Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Tuesday, March 16, 2010

KEPUTUSAN YANG DITUNGGU-TUNGGU DAH TIBA

Keputusan resmi bagi ujian sesi penerimaan sudah keluar,daripada 52 orang peserta yang mendaftar yang hadir cuma
40orang sahaja,12orang tidak hadir manakala yang gagal meneruskan ke sesi penghantaran adalah seramai 24orang.Yang mencuri tumpuan saya adalah Pak Yop (9W2YR) dan juga 9W8MET salah seorang peserta tunggal daripada Sarawak juga berjaya dalam sesi penerimaan.Anak didik 9M2ALL iaitu 9W2NTT(Halim)juga berjaya melayakan diri ke pusingan seterusnya manakla 9W2JBI terpaksa kembali pada tahun hadapan.Agak mengecewakan pasangan suami isteri kandas,apa pun saya doakan mereka dan rakan-rakan ham yang lain akan terus kembali pada masa hadapan,kepada yang gagal jangan berputus asa,cuba lagi di tahun ke depan.

Apa pun sesi ke2 agak sukar diramalkan siapa yang bakal menempah tiket 9M seterusnya,lulus ujian penerimaan bukannya boleh dianggap sebagai lulus ke semuanya,segalanya akan terjawab sehinggalah sesi penghantaran berlangsung.


9W2YR,Rashid a.k.a Pak Yop ketawa setelah sekian lama menanti 4 kali kandas namun perjuangannya tidak ternoktah.

9W2NTT(Halim)Percubaan pertama yang membuahkan hasil berkat ajaran tok guru Putraajaya.

No comments: