Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Friday, September 26, 2014

Ujian Cw penutup bgi tahun 2014

Lama sungguh tak update blog ni, sejak adanya fb kegiatan sehari tertumpu di sana, utk tahun ini agak lewat bagi saya utk kemaskini status ujian morse kod yg diadakan semalam, kebiasaannya reporter tak bergaji akan membuat lintas langsung dari sana, Tuan Hj Haris aka 9M2ALL yg menjadi infomer kali ini ada tugasan luar pada hari tersebut...lelain yg turut menyumbangkan maklumat seperti 9M2BAL juga tidak hadir pada sessi kali ini..

Pada sessi ujian kali ini hanya 30orang sahaja yang mendaftar untuk mengambil ujian,namun terdapat juga yang tidak hadir atas sebab tertentu, menarik perhatian saya pada kali ini ialah calon yg membuat ulangan ke 2,tahun lepas kecundang tapi kali ini alhamdulillah suksess dengan jayanya, beliau yang dimaksudkan tidak lain tidak bukan ialah Nornazmi Julaini aka Dak Mie Namie pemegang call sign 9W2GSG,2 ucapan tahniah untuk beliau di atas penukaran status bergelar bapa muda atas kelahiran cahaya mata yang pertama minggu lepas dan terkini lulus dengan cemerlang dalam ujian kod morse siri kedua bagi tahun 2014.

6/30 orang peserta adalah satu jumlah yg masih kecil,namun salute saya kepada kesemua yang hadir pada ujian ini, syabas kerana beranikan diri menduduki ujian untuk naik taraf, yang kecundang sila tingkatkan lagi usaha dari masa ke semasa, sejarah ujian CW setakat ni terdapat calon yang masuk kali ke 5,baru berjaya...ini membuktikan tiada yang mustahil untuk berjaya..

Berikut adalah senarai 6 orang yg telah berjaya dalam ujian kod Morse kali ini:-

1.9w2adc

2.9w2vtc

3.9w2gsg

4.9w2tet

5.9w2ewq

6.9w2vvx

Sekali lagi syabas dan tahniah kerana berusaha sehingga melepasi ujian yang saya kira tak mampu dilepasi jika tidak ada displin diri dan usaha yang gigih,insyallah kita jumpa nanti di 7.130Mhz...