Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Wednesday, December 16, 2009

KELAS KETIGA

Saya masih ingat lagi temuramah tv3 dengan 9M2AU abang Aziz dalam rencana Majalah 3 suatu ketika dahulu slot yang menceritakan perkara berkaitan dengan hobi radio amatur di Malaysia,saya tertarik dengan cadangan beliau untuk memohon pihak berkaitan untuk mengadakan lesen khas iaitu novice lesen atau lesen kelas C,namun sehingga kini cadangan yang telah dikemukakan kepada pihak berkuasa berkaitan tidak diambil sebarang tindakan susulan,rasionalnya ada baik jika kelas seperti itu diadakan,masalah ini dapat memendong seperti pemilik radas yang tidak sah boleh dikurangkan atau mungkin takkan wujud lagi. 
 

Dalam pelan pembangunan merealisaikan impian semua pencinta hobi ini untuk menggunakan secara halal,ada dicadangkan supaya mereka yang ingin mendapatkan lesen kelas C perlu melalui satu krusus khas modul krusus berkisar mengenai tatacara,band plan,radiation dan interference juga dimuatkan penyelenggaran stesen yang betul. Untuk mereka yang diberikan lesen kelas C frekuensi yang dipergunakan hanya pada simplek frekuensi sahaja dan pengoperasi hanya sah dalam negeri,maksudnya tidak boleh berhubung dengan ham dari negara luar dan tidak layak untuk beroperasi pada penggunaan repeater,untuk beroperasi di repeater mereka perlu menduduki ujian RAE.Walaupun masih mengekalkan jurang perbezaan antara lesen kelas B setidak-tidaknya pihak berkaitan dapat mengurangi kes salahguna alat komunikasi atau memiliki alat komunikasi tanpa lesen yang sah.

                                                                                      
Dari segi pendapatan pihak berkenaan sedikit sebanyak turut menerima keuntungan dengan adanya kelas lesen ini.Yuran kelas ini biar berpatutan dan diwajipkan tempoh pemegang lesen ini selama empat tahun sahaja,Dalam tempoh lepas atau sebelum tarikh luput empat tahun diberi, pemengang lesen diwajipkan mengambil ujian RAE. Jika pemengang tidak mengambil ujian RAE bemakna dia sudah tidak berminat lagi dan selama atau beri tempoh dua tahu lagi baru beliau boleh ambil ujian RAE.Semua ini untuk memantapkan hobi ini.                                                                                                                                               


 Saya agak terkejut apabila mendapati rakan ham seberang peringkat siaga YD,YG dan yang setaraf dengannya telah mendapat kebenaran untuk beroperasi di voice/phone di 40 meter band,ini bermaksud satu keistimewaan kepada mereka yang tertunggu untuk beroperasi di phone mode selain daripada 80meter sebelum ini.Tidak hairanlah jika mereka diberikan keistimewaan untuk berada pada mode ini,sebelum ini mereka hanya dibenarkan beroperasi dalam mode cw sahaja,keupayaan mereka ternyata bukan untuk disanggah,ada di antara mereka benar-benar mempunyai kemahiran yang tinggi dalam cw.  

                                                                                                                                                                     Agak mendukacitakan bagi rakan ham kelas B kebenaran untuk beroperasi pada 6m dan 10m adalah memerlukan kesabaran yang tinggi apa tidaknya kondisi band ini naik dan turun dan ada kalanya terus mati ,namun bagi mereka yang aktif dalam tahun yang dijangka solar cycle nya berulang (setiap sebelas tahun )agak beruntung jika dibandingkan dengan saya empat tahun yang sudah.Salah seorang yang patut diberikan pujian adalah 9W2RZL,beliau telah membukti keterbatasan lesennya masih membolehkan beliau "Enjoy" membuat Dxing.Mungkin sehingga saat ini beliau masih berusaha untuk menaikan taraf lesennya untuk mengejar ( Dx Hunting Award) bagi band yang berikutnya.

                                                                                                                                                      Persoalannya disini apakah kesudahan nasib bagi 9W yang tegar untuk menaik taraf dalam ujian cw tetapi ingin Dxing berbaloikah dengan jalur band 6m dan 10m yang sedia ada,adakah memadai untuk mereka? tak ramai 9w yang mampu memiliki sebuah all band transceiver,tak ramai 9w yang giarah Dxing,ada yang beranggapan bahawa cw sudah tidak relevan untuk tujuan naik taraf,jika bukan cw apakah yang setaraf dengannya,mungkin pihak berkuasa berkenaan boleh diadakan 2 pilihan yang mana inginkan cw boleh menduduki ujian tersebut ataupun turunkan kelajuan ujian ke 8wpm atau 5wpm, yang tidak mahu cw perlu menduduki ujian teori dan praktikal ini adalah yang terbaik,sudah sampai masanya kita dan pihak berwajip melangkah kehadapan untuk pembaharuan seiringi dengan peredaran zaman.