Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Monday, April 14, 2008

PEMILIHAN KEY YANG SESUAI





Tentu ada yang tertanya morse key yang macam mana yang perlu anda gunakan untuk "beginner"/permulaan.Pada hemat saya "tepuk dada tanya selera"jika anda tergolong dikalangan yang berkemampuan anda boleh memiliki 2 key set sekali gus straight key dan iambic/squeeze key.

Bagi saya penggunaan straight key agak sedikit mencabar bagi mereka yang masih baru,berdasar pengalaman saya lenguh jari,sending gagap(Terabur)sending timing tak seragam sewaktu menekan key adalah beberapa perkara yang semua akan melaluinya.Saya suatu masa bermasalah untuk menekan kod U nombor 3 dan namun alah bisa tegal biasa latihan demi latihan kelemahan itu dapat diatasi.

Iambic/squeeze ( Electronic key)kurang mencabar namun kelebihannya ialah penghantaran kod morse kedengaran selesa (sedap didengar)gap yang sekata nisbah/ratio bunyi da dan dit 1 da=3dit sedap didengar.Penggunaannya agak selesa namun latihan demi latihan masih juga perlu bagi memantapkan kecekapan penggunaannya jika tidak akan berlaku over sending contoh H menjadi 5 S menjadi H dan lain-lain.

Apa pun saya sarankan supaya biasakan dengan penggunaan paddle key(straight key)sebabnya apabila berlakunya saat kecemasan walaupun anda tak punya key(staright key@squeeze)anda masih mampu menghantar maklumat hanya dengan dua utas wayar yang dilagakan(sending dengan kaedah straight key) satu jari permenant untuk memegang wayar dan satu jari lagi bertindak sebagai pressing panddle.

Keupayaan seseorang menghantar cw laju dengan menggunakan straight key adalah bergantung kepada kecekapan dan pengalaman setakat yang saya tahu 25wpm adalah yang terpantas seseorang ham mampu menghantar namun tidak bagi iambic/squeeze key dengan latihan biasa 30wpm adalah perkara biasa,tapi ingat!!! keupayaan menerima lebih diutamakan daripada keupayaan menghantar,tiada maknanya jika rakan anda boleh terima dan anda tidak.

Homebrew Key
Bagi mereka yang mahukan kelainan,anda bolehlah membina sendiri straight key atau squeeze key anda,cara ini lebih memberikan kepuasan kepada anda tanpa mengeluarkan belanja yang banyak,penggunaan bahan terbuang juga dapat dimanfaatkan.

No comments: