anak yang soleh sentiasa mendoakan kepada kedua ibu-bapanya maka amalan kebaikkan tidak terputus di situ sahaja
wallahuallam.
Bagi yang baru berumah tangga,baru memperolehi cahaya mata tahniah diucapkan,jangan lupa tanggung jawab anda telah diperluaskan itu sepatutnya anda sedari,tak ketinggalan juga bagi yang berjaya memperolehi lesen lesen motor,lesen kereta dan tentu sekali lesen radio amatur,selamat datang ke dunia ham yang sebenarnya.Sesungguhnya "masa telah mendewasakan kita semua"namun berapa ramai di antara kita yang benar-benar menghargainya?Pepatah oghang putih ada mengatakan life begin 40,kata mereka hidup baru bermula masa tu....eeemmm pengertian kita pula kalau dah masuk umur 40an kalau tak berubah tu maka agak sukar nak berubah..eeehhhhh...betul ke pandangan tu?
Kita lupakan perkara tersebut,keputusan PMR pun sudah keluar syabas kepada adik-adik yang telah berjaya dengan
kelulusan yang cemerlang,2010 mengikut kalender Cina merupakan tahun harimau,tahun yang tak beberapa bagus
dalam melakukan bisnes kata seorang yang berbangsa Cina,tahun harimau katanya "Tahun makan orang"ulasnya
tengok tahun ni berapa banyak kemalangan besar berlaku,baru-baru ini 27 orang mati akibat kemalangan ngeri
dekat Perak ujarnya.Tahun depan merupakan tahun arnab,saya katakan kepada beliau "kalau macam tu tahun depan
kalau buat bisnes mesti bagus punya"sebab arnab ni jenis aktif melompat,melompat jer......beliau akui....
"Oooo...katanya you pun tau"taklah saya cuma fikir macam tu saja...eeemm.....arnab makan sayur..karot naik hargalah jawabnya tahun 2011.Beberapa jam lagi genaplah 6 tahun peristiwa tsunami yang berlaku pada 26-12-2004,rasa macam baru semalam sahaja peristiwa tu berlaku,eeemmm....antara tanda-tanda akhir kiamat ialah masa berlalu sangat pantas.
Masa berlalu sangat pantas?yaaalah.....kita rasa sekejap sahaja.....tidak itu sahaja perjalanan ke sesuatu tempat pun amat pantas,kalau dahulu nak ke Kuala Lumpur kena plan awal-awal,tulis surat dekat sedara supaya tunggu
dekat setesen kereta api,sekarang nak pergi bila masa sahaja pun boleh,dengan adanya highway masa menjadi makin pantas tekan pedal minyak rapat 3 jam pun dah sampai.
Perencanaan untuk tahun hadapan mungkin sudah disusun rapi,sessi persekolahan akan bermula tak lama lagi,tentu sekali ibu-bapa sudah siap menyediakan kelengkapan anak-anak,bagi saya sendiri alhamdulillah baki durian runtuh telah dilunaskan oleh pihak syarikat,rezeki anak-anak persediaan hampir selesai.2010 tahun malas bagi saya untuk melakukan aktiviti Dxing rasa malu pun ada sebabnya masih banyak QSL kad yang belum dijawab,kalau setakat 10-20 keping tak mengapa.....Oooooo
banyak lagi tu....kepada rakan lokal yang kirimkan kad tu insyaallah akan saya balas balik.
Kontervasi sepanjang 2010 pemilikan QRP set di kalangan rakan ham mendapat liputan oleh beberapa blog rakan-rakan sepastinya itu tidak membantutkan kembara Dxing rakan ham berstatus 9W,kesungguhan mereka dalam mengamarah HF patut kita contohi,perjalanan rakan radio tidak terhenti di situ sahaja masih banyak mode-mode yang harus diterokai
modal mungkin agenda utama,namun di mana ada kemahuan di situ ada jalan dan tentukan jalan yang diredhai.
Aspek keselamatan dalam kegiatan radio amatur perlu diberikan penekanan yang berat,langkah pembumian/grounding
yang tidak mencukupi boleh mendatangkan musibah di kemudian hari,yang mana yang kurang harap mantapkan.Malang memang tidak berbau tetapi ingat "mencegah lebih baik daripada mengubati"
Lembaran baru,kata orang tutup buku lama buka buku baru,sebelum kita tutup apa kata lihat kembali apa pencapaian kita sebelum ini,adakah tanggungjawab kita terhadap keluarga dipenuhi,saya sepatutnya menulis semua ini pada penghujung tahun hijrah 1431,tapi atas kekalutan tugas saya tidak dapat menulis bukan niat untuk membesarkan tahun masihi.Anda dan saya sama-sama telah melalui kepayahan sepanjang 1431/2011 sudah pasti itu merupakan plan strategi utama yang perlu diberikan fokus pada tahun berikutnya.Yang kurang kita lebihkan,yang terlebih kita sederhanakan"seperti hadis Rasulullah SAW"Sebaik-baik pekerjaan itu bersederhana"Kepada rakan-rakan dan pengunjung setia blog ini semoga kehidupan kita pada 1432/2011 akan lebih bermakna.