Sebut saja 9M, ia terus merujuk kepada status tertinggi kenaikan taraf seseorang ahli amatur radio amnya di negara ini,ia juga merupakan kelas tertinggi yang dianugerahkan kepada semua ahli radio amatur yang berkebolehan (menguasai bahasa cw)mendengar irama alunan dengan kelajuan 12wpm,yang di panggil morse code,Aslinya 9M hanya diberikan apabila seseorang itu lulus dalam ujian (CW)penghantaran dan penerimaan.
Kod-kod yang berirama ini dicipta oleh seorang pemuda berbangsa Amerika yang bernama Samual F.B. Morse iaitu 170 tahun yang lalu,walaupun pada hakikatnya morse code ini sudah tidak diiktirafkan sebagai satu kewajiban asas untuk naik taraf, namun masih ada juga negara masih yang menpertahankan “code” salah satunya ialah Malaysia.
Di Malaysia 'code' ini masih lagi dipertahankan dan dikawalselia oleh Suruhanjaya komunikasi Dan Multimedia Malaysia atau dalam singkatannya SKMM .
Mahupun ada sentengah orang yang berpendapat “code' ini sudah lapuk dan sudah ketinggalan zaman tetapi pihak SKMM masih berpegang 'code' ini.
Di pihak berwajib mungkin berpendapat amalan ini mesti dipertahankan untuk membezakan pemegang radas kelas B (9 wiskey)dan kelas A(9 Mike )
Signifikasinya prefix 9M ini bukan diberi oleh SKMM tetapi diperutukan 9M untuk Malaysia oleh ITU sebuah pertubuhan komunikasi sedunia.
Untuk pengetahuan umum sehingga kini pasukan keselamatan kita (Tentera )masih lagi mewajibkan anggotanya untuk tahu mendengar asas “code”,bagi yang ingin mendalami pengetahuan cara penghantaran dan pendengaran.maka beliau akan diserapkan ke Regimen Semboyan.Seingat saya asas angota semboyan dalam tahap satu pelajaran morsenya adalah 18wpm sehinggalah beliau mahir dalam pendengar 28wpm keatas. Ada rakan saya ingin cuba sampai ketahap itu walau
beliau berkata untuk sampai ke tahap ini akan memakan masa. Bagi beliau jika angota regimen semboyan boleh tentu dia pun boleh……..kepada beliau "All The Best" dan selamat maju jaya saya ucapkan.
Berbalik kepada cara dan bagaimana seseorang ingin menaik taraf ke callsign 9 mike,umum diketahui cara yang sah ialah semua ahli pemegang callsign 9w dikehendaki mengambil ujian ini.Ujian ini kebiasaanya diadakan dua kali dalam setahun,ianya dikendalikan oleh SKMM dangan bantuan Angkatan Tentera Malaysia amnya dari unit Regimen Semboyan.Adalah difahamkan ujian 'code' ini dihantar dalam 10wpm hingga 12wpm namun SKMM masih mahu memberi peluang kepada semua ahli ham untuk lulus ujian ini,iaitu melalui sessi pengulangan ya!!! inilah yang dikatakan SKMM cuba memberikan laluan mudah,namun seperti mana telah saya katakan kapak ditangan batang rembia dihadapan "jika tak kenal mana rembia yang mana sawit setajam mana kapak pun tiada gunanya,pengulangan itu memberikan keselesaan untuk
melengkapkan ayat hantaran ujian.Ujian tetap ujian kandas lulus adalah lumrah namun janganlah sampai tiada persiapan untuk anda diuji.
Bagi mereka yang kandas kita patut memberi ucapan taniah dan syabas kerana mereka inilah yang memberi semangat dan menhidupkan 'code' ini,D iatas kemahuanan keazaman mereka inilah SKMM masih lagi mengadakan ujian tersebut.
Jika kejayaan mereka tercapai dengan kepantasan mendengar 12wpm ,Kejayaan mereka ini juga turut dikongsikan bersama rakan 9M khususnya guru mereka yang tidak henti-henti memberi tunjuk ajar dan motivasi,dengan ini jenerasi 9m baru tidak luput dalam peta dunia amnya.
Kesungguhan dan kemahuan itu lah tanda kejayaan,namun malangnya ada segelintir yang cuba memperolehinya dengan jalan mudah,"lampiran surat sokongan serta cop mohon kebesaran adalah dilihat "Sendiwara Klasik 3 Zaman"dihulurkan kepada SKMM yang menyatakan sipolan...sipolan yang ber ……..layak mendapat callsign 9 mike. Mari lah kita renung sejenak hobby yang mencantumkan persahabatan di udara yang bergelar callsign 9 mike ini,Adakah jalan mudah ini merupakan satu detik sejarah yang bakal kita kenang sehingga akhirnya,jika kita bergelar 9mike adakah kerajaan akan menberi projek yang bernilai berjuta-juta, jawapan nya tidak!!!. Adakah jika kita dapat 9 mike ini bermakna kita boleh lekat pingat didada didalam majlis rasmi,jawapan tidak!! Adakah jika kita dapat 9 mike ini akan menjadikan kita dalam golongan masyarakat elite jawapan nya tidak!!!
JAWAPANNYA IALAH BERUSAHA tak kira anda dari mana datang golongan bangsawan atau pertengan mahupun golongan bawahan,mereka ini tak jemu jemu mendengar baik diwaktu malam mau pun diwaktu siang,cara ini lah yang dipanggil semangat rakan ham cara yang betul walau kandas beberapa kali tetapi dari pandengan rakan 9m lain menganggap ahli ini lah rakan ham sejati.
INGAT lah sekiranya jalan yang anda lalui itu mudah ‘cara yang sangat senang tetapi dari sudut pandangan rakan lain tak ubah seperti "Busong di perut hanyir bangkai di mulut"Loyanya sekampung pasti dikenang"Harimau mati meninggalkan belang manusia mati meninggalkan nama",Mat Kilau terbilang kecundang dikenang,Hancur jasad dikandung tanah maruah yang baik dikenang jua,apakah soal mudah ini akan terus dikenang orang atau jenerasi seDNA atau cucunya dikendong resah atas atoknya mendapat 9mike cara yang salah,dimanakah letaknya maruah? pada usahanya atau dengan jalan mudah?Gah 9 mike bukannya dari jalan mudah atau dari jalan yang salah tapi usaha yang tak kenal penat lelah. Alunan audio anda bisa menggembara ke seluruh pelusuk dunia tetapi rakan anda 9Mike ,9 whikey dan Swl akan ketawa disebalik tarbir.sehingga sepanjag hayat anda.
Walaupun catatan ini tidak bisa merubah keatas diri anda dan pihak berwajib yang menentukannya,sebagai insan yang pernah melalui saat sukar,suara saya adalah hak saya juga mereka yang mengenal bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian.Walaupun cara yang sah tetapi berbaloi ke maruah anda?
Suka saya ingatkan tiada jalan mudah untuk dikenang,Belajar dan berusahalah ,jika anda ingin melangkah pada satu tahap yang membanggakan anda kuncinya ialah berusaha jika anda tidak "Usahlah mendabik dada jika keris yang dihunus hulunya bukan milik anda."
*Dipetik daripada rencana asal oleh Antenna karat"