Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Monday, May 11, 2009

KERANA TANAH SEKANGKANG JANGANLAH SAWAH DIKERJAKAN!!!!




Ya Memang Benar,

Selain daripada CW mode, ada banyak lagi digital mode seperti PSK, RTTY,
SSTV, PACTOR, AMTOR, MFSK, APRS, ECHOLINK, EME, SATELLITE dan sebagainya. Mengapa mode sebegini tidak diiktirafkan untuk kenaikan tahap dalam ham radio? Jika bercakap mengenai kelebihan CW apa kurangnya dengan PSK dan RTTY walhalnya PSK dan RTTY adalah mode yang berkeupayaan untuk dipergunakan bila band komunikasi berada pada keadaan kritikal.


Mengapa lain-lain mode tidak diterima pakai untuk ujian kenaikan taraf dalam negara ini kenapa morse code,daripada sudut pandangan saya ialah skill,Ya skill "Kemahiran Vs Equipment(Program)"contoh paling mudah percayakah anda seseorang yang tidak tahu mode ini boleh menerima isyarat CW dan menghantarnya,dengan bantuan komputer dan beberapa pogram yang digabungkan hal demikian boleh terjadi, Ada rakan ham menggunakan mode CW dengan bantuan komputer untuk "Dxing"hal ini bukan perkara biasa,tanpa kepakaran dalam mode ini, CW masih boleh dipergunakan namun statisfy atau kepuasannya tidaklah dirasai.

Skill atau kemahiran dan Equipment(Program) adalah benda yang berbeza,untuk mencapai skill kita perlu belajar,belajar bukan hanya untuk lulus dalam ujian, Memang benar ujian CW yang diadakan adalah untuk menguji sejauh mana kebolehan seseorang ham itu boleh menerima isyarat morse dan menghantarnya,ujian CW tidak membentuk seseorang itu untuk mahir dalam CW QSO.

Kemahiran adalah seperti dulang tembaga yang dikilat,pada peringkat asasnya anda mengosoknya untuk kelihatan cerah lebih elok daripada keadaan asalnya yang sebam dan berkehijauan,pada tahap ini bolehlah diumpamakan kita belajar untuk memahami apa isyarat morse dan kita berkeupayaan untuk menghantar kembali isyarat morse dengan betul dan tepat.

Tentu sekali ini bukan satu kaedah untuk terus menggunakan mode cw sebagai perantaraan komunikasi,bagi saya mode komunikasi digital hanya boleh diguna pakai oleh mereka yang berkeupayaan untuk mengadakan set yang demikian, sebuah pc dan sebuah pemancar berkuasa rendah seumpama pixie,snap transmitter adalah terlalu jauh bezanya.

Berapa ramai ham dalam dunia ini mampu menyediakan perkakasaan seumpama itu?
Adakah mode PSK,PACTOR dan RTTY memerlukan kepakaran? jawapan tidak kerana semua itu jika tersedia di depan masa dengan sedikit
tujuk ajar daripada rakan anda mampu untuk bertindak,namun jika dirujuk kepada cw apakah anda dalam keadaan bersahaja anda boleh menguasainya,tidak bukan! Kemahiran yang memerlukan kesabaran,kemahiran yang memerlukan keazaman
untuk mencapai kemahiran sebegini anda melatih diri anda untuk menjadi pemikir, itu sebabnya apabila anda belajar CW anda akan keletihan anda melatih otak anda untuk mengenali irama-irama CW yang berbeza....

Saya cuba mengajak anda lebih jauh melangkah ke alam komunikasi CW,pernahkah anda membunyikan horn kereta untuk memberitahu kepada pengguna yang lain seumpamanya bila Que di lampu isyarat,kereta di hadapan anda tak perasan yang lampu isyarat sudah bertukar kepada hijau dan beliau perlu bergerak,anda bunyikan horn untuk memaklumkan kepadanya supaya untuk terus jalan betul tak?
Soalan di sini apakah anda peka atau tidak pada bunyi horn sekali dan bunyi horn dua kali,yaaaa....kebiasaannya bunyi horn sekali
membawa maksud untuk anda bertindak,seperti bergerak,memberikan gambaran untuk berhati-hati. Bagaimana dengan 2,3 kali ia membawa maksud untuk menarik perhatian anda....betul atau tidak fikirkan.

Bagaimana dengan horn yang berpanjangan"Marah?" fikirkan juga.
Semua yang saya nyatakan agak diluar topik,apa kaitannya dengan CW? Apakah untuk bunyikan horn ini memerlukan satu kemahiran? Untuk memberitahu tindakan yang perlu seseorang lakukan seperti yang saya nyatakan di atas.
Saya tak pasti sejauh mana anda memahami apa yang cuba saya sampaikan stakat ini,maaf jika anda ketinggalan,harap anda ulang dan ulang bait-bait catatan di atas.

Semua tindakan di atas tidak memerlukan kemahiran,bagaimana pula jika kes seperti berikut,saya tiba diluar rumah seorang rakan ( Rakan yang tahu CWlah), Saya mainkan cw dengan horn motor 9M2xxx DE 9M2MGL.
Rakan saya pasti tahu yang saya datang dan berada di luar,walaupun ringkas ia adalah kemahiran yang amat berguna.
Perlu kita ingat semasa sebelum wujud teknologi komunikasi bersuara (Voice) cw,morse atau dulunya dikenali sebagai telegraf adalah alat terawal untuk penyampaian maklumat,rujuk kepada kisah isyarat morse yang pertama melintasi lautan Atlantik oleh Guielmo Marconi maaf saya tak pasti apakah betul ejaan namanya.

CW adalah mode terawal sebelum kedatangan AM,FM dan SSB,seluruh rakan ham dunia masih mempergunakan mode ini jika mode-mode lain dipergunakan oleh pihak SKMM untuk tujuan naik taraf lesen di Malaysia adakah ianya logik untuk diguna pakai?

Berapa ramai ham di seluruh dunia yang mempergunakan mode tersebut untuk tujuan DX? Berbanding dengan mode ini ,cw merupakan mode yang sentiasa mendapat cabaran dan memberikan cabaran kepada pengemarnya,QRP amnya benar-benar mencabar rakan ham untuk memancarkan dengan kuasa pemancar yang paling kecil dan berkeupayaan pergi sejauh yang boleh,mode yang amat sesuai untuk Dxpedition ialah cw.Dengan litar yang ringkas seseorang penggemar cw mampu untuk enjoy dengan modal yang murah.

Tidak menjadi alasan jika seseorang itu tidak mampu untuk ber QSO dengan mode CW,kita menerima hakikat bahawa tidak semua 9M menggemari mode cw,mereka hanya belajar untuk lulus sekali pun ada yang menggangap ini adalah perkara yang remeh namum kita patut mengucapkan tahniah atas kejayaan yang telah mereka lalui "MEREKA DIUJI SEBELUM DIBERIKAN KELAYAKAN" Apakah lebih baik daripada "DIBERIKAN SAJA TANPA DIUJI" Sepastinya sebelum diuji mereka ini akan lebih bersedia untuk diuji,maka had kemampuan tersebutlah yang menunjukkan siapa yang layak akan diberikan peningkatan,peningkatan dalam hobi bukan untuk RIAK atau MENDABIK DADA tapi untuk memberikan kepuasan kepada individu-individu yang sememangnya mahu mereka diuji untuk kepuasan peribadi.

Soalan yang mudah kenapa CW?
jawapannya ia adalah ujian getir yang sentiasa memerlukan seseorang yang mendalaminya untuk lulus,saya amat bersetuju untuk menjadi guru
bahasa itu perlu mahir dalam bahasa,CW adalah ujian yang mengkehendaki 9W mahir untuk menerima isyarat dan berkeupayaan menghantar isyarat morse,ianya bukan satu ujian menguji kemahiran seseorang untuk berkomunikasi dalam cw.
jika mungkin terdapat SKMM mengadakan satu gred khas lesen A yang memerlukan seseorang lulus dalam ujian cw 30wpm keatas saya berkeyakinan akan pasti ada individu yang tampil untuk mereka menilai sejauh mana kemampuan yang mereka boleh pergi.


