DX-ing ialah sebuah HF transciever seperti Yaesu FT-897 atau Icom IC706 transciever ini lengkap dibekalkan dengan rangkaian 6m dan 10m tersedia ada,untuk makluman anda ada banyak transceiver di pasaran dan apa yang saya catatkan di sini hanya sekadar contoh sahaja,mode yang paling popular adalah SSB dan juga cw terutamanya kepada penggemar QRP.

Basic peralatan yang lain ialah:
ATU-antenna tunning unit
Antenna-Dipole/Inverted Vee/Yagi dan lain-lain
Jam meja/dinding dalam mode UTC
Headphone
Deskstop microphone jika ada.
Thermometer,sekarang ni jam meja atau jam dinding buatan China lengkap dengan thermometer boleh didapati sekitar harga Rm10.
Buku log dan buku conteng.
Komputer yang dalam mode QRZ.COM
Yang perlu ada sangat-sangat ialah pemahaman bahasa inggeris hehehehe...jangan takut anda akan jumpa ada stesen lain yang bahasa inggerisnya lebih teruk daripada anda,hehehehe...apa peduli masa DX local stesen jarang dapat dengar audio kita eeemmm...broken language sudah memadai untuk anda Dx-ing.

Anda juga boleh beroperasi tanpa ATU tetapi awas antenna yang dipergunakan haruslah untuk band itu sahaja,contohnya antenna itu dibuat khusus untuk band yang anda ingin pergunakan,sebelum adanya ATU saya membuat antenna inverterd Vee dengan melakukan pemotongan pada frekuensi pertengahan iaitu pengukuran pada frekuensi 14.175Mhz. Untuk mendapatkan swr yang paling rendah kerja-kerja triming perlu dilakukan di kedua-dua bahagian element antenna,namun lebih selesa jika mempunyai atu yang basic seperti MFJ945E.

Buka radio dengar telebih dahulu untuk pastikan frekuensi band tersebut tidak digunakan,kemudian tunne atu lebih mudah jika mode radio ketika itu adalah mode cw,gunakan 20w dan keyer dan adjust inductance dan capasitor pada atu tersebut kemudian tingkatkan 50w,80w dan maksimum 100w jangan keyer lama sangat memadai untuk melihat bacaan jarum swr dan laraskan knob atu ulangi untuk mendapatkan swr yang terendah 1:1:

1.Kemudian anda katakan "Is this frequency in use". jika anda di mode CW, keyer QRL? tunggu 30 saat dan ulangi.Ini adalah untuk memastikan panggilan CQ anda tidak overlaping stesen ham yang bukan dalam skip zone anda,anda tentu sekali tidak dapat mendengar stesen tersebut kerana ia bukan dalam skip zone anda,jika pada peringkat ini ok anda teruskan pada peringkat berikutnya

2.Mulakan panggilan CQ- "CQ DX CQ Dx CQ DX Calling CQ. This is 9M2MGL calling DX and standing by" .
Ulang sebanyak tiga kali.Contoh seperti di bawah:
"CQ DX CQ DX CQ DX this is 9M2MGL"
"CQ DX CQ DX CQ DX this is 9M2MGL"
"CQ DX CQ DX CQ DX this is Nine Mexico Two Mexico Germany Lima calling DX and standing by"

Mungkin dah kerana kebiasaan saya menggunakan lingo terakhir agak berbeza dengan
phonetic sedia ada,adakalanya ia memberikan advantage dalam menjayakan CQ call anda.

Sekarang tunggu 10 to 20 saat,10-20 saat memadai untuk rakan ham untuk tunning serta
mengarahkan antenna ke arah anda.Jika tiada respon mulai semula.

3.Jika terdapat stesen yang kembali kepada anda dan anda masih samar-samar akan call
sign beliau,jangan gunakan cw prosign iaitu QRZ? yang bermaksud "Is there a station
calling me?" gunakan bahasa standard English iaitu "Please again with your call sign"
Walaubagaimana pun terpulang kepada anda bagaimana anda hendak mengendalikan stesen yang menjawab panggilan anda,bagi saya ada ketikanya kita perlu menggunapakai SOP sedia ada dan ada masa ketikanya kita perlu menggunakan cara kita sendiri bagi melayani stesen ham yang berbilang bangsa berbeza slang inggerisnya.

