Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Wednesday, September 16, 2009

ANTENNA PUCUK PELAM

Baru semalam sahaja saya menerima sms daripada 9M2RZL bertanyakan bagaimana dengan setup dengan Tak tenna,saya balas sms beliau saya tak ada masa untuk naikkan antenna tersebut kerana kesibukan dengan tugas dan juga hal perkara sunat malam puasa,kata beliau apakah mungkin transmission daripada Sg Chenaam boleh dimonitor di JB,alhamdulillah selepas sahaja selesai sahur saya merajinkan diri untuk menaikkan antenna ni
connector dan coaxial cable saya terpaksa guna yang 20 inverted Vee,antenna tu terpaksa saya korbankan semata-mata untuk naikkan antenna ini,saya sempat connect ke radio belum buat pemancaran,awal pagi tiada kedengaran mana-mana stesen ham yang beroperasi,saya tune ke upper sikit broadcast station kedengaran,apa pun saya hanya menunggu masa yang sesuai untuk membuat pemancaran dengan antenna ini,kepada rakan ham insyaallah saya akan memanggil atau menjawab panggilan anda di
40meter.Tak sabar nak test...hehehehe...