Aidilfitri kali ini bagi saya cukup istimewa,takala hampir genap 20 tahun bertugas ni company ini maka ini adalah julung -julung kalinya saya bertugas pada pagi syawal,perasaan sedih tak ada mungkin kerana saya tak terkejar nak balik kampung kerana keluarga mertua dan keluarga saya sentiasa di sini..eeemmm hari-hari berjumpa.Amnya pihak syarikat punyai 45 orang anggota bomba,mengikut pengkiraan seramai 15 anggota amat diperlukan bagi "standby" di 4 kawasan iaitu NTPM(kilang tisu),NTT(kilang pemprosessan paper bord),NTPC(sanitary napkin dan lampin bayi) dan NTPP(produk kertas envelope dan sebagainya) bagi setiap shif,jika dikira dari segi teori jumlah anggota seramai 45 orang masih tidak mencukupi lantaran itu anggota bomba dikehendaki bertugas lebih masa 16jam sekurang-kurangnya.
45 orang eemmm...itu tak termasuk mereka yang pulang bercuti raya dan yang tinggal hanyalah beberapa sahaja.
Biarpun imbuhan yang diperolehi agak lumayan namun itu bukanlah persoalan,tanggung jawab dan kerjasama adalah perkara utama.
Saya sendiri pada raya kali ini bertugas pada sehari sebelum raya,pagi raya diikuti malam raya dan 16jam berikutnya pada 3 hari kemudian hehehehe...saya ada cakap dengan ALL eeemmmm...... 8x standby ni dah boleh dapatkan sebuah FT817 hahahaha...
Jika ditanya bagaimana perasaan tak dapat berhari raya pada pagi raya,saya tak rasa apa-apa pun mungkin kerana ia tak melibatkan saya nak balik kampung sebabnya memang saya sudah di kampung,nak beraya di pagi raya mungkin agak sukar juga nak tinggalkan emak yang tangannya masih belum mampu untuk membuat tugas-tugas berat,maka peranan xyl saya amatlah diperlukan,untuk melayani tetamu yang bertandang.Setiap hari sebelum bertugas saya sentiasa boleh bersama keluarga,jika standby petang pagi ada di rumah,jika standby malam pagi ada dirumah,rumah mak mertua pun tak jauh mana letaknya antara perjalanan ke tempat kerja...mudah pergi balik...
Semasa di saltmine handy TK-208 yang rosak tx nya jadi teman untuk memantal QSO rakan-rakan,awalnya saya plan untuk naikkan antenna dekat sini tapi......oleh kerana beberapa faktor yang tak menyebelahi hasrat itu dikuburkan ajalah.Standby eemm...namanya pun standby memang menyeronokkan,masing-masing membawa kuih pulut ketupat,rendang...memang murah rezeki ada rakan siap bawa nasi lauk ayam kampung daging dan beberapa lauk yang lain,wah...memang best kalau dok dekat rumah belum tentu dapat makan sebegini,kuih tak usah cakaplah.....bahulu seolah dianaktirikan,habis kuih yang lain baru dilayan....
Nak cerita sedikit alkisah suatu ketika dahulu ,masa awal tahun 80an,ayam bukanlah benda makanan yang mudah diperolehi seperti sekarang,kalau nak makan ayam kena tunggu hari-hari tertentu contohnya jika ada tetamu istimewa bertandang,kenduri khawin pun asyik-sayik lembu aja....bila tiba hari lebaran ayam-ayam pasti terkorban,kalau nak makan ayam kenalah tangkap tak kira apa caranya seingat saya taklah sampai baling atau "punggai"dengan kayu sampai ayam patah kaki atau kojol cukup dengan gunakan jerat jerut atau gunakan bakul buluh,sengetkan bakul tongkatkan dengan kayu yang diikatkan dengan tali di bawah bakul buluh diletakkan dedak atau pun jagung mahu pun padi,ayam masuk aja ke dalam bakul tali ditarik dan ayam terperangkap bakul atau raga....dan buka dan cekup maka "kiokkkkkk.........kiokkkkkkkk...kiokkkkkkkkk....raungan ayam memecah kesunyian.
Kalau nak tangkap ayam di reban pun ada caranya jika tidak satu reban ayam habis ditinggalkan oleh ayam-ayam yang lain,caranya mudah ayam tak boleh titangkap dengan cekup badannya,gerenti bising...masukkan telapak tangan dicelah bawah badan ayam dan ayam akan senyap tanpa memekek......ada petua orang kalau nak lebih bagus sapukan tapak tangan dengan najis ayam hahahahaha....ni saya tak pernah buat..tooobat!!!
Kalau nak sembelih ayam kena sorok-sorok sikit jangan sembelih kat depan ayam-ayam yang lain nanti semua ayam yang tak berani masuk reban...betullllll cakap!!!!