Untuk makluman anda berikut adalah beberapa ayat yang kerap saya gunakan ketika mengendalikan stesen DX:

a)"QRX DX?"
b)"PLEASE COMPLETE YOUR CALL"
c)Kadang-kadang saya terpaksa membilang angka 9 untuk menyatakan 9(NINE)
one,two.three,four,five,six,seven,eight,NINE "my callsign in 9M2"The preffix is 9M2 QSL?


4.Jujurlah dalam memberikan signal report kepada stesen tersebut jangan nak
menyedapkan hati mereka untuk anda mendapatkan balasan QSL kad daripada mereka.

5.Jika kendengaran satu stesen sahaja yang dapat bekerja dengan anda,gunakan kesempatan ini untuk QSO lebih sedikit masa.Boleh ceritakan serba sedikit tentang family,local aktiviti,population ham sekitar anda dan sebagainya.

6.Oh ya jangan lupa untuk memberikan ucap selamat,"good evening from Malaysia and good morning dan sebagainya"jika perlu maklumkan local time tempat anda,WX tempat anda.

Sekiranya terdapat banyak stesen yang memanggil-manggil anda ringkaskan QSO anda berikan signal report untuk mereka dan dapatkan signal report anda juga,untuk permulaan CQ call anda maklumkan Nama,QTH,Rig yang dipergunakan,Antenna,Tx power
Ini adalah kerana ketika anda memaklumkan info berkaitan dengan anda stesen-stesen lain telah mendengar QSO anda itu tadi.

7.Sebagai ahli ham radio di udara dan berhubung dengan negara-negara luar anda adalah seorang duta,anda secara tidak langsung membawa nama Malaysia di antarabangsa melalui callsign 9M atau 9W,sehubungan itu jagalah tatatertib,mengawal perilaku supaya imej dan nama persatuan dan negara tidak tercemar.
Untuk lihat lebih detail click OPERATING PROCEDURES



Readability Scale
1 Hardly perceptible; unreadable
2 Weak; readable now and then
3 Fairly good; readable but with difficulty
4 Good; readable
5 Very good; perfectly readable


Signal Strength Scale
1 Unintelligible; barely perceptible
2 Weak signals; barely readable
3 Weak signals; but can be copied
4 Fair signals
5 Fairly good signals
6 Good signals
7 Moderately strong signals
8 Strong signals
9 Extremely strong signals

sila lihat klik The RST Reporting System

Kebanyakan posting yang saya lakukan adalah sepintas lalu tanpa saya menulis terlebih dahulu dan kemudian transfer ke sini,oleh demikian pasti atau akan ada terdapat beberapa kesalahan pada ejaan dan ayat-ayat,ketika masa terluang saya akan membuat semakan semula ke atas posting-posting yang telah saya turunkan di sini,tentunya akan terdapat perubahan pada posting tersebut diharapkan dengan cara sebegini tiada menyukarkan anda semua.

Thursday, March 13, 2008

YANG SERING KITA LUPA

Kita ucap QRX pada hal kita QRT (signout)

Bila QSO kita cuma sebut ZZZ callsign yang dihujung saja-Kita sebut Sufix tapi Prefix 9W tak kita sebut,callsign kita perlu sebut selengkapnya.
Apa tu Prefix? Prefix klik sini untuk lihat.

Apabila dalam group ramai-balik-balik sampai turn kita, kita pass kat rakan sorang tu sahaja,anda perlu tahu siapa giliran selepas anda,kalau dah ramai dan pening kepala signout 73.

Kalau kedudukan anda dan rakan yang anda QSO dapat dipantal uplink,ajaklah rakan ke simplex frekuensi.

Q Code-RST Untuk signal mana ada Q1,2,3,4,5 untuk hujan
R-Readability S-Strength T-Tone ( Kalau mode Cw saja orang guna)jadilah ham yang berektika jangan jadi ham yang suka-suka.

Kita cerita pasal nak jual barang itu dan ini siap sebut harga nak cari buyer-Dalam Ham tak dibenarkan,ham tak gunakan radio untuk tujuan menjana keuntungan.

Bila dah pegang PTT jangan lupa diri pulse 3-5 second untuk rakan mencelah masuk.
Kalau tak pun "Berikan laluan kepada mana-mana rakan yang ada urgentcy traffic"

Tak perlu sebut"Contact"/"Contact-contact"sebut callsign paling elok bila breakin masa sesuatu QSO sedang berlangsung,nampak lebih sopan dan berkesan.

Jangan on radio terus panggil rakan-monitor dahulu seketika dan sekiranya dalam tempoh tersebut tiada sesiapa yang menggunakan frekuensi tersebut bolehlah digunakan,rasanya 20-30 saat memadai untuk anda pastikan.

Untuk QSO di linking repeater tekan ptt seketika kiraan 1,2,3 kemudian baru bercakap dan lepaskan ptt dalam tempoh yang sesuai 40-50 saat below 1 minute "repeater TOT" seminit.

Jangan ber QSO terlalu ringkas dan lepaskan ptt dan jangan terlalu lama sehingga repeater "TOT"

Sebagai ham kita seharusnya majukan diri dalam bidang ini-belajar mahirkan diri anda dengan berpandukan SOP yang sedia ada,jadi ham yang disegani.

Sesuatu yang baik elok dijadikan ikutan dan yang negatif jadikan pengajaran.

Thursday, March 6, 2008

MINDSET-IT'S EASY

MORSE ITU MUDAH TAK SUSAH MANA PUN, SUSAH LAGI RAE. JIKA MEREKA BOLEH BERJAYA AKU PUN BOLEHLAH

Wednesday, March 5, 2008

SEDIKIT PANDUAN BAGI UJIAN MORSE 26 MARCH NANTI


Kepada mereka yang gagal pada sessi ujian yang lepas kali ini buktikan kemampuan anda,dan tentu mereka yang menduduki ujian kali ini sudah masak dengan perjalanan ujian cw yang akan dilangsungkan kepada yang baru pertama kali harap tips yang saya postkan di sini sedikit sebanyak dapat membantu anda.

1.Sediakan alatulis yang lengkap

2.Bateri yang mecukupi,kerana dekat cmc tiada kedai

3.Jika anda menggunakan elektronik key pastikan ada dibawa bersama extension wire.

4.Key mestilah dalam berkeadaan baik,periksa dahulu sebelum bawa.

5.Ketika sessi mempendengarkan tone cw untuk anda,sila angkat tangan memaklumbalas jika tone tersebut tak memuaskan pendengaran anda,tone 600hz-850hz difikirkan sesuai dan pastikan tiada terdapat echo pada akhir tone yang dimainkan.

6.Jika anda tercicir kod sila tandakan /atau- jangan cuba untuk fikir apa kod tu.
selepas selesai sila lihat kembali pada bahagian-bahagian yang telah anda tercicr tadi kemudian masukkan alphabet yang dirasakan tepat untuk lengkapkan ayat atau perkataan yang anda miss.
Semasa 2 exam yang saya amabil cmc menyediakan kertas menjawab jawapan berkotak,jika masih lagi digunakan ia adalah advantage untuk anda dan anda cuma biarkan kosong pada kotak yang anda telah miss kod tadi.

7.Bagi yang telah telah lulus sessi penerimaan,bolehlah mengeluarkan key untuk sessi penghantaran dan bolehlah mula berlatih,kebiasaannya text untuk sessi penghantaran adalah text yang sama sewaktu sessi penerimaan,jadi berlatihlah untuk menghantar.


8.Sebaik masuk berilah ucapan hormat pada pegawai bertugas ucapkan salam atau sebagainya.

9.Pada sessi penghantaran jangan lupa untuk dimulakan dengan sending VVV VVV
VVV VVV membawa maksud standy for incoming mesej kemudian diikuti dengan text tersebut.

10.Apabila terdapat kesalahan kepada mana-mana ayat sila perbetulkan dengan menghantar kod error signal terlebih dahulu iaitu 8dit dihantar berterusan dan diikuti permulaan ayat yang salah tadi.
contoh ialah seperti berikut:

ENAM MARCH IALAH TARIKH MENGUNDI BAGI ORANG RAMAI,UNTUK MEMILIH KERAJAAN BARU ATAU LAMA
jika anda telah melakukan kesalahan pada ayat untuk pada kod U sila hantar kod error signal dan hantar dengan lengkap ayat UNTUK dan diikuti dengan ayat seterusnya.

Bagi pembetulan nombor-nombor pula adalah seperti berikut:
contoh nombor 34234 56789 09876 12345 54321
98765 11455 88795 35697 85234

Jika anda melakukan kesilapan pada angka 9 pada group 35697 maka hantar kod error signal dan lengkapkan group nombor tadi dan diikuti dengan group nombor seterusnya.

