Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Sunday, April 27, 2008

Hamradio from the 'Big Gun' station.

SWL DAHULU DAN KINI

Shortwave listening atau lebih dikenali sebagai SWLing ialah perlakuan seseorang yang mempelosori frekuensi radio bergelombang pendek tertumpu kepada aktiviti mendengar, mereka ini diberikan jolokan dengan swl,adalah dikenalpasti bahawa asas seseorang untuk mendalami radio amatur ialah melalui SWLing, pada peringkat ini swl bereksperimen antenna khususnya long wire yang ringkas untuk cuba mendapatkan kualiti penerimaan yang terbaik ,dengan ketiadaan lesen itulah sedikit sebanyak yang dilakukan oleh swl,swl tidak memancar pada mana-mana frekuensi yang diperkhususkan oleh badan bertanggungjawab contohnya seperti MCMC untuk negara kita FCC untuk negara seperti Amerika dan lain-lain.

Pemantauan swl tertumpu kepada frekuesi rendah Am band sekitar 1700khz sehingga 30mhz,pemantauan pada asalnya banyak tertumpu kepada station penyiaran ,"hunting" DXers swl sedaya upaya cuba untuk untuk menerima sebanyak boleh siaran radio di serata dunia,antara siaran stesen yang sering saya ikuti ketika SWL dahulu ialah daripada Radio Singapore,BBC,Voice of America,Voice of Africa,trade mark yang saya masih ingat ialah pada BBC "satu slot"yang kendengaran bunyi macam loceng gereja.

SWL kini kurang berminat untuk ambil tahu perkara berkaitan propagasi.Celik-celik mata bukit Kayu Hitam dan Johor mampu digapai oleh 2m band keistimewaan HF kian dipinggirkan.Istimewanya shortwave hanya "pure" swl saja yang tahu,jika anda sering mengikuti BBC,Voice of America atau lain-lain anda akan dapati bahawa penyampaian sesuatu berita dipersepsi yang berlainan,besar kemungkinan berita yang anda ikuti itu paling terkini,saya terjumpa satu artikel dari negara jiran yang mengatakan bahawa ketika berlakunya perang teluk penjualan "radio shortwave"amat menggalakan ini adalah kerana ia merupakan sumber informasi paling mudah untuk memperolehi berita yang terkini dan lebih pantas dari media yang lain.

Melalui pematauan daripada oragnisasi/pertubuhan/persatuan sepatutnya diperjelaskan dengan terang apa maksud atau pengertian swl apa yang dibolehkan dan apa yang tidak apakah langkah-langkah yang perlu untuk seseorang swl lakukan untuk menaik taraf kepada individu berlesen serta menjadi amatur yang disegani,jika anda mempunyai perintis swl penduakan mereka untuk menjadi seperti anda,apa gunanya pekembangan amatur radio punyai ahli yang ramai tanpa kualiti yang dibanggakan.
Swl yang bernaung di bawah sesuatu organisasi tidak bererti punyai kebebasan untuk untuk perlakukan sesuatu seperti memancar dan mempergunakan callsign rakan yang lain untuk dirinya mengenepikan soal perundangan.Inilah yang akan/bakal terjadi sekiranya sesuatu pihak cuba membolehkan apa yang tidak menutup mata tanpa memperbetulkan apa yang salah apa pun jangan sampai "dah terhantuk baru terngadah"

ALKISAH HANYA JAUHARI YANG KENAL MANIKAM

Cario!,Chow!bukanlah bahasa khusus yang dipergunakan oleh ham namun itulah antara yang sering kali kita dengar melalui corong rig kita dewasa ini.
Segelintir ham yang pernah berhubung dengan saya ketika di HF(Dx-ing)juga dilihat mempergunakannya dan pengamatan saya senario cario dan chow telah mendapat tempat di HF tika dan saat ini bagaimana pula dengan "jalur panjang,jalur lebar,tango-tango"ini adalah kalimat-kalimat yang sering diucapkan oleh segelintir rakan kita bila mengekpresikan hal berkaitan jaringan pengulang dan eyeball sambil pekena teh tarik.