Memang saya akui tak ramai 9M yang berkeupayaan untuk pergi ke cw,tapi usah kita lupa mereka ini suatu ketika dahulu sememangnya aktif
dalam cw,kemahiran cw jika tidak dipraktikan lama kelamaan akan hilang begitu saja,namun saya berkeyakinan basic cw masih ada dalam diri
mereka ibarat "Kasut Yang Dah Lama Tak Digilap Jika Digilap Bersinarlah Ia".Namun masih ada 9m yang QSO dalam mode ini seperti 9m2to,9m2fk,9m2sz,9m2pz,9m2zn,9m2yp,9m2sw,9m2rs,9m2ri,9m2agc, 9m2za,9m2mz,9m2ar,9m6ybg dan lain lagi jika anda dapat monitor mode ini

Kenapa ada ujian CW?
Suatu ketika dahulu semua lesen dikawalselia oleh Jabatan Telekom Malaysia,boleh dikatakan kawalan pada masa itu cukup ketat tidak ada sesiapa pun berani jika tertangkap bermakna hobby anda terkuburlah selama lamanya.Pada ketika itu ujian lesen ham diadakan dua bahagian pertama RAE dan kedua CW test.Jika anda ambil bahagian pertama terpulang pada anda bila anda hendak ambil ujian cw,tiada had masa tetapi tidak bermakna anda sudah boleh qso selagi anda tidak lulus cw selagi tu lah anda tidak boleh mendapat callsign.Pada ketika itu rakan- rakan ham berpendapat jika ujian ini masih diteruskan betapa susahnya rakan-rakan untuk lulus, diatas budi bicara dan perbincangan MARTS dan JTM pada masa itu,Pihak Jabatan Telekom Malaysia telah memberi persetujuan lesen Ham radio dibahagikan kepada 2 kelas,kelas B dengan callsign 9W ditentukan dengan lulusnya ujian bertulis(RAE) dan kelas tertinggi kelas A (9M) yang mengkehendaki 9W mesti lulus ujian morse/ cw dengan kelajuan 12wpm dalam masa 3 minit penerimaan dan penghantaran.Boleh dikatakan ramai juga yang berjaya pada masa itu.Sekarang Pegurusan lsudah berlainan RAE dibuat dalam dwibahasa untuk menpermudahkan tetapi test cw masih dikawal jika ingin mendapatkan kelas A....mestilah melalui ujian CW dan lulus.

Ketika saya masa masih memegang callsign 9W boleh katakan saya ternanti/tertunggu bila agaknya pihak SKMM akan membenarkan para 9W untuk dikatakan pergi ke HF seingat saya memang saya marah sangat dan berfikir kenapa SKMM tidak berpendirian seperti negara-negara lain yang menghapuskan ujian morse,kenapa diadakan sekatan,tambahan sewaktu itu saya sudah pun mempunyai rig hf ,dek kerana bengang sangat dengan SKMM ada rakan saya berkata SKMM bukan lagi Suruhanjaya Kommunikasi dan Multimedia tetapi SKMM patut diubah kepada Suka Kerja Main Main kerana tidak ikut edaran zaman. Ingatlah udang-undang ini bukan dibuat dalam masa sekelip mata tetapi sudah dibentang lamanya terdahulu daripada kita


Ada yang berpandangan bahawa ujian CW adalah diibaratkan seperti lesen memandu, untuk pandu kereta contohnya,dan tentu sekali ianya tidak sesuai
digunakan untuk memandu kapal terbang,kapal angkasa ataupun kapal di Malaysia,merujuk kepada cw hanya mode tersebut sahaja diadakan ujian
sepastinya mode tersebut memerlukan lesen untuk beroperasi dan pengecualian adalah kepada mode-mode komunikasi yang lain.

Sebenar ujian Morse masih lagi diadakan di UK ini bagi mereka-mereka yang gemar berbuat demikian dan pihak Radio Communication Agency di UK juga tidak menghalang pada mereka yg tidak mahu mengmbil ujian CW.Ada beberapa negara saperti Rusia , Malaysia, Thailand, Indonesia dll masih mengekakan ujian CW. Setahu saya pihak MARTS, MARES memberi cadangan agar kelajuan CW diturunkan dari 12 wpm menjadi 8 wpm atau 5wpm.

