Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Sunday, February 3, 2008

CW? CW? CW? APA YANG BAGUS SANGAT CW NI???DAN PERANAN HAM RADIO MEMBER

Saya percaya ramai di kalangan rakan ham yang belum pernah melihat/mendengar bagaimana komunikasi morse atau cw berlangsung,komunikasi 2 hala atau lebih antara suatu stesen ham dengan stesen ham yang lain.Bagi mereka yang belum pernah melihat bagaimana komunikasi cw dijalankan harap luangkan masa anda untuk meninjau di qth rakan 9M yang berdekatan dan melihat sendiri keunikan komunikasi cara ini dilakukan.Garis sengkang membawa irama sebagai da dan noktah sebagai dit dimainkan dengan rythm yang berlainan membawa maksud tertentu hanya difahami oleh mereka yang benar-benar memahami erti kod atau irama-irama tersebut yang ditafsirkan kepada ayat-ayat iaitu maklumat yang hendak disampaikan.

Mengapa perlu cw? mengapa perlu cw? ya...sesuatu yang unik jika kita ketepikan akan hilang keunikan dan keistimewaannya begitu juga dengan morse,kita lihat dewasa ini perhubungan komunikasi semakin canggih dunia digital mengambil alih era dahulu namun secanggih mana pun sesuatu alatan perhubungan itu tak akan sama dengan pengetahuan cw yang tertanam diminda anda ini dapat disaksikan apabila berlaku bencana alam yang besar seperti tsunami,banjir besar dan lain-lain malapetaka yang besar,komunikasi canggih lumpuh jika mode perhubungan yang canggih seperti Fm,Rtty,Am dan SSB gagal berfungsi dengan baik lebih mendukacitakan jika komunikasi satelite juga menghadapi jalan buntu..mungkin dengan keadaan yang terdesak pengetahuan dan kemahiran yang ada ahli radio amatur dapat membina litar ringkas transciever untuk membuat perhubungan bagi mendapatkan bantuan dari luar tidak mustahil kan.

Apabila membicarakan topik berkaitan cw mungkin pada tanggapan mereka yang buta mengenainya akan selamba bersahaja merujuk kepada era perang dunia ke 2 dah ketinggalan zaman,apa tak nya komunikasi morse adalah sinonim dengan penggunaan era zaman tersebut itulah tanggapan mereka adakah mereka tahu kenapa dan mengapa cw adalah pilihan yang tepat penggunaannya untuk selama-lamanya.Begitu jugalah pendapat mereka yang melihat ahli ham berkomunikasi antara satu sama lain bersahaja mereka akan berkata "hobi ham radio...eeeemm bersembang sahaja"hobi apanya???"kadang-kadang kita sebagai ham ni rasa berdesing juga telinga bila ungkapan sebegini diluahkan oleh mereka yang hanya melihat dari satu sudut sahaja,akan penampilan kita sebagai ahli ham radio ini,apa pun hanya jauhari yang mengenal manikam!!! sukar untuk mereka menerima bahawa QSO itu adalah salah satu daripada hobi sebagai ham....dan adakah mereka tahu apa kepetingannya ahli ham dan kemahiran yang mereka ada?,melalui ekperimentasi radio dan antenna!,tika malapetaka menimpa handphone atau telefon rumah tiada membawa makna lagi maka ahli ham radio lah yang akan memainkan peranan dalam menyalurkan maklumat,ham selaku perantaraan akan bertindak memastikan maklumat dapat disalurkan dari masa ke semasa kepada pihak yang memerlukan.

Berbalik kepada perhubungan cw tadi apabila band condition Am,Fm atau SSB*Single Side Band(keadaan band sudah berubah(skip band)iaitu mengalami kesukaran untuk difahami cara yang terbaik untuk melanjutkan masa komunikasi cara yang terbaik adalah berpindah kepada CW band.Walau dalam keadaan yang sukar sekali pun masej atau maklumat-maklumat anda masih boleh dihantar dan diterima oleh rakan ham yang lain.
Beropersi di band cw adalah lebih menguntungkan kerana anda tak perlu menggunakan kuasa pemancar yang besar,5 watt sudah memadai untuk berQSO,untuk makluman anda berpuluhribu stesen ham serata dunia masih menggunakan qrp rig untuk tujuan komunikasi dxing,kepuasan adalah bila pemancar 1/4 watt dengan kuasa bateri 6v-9v sudah boleh mencapai jarak beribu batu.
Cw yang menggunakan kuasa pemacar dan RF yang kecil tidak atau kurang medatangkan kesan radiasi kepada kita dilihat suatu yang praktikal disamping mudah dibawa kemana-mana.
Alamak!!! radio aku rosaklah!!!AM,SSB,FM dah kaput cuma CW saja yang masih ok,errr alamak!!! microphone aku dah rosaklah!!! macam mana ni nak on air???
mungkin itu lah yang akan anda lafazkan apabila transceiver anda mengalami kerosakan,namun... tidak jadi masalah jika anda adalah ham yang mempunyai kemahiran dalam cw,anda masih lagi dapat berhubung dengan rakan anda.
Aisey!!! band condition dah berubahlah....tak bolehlah nak QSO.....eemmm tak jadi masalahkan jika anda tahu menggunakan cw.
Bagi mereka yang mahir dalam elektronik anda dapat membina sendiri micro transceiver anda sekitar Rm50 atau kurang daripada itu projek transceiver seperti pixie anda boleh lihat projek micro transciever klik di sini
Bagi mereka yang tak mahu mengetahui hal-hal berkaitan cw usahlah ganggu mana-mana stesen yang berQSO perkara-perkara berkaitan cw,bukan niat mereka untuk ego atau sebagaimana yang difikirkan oleh segelintir rakan,tujuannya ialah tak lebih untuk membakar semangat rakan-rakan yang teragak-agak untuk maju setapak kehadapan janganlah menekan-nekan ptt untuk memintas QSO yang sedang berlangsung,mungkin ada di antara tips-tips yang amat berguna boleh anda atau rakan ham yang lain perolehi apabila memantal mana-mana stesen yang berbicara perkara berkaitan cw.