Ada unsur uniknya dalam mempergunakan satu kosa kata yang baru namun tanpa kita sedar penggunaannya bak tayar kereta yang dah lari alignmentnya.Bahasa slanga seeloknya tidak dipraktikan dalam perhubungan radio amatur namun jika kerap dipergunakan ianya akan dianggap sebagai bahasa radio amatur bagi mereka yang baru berkecimpung dalam hobi ini begitu juga dengan penggunaan "stationery mobile"rujuk kepada AA cuma dicatatkan mobile,pengertian mobile di sini jelas bermaksud stesen yang beroperasi dalam keadaan bergerak."Stationery mobile" acap kali dirujuk kepada kenderaan yang tidak bergerak.

Saya ingin mengajak rakan-rakan melihat sejauh manakah international phonetic untuk ham radio berkesan dalam sesuatu perhubungan radio amatur amnya di Malaysia,mengapa callsign kita sebut 9W2XXX kenapa tidak disebutkan "NOVENINE WHISKEY BISSOTWO X-RAY X-RAY X-RAY"emm...soalan cepu emas nih! err..!! dalam negara kita ni ada ke ham yang tak faham bahasa inggeris? atau bahasa Melayu/Malaysia.
Dirujuk guideline mcmc ms 35 dan 36 "When it is necessary to spell out callsign,service abbreviations and words the following pronunciations shall be use(BILA MANA DIPERLUKAN UNTUK MENYATAKAN ISYARAT PANGGILAN KEPENDEKKAN UNTUK PERKATAAN SEBUTAN DAN PENGUCAPAN (PHONETIC) HENDAKLAH DIGUNAKAN.Berbalik kenapa tidak dipraktikan dengan "NOVENINE WHISKEY BISSOTWO X-RAY X-RAY X-RAY" ialah ham negara ini sedia maklum dengan penggunaan "original number 0-9" tak perlu diucapkan dengan phonetic kecuali jika anda bekerja dengan suatu stesen Dx,walaupun international phonetic dipraktik namun ada masa-masanya kita terpaksa menggunakan alternatif lain sebabnya "slang" atau pronunciation bagi sesetengah ham dari negara tidak dapat membezakan pengucapan contoh seperti "ALFA""VICTOR"saya bercakap atas pengalaman saya pileup stesen Dx dari Rusia,Japan,India,Italy,modulasi signal FM adalah jelas tidak seperti di HF yang kondisi band yang berubah,fading QSB,QRN,QRM satu cara mudah ialah dengan mempergunakan alternatif yang saya katakan tadi,secara logik akal sebagai ham siapa tak kenal "APPLE,AMERIKA" pernah saya dengar satu stesen memanggil 'hello cikiew hello cikiew cikiew Dx...jika CQ dipronoun sebagai Cikiew agaknyalah apa yang akan stesen Dx ini memaklumkan callsignnya LA5ZVB mungkinkah LIMA ALFAR FIGH ZURHU VICTROR BVARBO
nah!! sudah jelaskan!? mengapa perlu ada kepelbagaian apabila berada pada situasi ini,saya tidak mempertikaikan penggunaan international phonetic namun ada masa-masa tertentu dalam keadaan yang sukar/terdesak pengolahan kepada yang termudah itu adalah dirujuk kepada kebijaksaan perlaksanaan anda,jika tidak anda mungkin akan kehilangan /terputus hubungan dengan "RARE STATION" kerana berpandukan 100% kepada phonetic sedia ada.
Jika kita bercakap berdasarkan kepada apa yang telah kita tempuhi itu adalah pengalaman,jika kita bercakap berdasarkan apa yang kita dengar itu belum tentu menjamin apa yang kita perkatakan itu adalah benar,sesungguhnya "HANYA JAUHARI YANG KENAL MANIKAM"

*Jika phonetic untuk "nombor" dipergunakan dengan meluas oleh mana-mana organisasi/jabatan dalam kerajaan seperti JPA/911,bomba,polis,tentera besar kemungkinan ia akan dipergunakan oleh amatur di Malaysia*.