Jika sekiranya ada pihak-pihak yang ingin menghapuskan CW semuanya.Pihak persatuan yang anda wakili berhak memberi proposal dan cadangan kepada SKMM dan terpulanglah pada SKMM untuk menentukan nya. Di negara-negara yang menghapuskan CW mode ujian RAE nya bukanlah mudah apa yang ada di negara kita....Standard mereka agak tinggi....... Ini bagi menilai tahap kecekapan seseorang itu.Untuk mengubah sesuatu undang atau peraturan bukan lah sesuatu yang mudah boleh di buat dalam sekelip mata....ia memakan sedikit masa oleh yang demikian perlu ada mana-mana pihak menyediakan kertas kerja bagi tujuan ini.....Ini akan memudahkan pihak berkuasa mengubal sesuatu peraturan dan undang-undang.Mana lah tahu satu masa nanti Lesen Ham radio ini tak payah lagi di adakan RAE dan Test CW mungkin pada masa itu semua orang boleh ambil dengan percuma.....masa yang menentukan.


*Saya suka melihat dan mempelajari sesuatu,yaa....proses pelajaran adalah sedemikian,namun saya dapati apa yang saya lihat belum tentu dapat diperolehi dalam sesingkat masa iaitu skil atau kemahiran,kemahiran tidak datang dengan sendiri dengan cara membeli dengan cara melihat,kemahiran datang apabila anda melakukannya berulang-berulang,semasa saya kecil arwah ayah saya minta saya ke kedai untuk membeli tepung,pada zaman tersebut belum ada plastik beg,tepung pun belum dijual dalam standard packing,saya lihat apek/taukeh berkenaan mengceduk tepung,kemudiannya"mengeretuk" (mengoncang-goncang )penyedok untuk kurangkan jumlah tepung,apabila diangkat kemudian dibawa timbang saya agak terkejut kerana ketepatan menyamai 1 kg dengan alat penimbang,begitu juga dengan skil ketika membungkus dengan tali "jut".


Catitan:Gambar diatas ialah seorang rakan
yang sedang TX .Gambar ini diambil pada sekitar tahun 1970 ,Jika anda perhatikan
transceiver itu adalah hasil tangan sendiri boleh dikatakan pada masa itu kebanyakan rakan rakan ham akan cuba hasilkan transceiver sendiri.Walaupun
transceiver boleh dapati tetapi harganya yang terlalu tinggi kerana perlu
dibawa masuk dari luar negara.Jika anda bandingkan waktu sekarang pemegang
lesen boleh dikalahkan oleh Swl.

Semasa muda Beliau aktif didalam persatuan ham radio .....Sentuhan CW beliau masih dapat didengari di hf.......Anda kenal Beliau ? 9M2......

SEJARAH MENGAJAR KITA ERTI KEBENARAN

Memang benar 7043 adalah bukan hak milik mutlak mana-mana pihak,Apa pun saya ingin mengajak anda mengenang kembali kisah silam,Sebagai seorang ham kita perlu ambil tahu tentang sejarah ham radio di negara kita walaupun fakta yang bakal diceritakan tiada satu pun berhubung kait dengan jawapan bagi peperiksaan RAE. Kita lahir sebagai generasi baru ham di Malaysia patut bersyukur dengan apa yang telah kita perolehi,Lesen B contohnya diperjuangkan untuk jenerasi ham lewat 80an.Jika tidak kerana usaha beberapa 9M yang lama mungkin sehingga kini lesen kelas B tidak wujud di Malaysia.Apa yang ada cuma lesen kelas A yang masih memerlukan seseorang itu menduduki ujian morse code.

