LOCAL TIME GMT +8
Monday, April 14, 2008
PEMILIHAN KEY YANG SESUAI
Tentu ada yang tertanya morse key yang macam mana yang perlu anda gunakan untuk "beginner"/permulaan.Pada hemat saya "tepuk dada tanya selera"jika anda tergolong dikalangan yang berkemampuan anda boleh memiliki 2 key set sekali gus straight key dan iambic/squeeze key.
Bagi saya penggunaan straight key agak sedikit mencabar bagi mereka yang masih baru,berdasar pengalaman saya lenguh jari,sending gagap(Terabur)sending timing tak seragam sewaktu menekan key adalah beberapa perkara yang semua akan melaluinya.Saya suatu masa bermasalah untuk menekan kod U nombor 3 dan namun alah bisa tegal biasa latihan demi latihan kelemahan itu dapat diatasi.
Iambic/squeeze ( Electronic key)kurang mencabar namun kelebihannya ialah penghantaran kod morse kedengaran selesa (sedap didengar)gap yang sekata nisbah/ratio bunyi da dan dit 1 da=3dit sedap didengar.Penggunaannya agak selesa namun latihan demi latihan masih juga perlu bagi memantapkan kecekapan penggunaannya jika tidak akan berlaku over sending contoh H menjadi 5 S menjadi H dan lain-lain.
Apa pun saya sarankan supaya biasakan dengan penggunaan paddle key(straight key)sebabnya apabila berlakunya saat kecemasan walaupun anda tak punya key(staright key@squeeze)anda masih mampu menghantar maklumat hanya dengan dua utas wayar yang dilagakan(sending dengan kaedah straight key) satu jari permenant untuk memegang wayar dan satu jari lagi bertindak sebagai pressing panddle.
Keupayaan seseorang menghantar cw laju dengan menggunakan straight key adalah bergantung kepada kecekapan dan pengalaman setakat yang saya tahu 25wpm adalah yang terpantas seseorang ham mampu menghantar namun tidak bagi iambic/squeeze key dengan latihan biasa 30wpm adalah perkara biasa,tapi ingat!!! keupayaan menerima lebih diutamakan daripada keupayaan menghantar,tiada maknanya jika rakan anda boleh terima dan anda tidak.
Homebrew Key
Bagi mereka yang mahukan kelainan,anda bolehlah membina sendiri straight key atau squeeze key anda,cara ini lebih memberikan kepuasan kepada anda tanpa mengeluarkan belanja yang banyak,penggunaan bahan terbuang juga dapat dimanfaatkan.
Apakah Matlamat Anda?
Ketika masih dibangku sekolah sekitar awal 80an,masih segar diingatan subjek sejarah ketika itu dikenali sebagai Tawarikh,Matematik(Ilmu Hisab),Geografi(Ilmu Alam)satu artikel menyentuh penciptaan radio membawa kesan yang mendalam sehingga kini,jika saya tidak tertarik kepada artikel tersebut tentu sekali hobi ham radio takkan tersemat di jiwa saya sehingga kini.
Di dalam kepala otak tiada lain bermacam macam andaian dan persoalan bermain,impak maksima 5W dok berputar di kepala who,what,when,why,wow! Benda-benda sebegini membuatkan sikap ingin tahu menebal di hati,secara perlahan-lahan perkara berkaitan radio dikaji dan diselidiki,dalam artikel buku sejarah tersebut telah disebutkan bahawa Guglielmo Marconi adalah pencipta radio namun keinginan terus mendesak siapa itu GM mengapa namanya dijulang tinggi? mengapa namanya gah di mata dunia?
Pencarian saya kepada GM telah menemukan saya dengan hobi Ham Radio yang pada ketika itu saya masih lagi hingusan (86)khutub khanah atau pusat sumber adalah sasaran utama saya untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengannya.Sepanjang pencarian hal berkaitan dengan ham radio saya juga mula mendekati radio *pls cerita pasal radio boleh anda baca di bahagian posting saya yang lama.Encyclopædia Britannica banyak membantu saya dalam pencarian saya,kekadang apabila difikirkan balik rasa bersalah juga apa tidaknya CURIOSITY juga mampu menjadikan saya The Magic Man helaian demi helaian topik-topik menarik saya ghaibkan (sama-sama tau he he).Berapa banyak radio yang dah rosak berapa banyak duit yang dah lebur dek penangan radio ni!wallahuallam......
Saya tak punya pengetahuan berkaitan dengan elektronik sama sekali tidak!!!kebanyakan saya berlajar melalui majalah dan buku-buku oh ya! terlupa belajar dari kesilapan he he he saya mula belajar mengenali diod greminium (untuk projek x-tal radio)transister,resistor,capasitor dan lain-lain saya cuba memahaminya,alhamdulillah berkat kesungguhan yang saya lakukan saya boleh membaca litar-litar elektronik ketika itu.
Berbalik kepada tujuan topik ini ialah zaman sekarang anda celik-celik mata dah tahu apa itu ham radio,ada ramai individu yang berlesen dan beberapa persatuan radio amatur yang boleh membimbing anda ke arah itu,kemudahan internet dan media elektronik sedikit sebanyak mendedahkan hal ham radio di mata masyarakat hari ini.Sekiranya saya dilahirkan dalam kelompok anda hari ini mungkin juga atau mungkin tidak saya adalah 9M yang termuda.
Moral of the story-saya melalui zaman yang sukar untuk menemui apa itu ham radio tidak seperti anda semua dan tentu sekali keinginan yang mendalam telah dijadikan satu inspirasi/peransang buat saya untuk menjadi seorang ham radio yang berlesen.Kurangnya pendedahan,sokongan moral dan beberapa faktor yang anda sedia maklum membantutkan melangkah setapak lagi ke 9M,ingin saya tekankan disini setiap dari anda berpotensi untuk menyerlahkan diri anda dalam bidang ham radio ini,tanya pada diri anda apakah anda betul-betul berminat menceburi radio ini atau terpengaruh dengan ajakan kawan atau apa-apa saja yang ibarat hobi bermusim,tamatnya AA tamat juga riwayat kisah radio dan anda.Jika jawapannya tidak cabaran 9M senantiasa menunggu anda,ayuh!! bukan 6 meter dan 10 meter jadi ukuran tapi sejauh mana hobi ini anda mampu bertahan!!APA MATLAMAT ANDA???
Usah ditakuti pada cw
Wahal ianya cuma lagu
Jangan disebut anda tak tahu
cw cuma irama berlagu
jika dengar selalu
CW test insyaallah boleh dapat 9M2!!

Subscribe to:
Posts (Atom)