11.Jangan gelabah,anda mungkin bermasalah dengan abjad U atau abjad H nombor 3 atau 5 atau yang lain,perlahankan sedikit kelajuan paddle morse anda pada ayat tersebut dan hantar ikut speed yang anda selesa,biar perlahan tak mengapa tapi masih boleh dibaca,lebih baik daripada melakukan kesalahan setiap kali diulang..ingat! pembetulan ada hadnya 4 kali maksima untuk plain language (text)36 patah perkataan dalam masa 3 minit dan 2 kali untuk 10 X 5 group nombor dalam masa 1.5 minit.

LATIHAN PENGHANTARAN MORSE


Bertemu lagi dalam sessi pembelajaran morse,saya harap mereka-mereka yang mengikuti blog ini dapat manfaat daripada artikel yang lepas.Penghantaran morse lebih matap bila anda telah mengenali kod-kod morse yang sedia ada.Rata-rata rakan senior memaklumkan jangan belajar menghantar,belajar untuk menerima terlebih dahulu,ini adalah tepat sekali kerana dalam morse test anda perlu melalui sessi ujian penerimaan dahulu kemudian akan diikuti dengan sessi penghantaran text dan 10 kumpulan nombor.Daripada pengalaman saya berlatihlah dari masa kesemasa "sending"A-Z kemudian Z-A caranya sending berterusan A-Z dan Z-A tanpa berhenti buat permulaan biarkan ada gap"jarakkan masa A ke B ke C dan seterusnya begitu juga halnya dengan nombor-nombor 0-9 dan 9-0.
Sending hendaklah dilakukan sepintas lalu jangan ada gap pada karektor tersebut."Saya masih ingat lagi ketika saya membuat penghantaran ayat pendek dan pada ketika itu arwah Haji Idris 9M2GL yang mengajar sessi cw di linking Mares.

Ayat yang saya hantar ialah "JUALAN HEBAT TAHUN BARU CINA"saya bermasalah dengan kod U dan saya lakukan kesilapan, penghantaran saya dibaca sebagai JITALAN HEBAT TAHITN BARU CINA,kesilapan pada kod U sebabnya saya hantar tak lancar ada gap pada 2 dit yang pertama dan da kemudiannya.

Antara kod yang perlu diberikan perhatian ialah:
H-U-V-X dan bagi Nombor 3-5

Punctuation mark seperti Tanda titik/noktah(.)koma(,)slash/garis sendeng/mereng(/)Tanda soal(?)juga perlu ambil tahu juga,sepanjang 2 exam yang lepas

Disamping berlatih sending A-Z dan 0-9 jangan lupa Error signal iaitu 8 dit dihantar berterusan bukannya H dan H,tolong berikan penekanan kepada kod error signal.
Ini penting kerana sewaktu ujian jika anda telah melakukan kesalahan dan anda perlu membetulkan kesalahan tersebut,kod Error signal perlu dihantar terlebih dahulu kemudian diikuti dengan permulaan ayat tersebut.

Antara ayat-ayat pendek yang anda boleh sending bagi latihan ialah:
THE QUICK BROWN FOX JUMP OVER THE LAZY DOGS.

BEST-FIVE-VEST-
EISH5-HSIE5-EIHS5-SIEH5-
UV4-4VU-4UV

Jika anda punyai pogram morse "cut and paste"kemudian mainkan dalam kelajuan 13-15wpm,
ketika kod dimainkan anda ikuti sama membuat penghantaran.

Rakamlah setiap penghantaran yang anda lakukan kemudian mainkan semula,jika anda tidak boleh membaca/sukar,ini bermakna penghantaran anda masih belum mantap dan perlu banyak berlatih lagi.

Kunci kepada kejayaan ialah banyakkan sessi latihan penghantaran ingat! ratio/nisbah 1 da bersamaan 3 dit.
Spacing antara karektor dan antara ayat-ayat perlu sekata jika tidak penghantaran anda akan kedengaran terabur dan menjadi agak kelam kabut.

Saturday, March 1, 2008

SIAPA 9M TU?

Siapa 9M tu?
Orang yang setengah mati belajar cw

Siapa 9M2 tu?
X9W yang tak pernah kenal erti gagal dan jemu

Siapa 9M tu?
X9W yang banyak kali dok gagal tapi ,masih ambik cw

Siapa 9M tu?
Yang dulunya baca paper bunyi mulutnya ada berlagu

Siapa 9M tu?
Yang jarinya dah kematu dok ketuk meja kayu

Siapa 9M tu?
Malaysian "rare"station yang di tunggu-tunggu

Siapa 9M tu?
Kopi Cyber Jaya aku dan dia jer yang tahu