Kita tinggalkan hal itu seketika,sebelum saya bercerita lebih lanjut lagi elok saya cerita sesuatu tidak semua ham jenerasi baru seperti saya ketahui
Kita harus membongkar rahsia di sebalik 40m band untuk posting ini saya merujuk kepada ham yang saya anggap sebagai senior tak keberatan boleh juga dianggap antara kumpulan ham vateren saya cuba mencatatkan sebaik mungkin apa yang telah diceritakan kepada saya,Menurut beliau,Beliau mula berjinak-jinak dengan hobi ini semasa umur beliau belasan tahun lagi seingat beliau pada tahun 1978 waktu itu semasa beliau seorang swl, beliau sentiasa monitor di 40M di frekuensi 7.040 tiap-tiap petang beliau akan terdengar semua ham di Malaysia berkumpul di situ,biasanya 9M2DW (Arwah Datuk Tan), 9M2GL (Arwah Hj Idris) 9M2GV, 9M2AR,9M2AV(late Avatar Singh), 9M2FK, 9M2BS (Late Kee), 9M2RR (dulunya dimiliki oleh orang Australian yang bekerja di RAAF)9M2EG (Arwah Pak Arifin)9M2TA, dan banyak lagi sehingga tahun 2000. Masih menjadi tradisi frekuensi ini digunakan oleh 9M ini adalah kerana pada awal tahun 70 dan sebelumnya masih belum ada 2meter band dan juga repeater,Jadi untuk ham-ham di Malaysia apa yang mereka praktikan ialah dengan menggunakan frekuensi ini, Ini memudahkan mereka mencari rakan-rakan di Malaysia untuk berhubung.Cara sebegini juga dipraktikkan dimana-mana juga di dunia ini,Ada ketikanya frekuensi ini di gunakan oleh rakan dari negara jiran maka mereka akan naik 5Kc keatas,Setelah didapati ianya kosong mereka akan kembali keasalnya,cara sebegini memudahkan rakan-rakan yang lain mencari rakan. 9M pada hari biasa akan berada di 7040 jam setiap jam 6.00 petang dan pada hari Ahad pula lebih awal dari itu.Kemeriahan ini tidak kekal lama sekitar tahun 2000 himgga tahun 2003 ramai 9M yang kurang aktif kadang-kadang jarang dengar lagi di frekuensi tersebut,Maka ramai rakan ham dari Negara jiran menggunakan frekuensi 7.040 oleh kerana pada ketika itu masih ada seorang ham yg aktif maka frekuensi 7.043 dijadikan frekuensi penganti,boleh dikatakan setiap hari beliau akan berada di situ,pada pagi dan petang,ketikanya frekuensi tersebut digunakan atau QRM maka mereka akan mencari frekuensi yang lain apabila keadaan band kembali bagus maka mereka akan kembali semula ke 7.043.

Saya difahamkan bahawa pada tahun 1993 9M2AU dan 9M2DX menjalankan NET untuk 40meter ia dipanggil MALAYSIAN 40 METER NET. Mereka adalah pelopor utama 40 meter net secara formal dan bersistematik,Ia diadakan pada setiap hari Ahad jam 9.30pagi.
Stesen NET mulanya dipancarkan dari Kelab Station UKM Bangi dengan menggunakan callsign 9M2UKM pada ketika itu,Mereka memanggil station local dari utara tanah air sehinggalah ke Sabah dan Sarawak dan lepas itu baru memanggil stesen-stesen dari luar negara.

Di penghujung Net tersebut di berikan panduan predition on Propagation,SWL dibenarkan mengajukan pertanyaan melalui talian telefon,Mereka boleh menghubungi pengawal Net melalui nombor telefon yang diberikan.Setelah setahun dijalankan mereka kemudian menyerahkannya kepada pihak MARTS. Pihak Marts pada ketika itu kemudiannya memberikan kebenaran kepada pak zainal (9M2ZA) untuk mengendalikan Net 9M2ZA kemudiannya menyusun schedule di mana minggu ini beliau menjalankan Net…minggu depan Pak Eshee (9M2FK) selepas itu 9M2GL, 9M2RS, 9M2RI, 9M2RB,9M2NZ, 9M2FZ,9M2MP,9M2KM dan lain-lain.

MARTS mengambil alih tugas Net Controller ini mengikut format yang dibuat oleh 9M2AU DAN 9M2DX Net ini kemudiannya ditukar nama menjadi Marts Malaysian 40meter net namun malangnya pada tahun 2006 net tersebut tidak lagi aktif. Ini kerana kebanyakan 9M tidak lagi aktif di 40 meter (7.040),Maka Net tersebut kalau tidak silap dihentikan pada tahun 2007.Namun begitu setiap pagi ahad masih lagi kedengaran rakan-rakan veteran ham masih lagi menggunakan 40meter termasuk rakan dari negara jiran saperti Singapura dan Indonesia berbual di situ dengan cara tidak formal.

