Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Saturday, December 21, 2013

Hampir 8 Tahun Baru Bertemu

Percutian penghujung tahun 2013 menemukan saya dengan seorang rakan veteran dalam ham radio,orang yang pertama saya qso dalam mode cw di 7mhz, orang yang boleh dikatakan mengajar selok belok cw, dah lama kepingin untuk berjumpa namun hari ini hampir 8 tahun julung kalinya berjabat tangan di daratan.
Sememangnya tiada terfikir untuk datang ke sini dan berjumpa sebab saya sedia maklum cikgu sibuk menguruskan isteri beliau yang uzur.
Seingat saya rakan ham Alor Setar yang sempat saya kunjungi beberapa tahun yang sudah ialah abang Hanafi aka 9w2tz, errrrmmm...dah tak ingat jalan ke rumah beliau, malam tadi saya dikejutkan dengan kehadiran cikgu Rahman yang menunggu saya di ruang lobi hotel,kalau tak kerana cikgu Hairie aka 9m2get yg tag cikgu Rahman pada status saya di FB, mungkin kedatangan saya ke Alor Setar tidak diketahui....thanks cikgu Hairie, hajat nak berjumpa tu sentiasa ada namun kita faham jadual harian cikgu Rahman tu padat, tadi pun saya dimaklumkan keadaan isteri beliau yang perlu menjalani hemodialysis menyebabkan beliau tidak lagi semudah dahulu untuk bergerak kemana mana.
Walaupun tidak selalu muncul di 40m band, beliau masih aktif mendengar cw, saya dimaklumkan oleh beliau mengenai websdr.org untuk mendengar cw...pesan beliau kepada saya kalau tak main cw, sekurang-kurangnya kena mendengar juga...
Keupayaan untuk high speed dah lama merosot, tapi untuk 10-12wpm rasanya masih boleh lagi....
Pertemuan dengan cikgu Rahman satu kepuasan bagi saya kerana hampir 8 tahun mengenali di websites, di 2m band juga di 40m band, namun hari ini saya bertemu juga akhirnya.
Dalam rancak berbual di cafe house tadi saya menerima jemputan ke base station oleh abang Hanafi,kedatangan saya ke sini dimaklumkan oleh cikgu Rahman, beliau beriya nak saya datang ke rumahnya pada pagi esok, insyaallah tiada aral saya akan cuba datang...

Friday, December 6, 2013

Lintas Langsung Dari Perak

Asal paku dibuat pisau
Pisau tajam memotong bawang
Sudah bersatu hati tak risau
Risau dibuang gembira mengundang

Asal melaka merantau ke kuala
Datuk panglima bentara di raja
Junjung kasih pengantinlah meka
Degup jantung tidak terkata

Selamat Pengantin Baru

Alhamdulillah syukur kehadrat illahi kerana dgn limpah kurnianya pada hari ini adik dan juga sahabat saya Muhammad Aimil Abdul Rahim aka 9M2AUR Harmonic kepada sahabat saya 9M2ARR dengan sekali lafaz sudah bergelar seorang suami,dalam diam-diam menyemai cinta dan kasih hingga terbinanya mahligai cinta yg terpateri...apa pun jutaan kemaafan dipinta kerana tidak dapat turut bersama menyaksikan majlis yang cukup bersejarah ni.

Daim-diam ikan di kali
Jangan sangka tiada beranak berpinak
Hajat tuan sudah dipateri
Moga kekal beranak pinak

Semoga jodoh anda kekal sampai ke jannah Aamin...yarabill allamin..

Friday, November 22, 2013

Selamat Pengantin Baru

Tarikh keramat bakal tidak akan dilupakan buat Namie aka 9w2gsg petang semalam 22hb November 2013 telah selamat menukarkan status dirinya kepada encik suami,saya mengambil kesempatan ini ingin memgucapkan selamat pengantin baru moga bahagia sampai ke syurga aamin...
Pssssstt harap tahun depan dapat tukar callsign lah pula naaaaa... ;)

Saturday, September 28, 2013

PAPAGO MOBILE M11 FREE DOWNLOAD

Buka aplikasi Blackmart dan taip navigation satellite, download dari papago gps navigation sg&my, lepas download complete tunggu arahan untuk download maps file, sila pastikan tiada disekat pada open source, iaitu bolehkan download aplikasi yg bukan daripada play store.

Friday, September 27, 2013

Orang-Orang Lama Siapa Kenal?

Saya cuma mengenali 2 orang sahaja iaitu pak eshee 9m2fk dan pak manan 9m2pz ex 9m2mp, lelain tak pernah jumpa.

Thursday, September 26, 2013

Alfatihah

Kedah kehilangan tokoh politik dan agama yang disegani,dengan title yang allayarham ada, beliau layak untuk mendapatkan rawatan daripada hospital swasta, tapi zuhudnya beliau hanya di hospital kerajaan sahaja.

Berakhirnya Ujian Cw Siri 2 2013

Alhamdulillah berakhir sudah ujian cw bagi tahun 2013, yang berjaya pulang dgn senyuman, yg tidak pun masih lg boleh senyum, ada yg datang utk timba pengalaman berada di dalam dewan, tak mengapa tahun depan cuba lagi, cuma saya agak terkilan dan hairan kenapa sessi ujian kali ini terdapat banyak kata singkatan@acronyms yang digunakan,sebagai contoh GMBO, SKMM, KKMM dan SME jika diteliti dari teks iaitu ayat atau perkataan acronyms atau kata singkatan jauh bezanya.
Ini sedikit sebanyak mengaburkan penumpuan calon calon.
Apa pun persediaan seterusnya ialah memantapkan lagi siri penguasaan, mungkin kali ini sindrum terkejut atau blurr menyebabkan calon hilang tumpuan.

Wednesday, September 25, 2013

Result Sessi Ujian Penerimaan Sudah Keluar

Gambar sekitar SKMM Cyberjaya

Calon2 yg buat come back@return

Miski pun gagal pada ujian2 tahun yg lepas, mereka ini tidak kenal erti putus asa, persediaan telah dirancang dgn teliti, agar tidak kecundang pada ujian kali ini, saya meletakkan harapan pada calon berikut iaitu 9w2zrz, 9w2dya dan 9w2ohm
bebekalkan episod kecundangan tahun berlalu, insyaallah kejayaan bakal menanti mereka, calon dr perlis rasanya sudah kali ke 3, 9m2get meletakkan harapan yg tinggi pada 9w2zrz, Insyaallah mungkin kali ini akan lahir sorang lagi 9m dari perlis indera kayangan,calon yang mencuri perhatian rakan2 melaka tentunya 9w2gsg aka namie, semoga kejayaan milik mereka.
Ujian penerimaan difahamkan sudah selesai, sama2 kita tunggu keputusannya nanti.

Supporter Dari Rakan2 9M

Seperti di tahun lalu setiap kali adanya ujian cw, rakan2 di kalangan 9m akan hadir utk bersama memeriahkan dan juga memberikan sokongan moral kepada calon2 syabas diucapkan atas keperihatinan mereka, antara 9m yg hadir utk memberikan sokongan kali ini ialah 9m2bal, 9m2all, 9m2rs, 9m2ust, 9m2aur, 9m2avb, 9m2ais, 9m2aia, 9m2rb, 9m2get, 9m2yot dan 9m2mhg

Senarai calon ujian morse kod siri 2 2013

Mereka2 yang sudah bersedia utk diuji

Lintas langsung dari cyberjaya

Senarai peserta ujian cw siri 2 2013

Lintas langsung Dari Cyberjaya Ujian Morse Code

Lintas langsung ujian cw siri 2 2013