Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Tuesday, March 16, 2010

MEREKA YANG BAKAL MENYARUNG JERSI 9M SETERUSNYA IALAH

Berikut adalah peserta yang bakal menyarung jersi 9M mereka adalah:
9W2DMX-Dik Wan Perlis
9W2YOT-Yot Melaka
9W2YR-Rashid
9W2NTT-Halim
9W2VEB-Arshad
9W2ADA-
9W2AML-
9W2VOL-
9W2DUI-
9W2VNS-
9W2USB-
9W2RZL-
9W2MZI-
9W2NEK-
9W8MET-

9W2MDX-Rakan termuda daripada Perlis 21tahun


9W2NTT Anak didik 9M2ALL

Akhirnya Pak Yop dapat juga tukar jersi

Terima kasih kerana sudi melawati blog saya,inilah pertama kalinya saya membuat lintas langsung dari SKMM Cyberjaya,saya tak mampu untuk menunggu sehingga sesi penghantaran selesai atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan,begitu juga dengan pembantu saya yang akan terus ke Pulau Pinang atas tugasan kerja.akhir kata mereka yang kandas terus mencuba lagi,yang berjaya teruskan keriangan hobi anda dan jangan lupa membantu mereka yang memerlukan bantuan dan didikan anda.

Keputusan yang saya lampirkan di sini masih tidak resmi,apa pun sila rujuk kepada pihak MCMC untuk lebih tepat 73 daripada 9M2MGL dan 9M2ALL.

KEPUTUSAN YANG DITUNGGU-TUNGGU DAH TIBA

Keputusan resmi bagi ujian sesi penerimaan sudah keluar,daripada 52 orang peserta yang mendaftar yang hadir cuma
40orang sahaja,12orang tidak hadir manakala yang gagal meneruskan ke sesi penghantaran adalah seramai 24orang.Yang mencuri tumpuan saya adalah Pak Yop (9W2YR) dan juga 9W8MET salah seorang peserta tunggal daripada Sarawak juga berjaya dalam sesi penerimaan.Anak didik 9M2ALL iaitu 9W2NTT(Halim)juga berjaya melayakan diri ke pusingan seterusnya manakla 9W2JBI terpaksa kembali pada tahun hadapan.Agak mengecewakan pasangan suami isteri kandas,apa pun saya doakan mereka dan rakan-rakan ham yang lain akan terus kembali pada masa hadapan,kepada yang gagal jangan berputus asa,cuba lagi di tahun ke depan.

Apa pun sesi ke2 agak sukar diramalkan siapa yang bakal menempah tiket 9M seterusnya,lulus ujian penerimaan bukannya boleh dianggap sebagai lulus ke semuanya,segalanya akan terjawab sehinggalah sesi penghantaran berlangsung.


9W2YR,Rashid a.k.a Pak Yop ketawa setelah sekian lama menanti 4 kali kandas namun perjuangannya tidak ternoktah.

9W2NTT(Halim)Percubaan pertama yang membuahkan hasil berkat ajaran tok guru Putraajaya.

UJIAN CW SUDAH BERLANGSUNG TEKS YANG DIHANTAR OLEH MCMC




Teks atau ayat-ayat yang dihantar bagi sessi penerimaan pada kali ini.

Sesi ayat-ayat atau teks :
VVV SKMM LANCAR PELAN JALUR LEBAR.SASAR PELAN ADALAH UNTUK CAPAI KADAR TEBUS JALUR LEBAR BAGI ISI RUMAH DISELURUH NEGARA PADA PARAS LIMA PULUH PERATUS PADA AKHIR TAHUN DUA RIBU SEPULUH.

Sesi kumpulan nombor atau angka:

91325 41608 53670 82981 07735
29705 36164 78099 15527 65406



Seperti tradisi sebelumnya MCMC masih memberikan ruang keselesaan kepada semua perserta untuk melakukan penghantaran untuk kali ke2.

Agak memeranjatkan semua peserta topik teks juga terkandung dalam akhbar Berita Harian,lihat di bawah:

PANORAMA SEKITAR MCMC



2 reporter tak bergaji yang sentiasa memastikan lintas langsung diikuti oleh rakan ham yang tak berkesempatan untuk turut memeriahkan sessi ujian cw kali ini.

Sokongan jitu daripada harmonic kepada 9W2KRR iaitu Fatin dan Rafik

Set yang bernilai Rm70.000 less 50% pun tak terdaya nak beli

ANTARA 9M YANG TURUN PADANG




Ini adalah barisan 9M yang hadir bagi memeriahkan ujian cw pada kali ini,semasa sessi photograpy ini 9M2RIE,9M2JEN,9M2ONE,9M2PRO,9M2ZC tidak kelihatan mungkin sibuk dan lewat tiba.
Ketika sessi photograpy ini sedang berlangsung para perserta telah berada di dalam dewan untuk mendengar taklimat oleh pihak Mcmc.

LIFE FROM CYBERJAYA

Asaalamulaikum dan salam sejahtera,alhamdulillah pagi ini saya berkesempatan untuk
bertemu rakan-rakan di Cyberjaya.Awal pagi ini ramai rakan ham telah datang awal,antara stesen yang pertama saya eyeball ialah dengan 9W2JBI(Jamal) dan satu kejutan terdapat satu stesen daripada Kuching Sarawak 9W8MET(Saimi).
Untuk sessi ujian cw kali ini seramai 52 orang yang telah mendaftar,namun saya belum pasti berapa ramai yang  akan datang.Pak Yop(9W2YR).Rakan-rakan 9M yang hadir turut memberikan sokongan moral ialah
9M2RS,9M2AU,9M2NZ,9M2GTR,9M2RIE,9M2NM,9M2YAS,9M2GET,9M2VIP, beberapa rakan ham yang lain.Satu kejutan besar sessi cw kali ini ialah kehadiran pasangan suami-isteri 9W2VVH dan pasangannya 9W2VVQ buat julung kalinya.





Wajah-wajah keceriaan awal pagi