Kemerosotan peratusan kelulusan cw kali ini menampakkan kurangnya persediaan dari kalangan pesertanya,hanya segelintir yang hadir telah menanam tekad dan keazaman yang tinggi, disebalik episod kecundangan di gelanggang Cyberjaya di musim nan lalu mereka kembali bertandang di gelanggang untuk menunjukkan rebah mereka suatu ketika dulu telah berisi bersemat di hati.
Syabas kepada MCMC yang senantiasa membawa kelainan dalam cw test yang dilangsungkan,10 tahun pengambilalihan daripada Jabatan Telekom Malaysia mungkin telah mematangkan MCMC lebih keterbukaan dalam mengendalikan cw test.
Walaupun pada 2007 ada ura-ura mengatakan cw akan dimansuhkan namun kelibat perlaksanaan masih belum dilaksanakan lagi.Ketika ini ramai 9W tertunggu-tunggu apakah langkah drastik yang bakal MCMC lakukan berhubung dengan pemansuhan cw test.
Ternyata tanpa kita sedar MCMC telah membuka lembaran baru dalam cw test dari masa ke semasa contohnya mengadakan gap/spacing antara karektor dan ayat-ayat bagi memperlihatkan laluan mudah kepada calon-calon yang mengambil ujian cw ini,namun sepertimana telah saya katakan tadi hanya yang benar-benar bersedia mampu menyusun kata-kata.
Kepada rakan ham yang mengimpikan laluan mudah untuk mendapatkan tiket kelas A,ayuh jangan sekadar memeluk tubuh,kesempatan yang ada harus dipergunakan supaya tidak disia-sia begitu sahaja,cw test yang sudah difikirkan diberi jalan mudah elok sahaja diturut perintah.
"HANYA YANG MENYAHUT CABARAN AKAN SENTIASA BERADA SELANGKAH DIHADAPAN"
Penafian penulis
*Setiap penulisan saya sedikit pun tidak pernah terfikir untuk menyinggung atau memperkecilkan impian mana-mana pihak,tetapi lebih kepada motivasi untuk rakan-rakan semua untuk berdaya saing antara satu sama lain.