Cuba kita lihat mengapa Frekuensi SEANET di setkan ke 14.320MHz? sejak dari awal lagi dan mengapa pula ORARI Nusantara Net di setkan ke 7.055Mhz SETIAP PETANG bahkan di luar Negara pun ada net-net yang tidak formal dan formal. Saya juga dimaklumkan di bulan Ramadan ada stesen dari middle East mengadakan Ramadan Net di 20 meter band dan ada rakan 9M check in net ini, Pada bulan Ramadan nanti cuba anda scan di 14.200 keatas mungkin anda akan terjumpa net ini,Banyak lagi cerita-cerita yang menarik yang boleh di kongsi dengan rakan-rakan ham yang lain.

Ini adalah satu sejarah yang yg tidak tercatat dimana-mana,kita harus membongkar sejarah yang lama-lama melalui orang veteran baru lah kita boleh tengok sesuatu perkara secara positif dan tidak secara Defensive,Bila kita kaji sejarah barulah kita akan tahu dan menilai apa yang berlaku di sebalik ini semua.


Insyaallah jika diberikan kesempatan saya akan menjawab komen-komen yang saya terima,saya mengucapkan berbanyak terima kasih atas komen-komen tersebut,Untuk menjawab saya terpaksa merujuk kepada mereka yang lebih arif,Mungkin ilmu
anda terlalu tinggi buat saya yang hanya bersekolah pondok ni...hehehehe...lumrah alam apa bila disoal kita akan mula berfikir dan mula mencari fakta untuk menyokong tentang apa yang disoalkan.Terima kasih sekali lagi kerana dengan persoalan anda ini saya terpaksa mencari jawapan nya melaui beberapa panggilan telefon dan kita sama-sama menambah ilmu.

Saya tidak menganggap komen-komen tersebut sebagai negatif,saya cuba mencari jawapan pada pertanyaan juga pandangan kerana sebagai khalifah yang dijadikan Allah S.W.T akal dan fikiran sentiasa ada jalan penghujungnya insyaallah. Telah saya nyatakan pada posting saya yang lepas apa ada dengan 9M?Ianya bukan darjah kebesaran yang yang boleh diagung-agungkan dalam dunia ini tak perlulah kita cabar mencabar,"Lembu Dipengang Pada Tali" Kita manusia berpegang kepada adat dan tradisi" hormat menghormati antara satu sama lain telah diperturunkan zaman berzaman tidak perlu tunjuk kita hebat… Sepatutnya kita harus membantu sesama lain dan belajar untuk menambah ilmu,Untuk maju kedepan tapi bukan melalui cabar mencabar sesama manusia....Sepatutnya kita harus belajar untuk menambahkan lagi ilmu…jika kita dapati diri kita ini kekurangan ilmu.

Jika orang veteran yang saya temui di atas pun tidak sombong diri,Beliau menyatakan sesuatu yang fact berlandaskan buku undang-undang dan peraturan. Beliau tidak suka berkata sesuatu yang datang dari kepalanya,Apa yang dinyatakan beliau berpandukan atau berlandaskan tiga atau empat perkara tadi. Saya sediri berpendapat apa yang di nyatakan oleh 9M yang veteran ini perlu kita semua pelajari dan tauladani,Beliau juga tidak sombong bahkan dirumah beliau terdapat berbagai buku-buku rujukan saperti RADIO COMMUNICATION HANBOOK RSGB, ARRL HAND BOOK, ARRL ANTENNA HAND BOOK, The Radio Amateur SATELLITE HANDBOOK. Emergency Communication Handbook, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA,PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA dan berbagai bagai majalah seperti Practical Wireless, CQ Magazine, QST Magazine, Monitoring Times, Short Wave Magazine dan lain-lain. Naik taraf ke 9M bukan bermaksud lepas dapat 9M kena jadi hidung tinggi,tak perlu kita mendabek dada "KERANA ILMU YANG KITA ADA INI DARI ALLAH, ALLAH BOLEH MENCABUTNYA DARI KITA BILA-BILA MASA DAN KETIKA" DIRI KITA INI PUN MILIK ALLAH" Suatu ketika saya kempunan untuk menjelajah semua frekuensi HF,siang malam
saya menantikan agar 9W seperti saya diberikan status kelas A Mengharap cw dimasuhkan,itu dahulu apa pun cuba kita bayangkan adakah boleh
kita katakan dari 5,000 org pemegang AA kelas B jika semuanya diberikan status Kelas A dan dibenarkan sesiapa sahaja menggunakan amateur spectrum agak-agak kita lah berapa ramai yang tahu Frekuensi HF di mana boleh bekerja CW, dimana Digital dan di mana Phone dan di mana kita perlu gunakan LSB dan USB,Ini tidak termasuk ganguan (TVI) pada jiran tetangga.Ada kah kita mempunyai kualiti?