Itu bab cerita pasal ayam ni nak cerita pasal dodol pula,dodol sekarang kian ditelan zaman,anak-anak muda kurang menggemari makanan atau judah ini kuih moden kek lapis,tart nenas dan beberapa aneka biskut yang lain menenggelam kuih-kuih tradisi,halwa maskat pun antara spesis kuih yang jarang-
jarang diperolehi,dodol memerlukan 6-8jam untuk masak,memasak dodol memerlukan kesabaran yang cukup hebat,alang-alang puasa boleh kantoi masa saya masih di sekolah rendah Rm5 adalah jumlah yang cukup besar upah untuk kacau dodol,namun semangat nak raya memang mengatasi segala-galanya sebaiknya hampir seminggu nak raya adalah timing baik untuk kacau dodol.
Kalau tak puasa masa kecik-kecik dulu saya dan beberapa rakan sepermainan jadi QC tak resmi,koyak daun pisang tunggu dodol yang mak dok kacau untuk pastikan ok ke tidak..hehehehe.
Sekarang ni dunia dah lain dulu dodol kena kacau 6-8jam,itu dengan dapur kayu,ketawa ada menangis pun ada dibuatnya...nak tau kenapa?sebabnya asaplah....silap haribulan kena tawaf satu kawah kerana angin yang bertiup,pernah saya beli dodol segera yang dijual oleh akak kantin kat tempat kerja saya,katanya dodol dia masak gunakan microwave, dodol mikrowave,cakap pasal dodol tu apa yang saya dapati ialah ketika masih baru memang setanding dodol yang dimasak seperti biasa,tetapi apabila disimpan di dalam peti sejuk agak lama juga ia menjadi rapuh seperti roti yang boleh dipatah-patahkan pelik kan??
Cerita pasal pelita minyak tanah tu bermodal rm1 minyak tanah untuk pelita memang berbaloi untuk stock 2-3 hari pada zaman dahulu,sekarang ni nak murah guna diesel ajalah... "cost savinglah katakan"asap pelita masyaallah.....!!!Tahun ni tak ramai yang pasang lampu panjut,malam 7 likur pun tak ramai yang pasang pelita,ramai orang memilih untuk memasang lampu kelip-kelap(running light)yang berbagai warna dan bentuk....hehehehe..tahun lepas raya,saya antara orang pertama pasang lampu ini.....masuk je ramadhan lampu ni kita pasang..eeeeemmm....tak sampai 4 hari ja..lampu ni dah kaput....tahun ni saya beli yang gunakan LED mahal sedikit tapi long lasting.
Kreativiti 9M2RR beliau menggantikan sumbu lampu minyak tanah dengan bulb,pelita yang dinyalakan dengan kuasa letrik...eeemmm itu dah sukup bagus kurangkan pencemaran hehehehe...
Pelita minyak tanah lengkap dengan stand hanya rm0.90 dekat kedai Long Wan tapi pelita tu hanya mampu bertahan untuk beberapa hari aja sebab gunakan stock minyak diesel raya lepas.Apa pun kita masih lagi dalam keadaan atau suasana menyambut raya...iyalah puasa sebulan raya pun sebulan.
Perang meriam kabait
Dulunya masuk aja bulan ramadhan,kira perang meriam bermula,kampung seberang dan kampung saya pakat berlawanan siapa paling kuat,ada yang buat meriam tanah,masa kecik tin milo yang ditebuk lubang di bahagian bontotnya diletakkan kabait dibawah taruk air sikit dan cucuh meletup dan tin tersebut melambung ke atas pun dah kira ok.
Kebiasaannya main meriam ni 3 petugas perlu ada sorang tukang cucuh,sorang tukang taruh air,taruh air kena ada skill juga hehehehe..kalau taruh air lebih atau kurang pun akan efek kepada kekuatan letupan meriam tadi,biasanya kita gunakan kulit kerang untuk sukatan air,tukang cuci bertindak akan meterbalikan meriam dan membuang habuk-habuk kabait dan memasukkannya semula..angkat dan tonggeng dan ketuk-ketukan supaya meriam sentiasa bersih daripada habuk kabait.
Pro dan kontra meriam kabait ni banyak tetapi bergantung kepada persepsi orang ramai,kalau dulunya alah bisa tegal biasa sekarang mungkin menggangu orang ramai,dulunya meriam dibunyikan sebaik masuk waktu berbuka,ada rakan mengejutkan orang bagun sahur dengan cara sebegini tapi bukan 2 atau 3 kali tembakan...
To Rizal 9M2RZL antenna tu masih belum diuji untuk DXing,so far untuk operate di Nusantara ini tiada sebarang masalah,secara peribadi antenna ini tiada masalah untuk digunakan untuk kepuasan mungkin tidak,untuk jimat tempat yaa...
Psst gambar-gambar ni sekadar hiasan sahaja.