Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Friday, August 28, 2009

SPIRAL ANTENNA IN ACTION CUBAAN.....




Alhamdulillah dalam kesibukan menjalani ibadah puasa ni,saya siapkan antenna yang lama dok canang nak buat,nak buat tapi tak buat-buat,antenna yang menyerupai Tak Tenna ini sebenarnya taklah susah mana nak buat hehehehe....susah jugalah tu...antenna ni sebenarnya adalah open dipole yang elementnya digulung (spiral)kesempatan untuk letakkan diluar belum ada lagi..apa taknya hujan sejak 3-4 hari ini membantutkan perjalanan antenna ini dinaikkan,saya cuma berkesempatan untuk mencubanya di dalam qth sahaja,apa yang saya dapati ialah antenna ini amat mudah ditunekan,kata mat salleh yang design antenna ni just plug and play,agak mengejutkan juga tanpa pergunakan ATU bacaan swr 1:2,agak mendukacitakan saya ialah dalam pengujian sekitar ketinggian 6 kaki daripada paras bumi diletakan di atas bangku,noise pada hari tersebut amat tinggi,saya sempat telefon Rizal 9M2RZL untuk pastikan adakah band condition pada petang itu senyap atau bising,maklum balas yang saya terima ialah bising,jadi tentu sekali saya tak dapat memantal lain-lain stesen,satu hal lagi adalah disebabkan antenna itu saya ujinya di dalam rumah,sudah tentu agak sukar juga,saya mencuba tx dengan kekuatan 50w pada cw dan ssb nampaknya power yang dipancar keluar juga amat berbaloi.

Apa pun saya menunggu hari yang sesuai untuk saya tempatkan antenna ini diluar dan mengujinya,antenna adalah sesuai bagi mereka yang tak punyai kawasan yang luas,apa pun bagi saya open dipole yang dibentang pada ketinggian dan bersaiz normal 1/2lamda adalah yang terbaik,hehehehe kata orang tak ada rotan akar juga berguna.

Prototaip ni tak cantik langsung..hehehehe finishing dan kerja-kerja selepas balik trawih dan lepas sahur faham-faham ajalah...mengikut kata mat salleh tu antenna ni perlu diletakkan pada ketinggian minimum 11kaki....perlu jauhkan daripada sebarang talian letrik ke apa ke...biasalah apa antenna pun kena bebas daripada sebarang halangan.

Untuk elementnya saya gunakan wire daripada transfomer yang dah kaput ni ambik daripada saltmine,kira barang kitar semulalah ni...spreader adalah daripada pvc untuk wiring 1/2"
attach pada 11/2"pvc paip kemudian saya gunakan 11/4"-11/2" pvc reducer,boomnya 30" juga pvc paip class D (tebal sikit)
Crocodile clip digunakan untuk connect ke feeder.Element antenna ini tak betul-betul spiral lebih ke arah dimond shape sebab diameter wire yang digunakan agak kecil tidak boleh kekal dalam bentuk bulat bila coil turn semakin besar dan semakin jauh daripada sperader.

Saya attachkan di sini beberapa photo yang menarik berkenaan Tak-Tenna dan anda boleh tinjau sendiri pada web site ini.



MERDEKA DAY EVENT DXING ON HF






Maklumat yang saya dapat pagi tadi daripada Pak Yop (9W2YR)
bahawa satu event Dxing di HF bersempena menyambut ulang-tahun kemerdekaan yang ke 52 akan diadakan pada tanggal 30hb Ogos 2009 bermula pada jam 10.00 malam,lokasi yang dinyatakan adalah di Kuala Lumpur,manakala band yang dipergunakan ialah 80m,40m,15m dan juga 10m apa pun bergantung kepada propagasi.