Adakah mereka ini semua berkemampuan melakukannya?Mungkin ada yang akan mengatakan tak kan! nak belajar semua ini dengan sekelip mata.. Hah betul tuuu.Kalau kita kaji sendiri baru lah kita tahu kelemahan diri kita ...kita harus melalui sesuatu itu melaui proses jangka masa yang munasabah.......cuba kita lihat sendiri mengapa sebelum dapat lesen kita kena mengikuti ujian bertulis satelah itu baru dapat lesen L satelah lulus ujian memandu barulah kita di berikan lesen .... dan dalam jangka masa tertentu kita harus menampalkan "P" ......Kita harus melalui proses tertentu......Saya juga diberitahu oleh seorang veteran semasa beliau SWL lagi mereka telah tahu bagaimana nak menggunakan alat HF bersama Manual tuner,katanya itulah kualiti radio ham ketika itu biasanya SWL-SWL ini akan turun padang membantu bila ada JOTA atau Pameran dan Field Day,mereka-mereka ini apabila sudah mendapat lesen mereka sudah berpengalaman luas,saya juga tak menafikan pada hari ini masih ada ham yang berkualiti saperti ini. Namun jika kita congak dari 5,000 ini berapa peratus yang seperti orang veteran dahulu?

Saya berpendapat mereka yang lalu itu bekerja keras untuk dapat kan lesen mana tidak nya menjadi SWL saja bertahun tahun,Dan ada diantara mereka masih menyimpan rapi log book yang dicatatkan ketika mereka masih SWLing lagi, cuba kita amati adakan kita mempunyai buku logsemasa kita SWL .....mereka-mereka ini setelah lulus ujian tak boleh pergi ke 2 meter atau 10 meter ketika itu belum ada lesen kelas B lagi jadi mereka ini adalah mereka-mereka yang penyabar mereka kebanyakannya penuhi ilmu-ilmu mereka dahulu dan masa itu lahir ham-ham yang berkualiti dan mereka ini menilai lesen mereka dan menjaga tata susila Ham,mereka-mereka ini lah yang sebenar benar nya ham.

Saya ingin menjadi seperti mereka ini ,saya hormati kepada mereka-mereka ini.... Pada pendapat saya kita kita harus contohi mereka-mereka ini...Inilah yang dikatakan HAM YANG SEBENAR..BENARNYA.. Kita janganlah lah menjauhi mereka ini atau pinggirkan mereka ini.... sepatutnya kitalah yang harus pergi mencari mereka ini dan menimba ilmu dari mereka,kita jangan salahkan mereka kerana mereka-mereka ini telah lanjut usia,kita harus menghormati mereka,janganlah kita salahkan mereka kerana tidak mengajar kita,saya dapat rasakan ini adalah tanggapan yang negatif dari setengah pihak kerana suatu ketika dahulu saya juga berfikiran sedemikian, Namun apabila diri mereka ini kita dekati "keakraban dan pengkongsian ilmu itu diperolehi""Tak kenal maka tak cinta"bukan cikgu yang mencari anak muridnya tapi anak muridlah yang harus mencari cikgu-cikgu ini.Samalah sepertii kita menghantar anak-anak kita ke sekolah bukan sekolah mencari kita,"Jika tiada lama tiada baru bakal menjelma"