Saya pernah meletakan nama saya sebaris pengamal "Reiki"ditahap master,semata-mata untuk memahirkan diri dengan ilmu kuasa minda yang teramat hebat,sebagai manusia saya tak lari dari melakukan kesalahan,alhamdulillah saya kini kembali kepangkal jalan,ilmu dari al quran lebih hebat.
Saya tak nak ulas panjang lebar dengan perkara yang telah lama saya tinggalkan,namun cukuplah saya katakan sebagai manusia Allah S.W.T telah menganugerahkan kuasa minda yang sedia ada pada diri setiap manusia walaupun tanpa ilmu "Aura"Reiki"atau apa sahaja ilmu yang jadi bualan saat ini.
Kita cukup taksub dengan keupayaan sebuah komputer kerana mampu untuk menyimpan pelbagai data dan melakukan pelbagai aturcara,namun kita acap kali terlupa manusialah yang menciptanya dengan anugerah illahi yang teramat hebat.
Bagi berusaha ke arah kejayaan anda seharusnya sentiasa meletakkan diri anda di landasan yang betul,target anda untuk lulus cw maka,oleh yang demikian berusahalah ke arah itu,susah ke nak jaringkan bola ke gol,bola kejayaan diletakan hadapan gol kemenangan...sepak ajalah...sepaklah dengan sekuat usaha anda.
Lupakan 2meter seketika,bukan tinggalkan terus...saya sering ingatkan mereka yang mempunyai cita-cita ke arah 9m persediaan awal ialah Lupakan 2m seketika"jadikan satu kebiasaan kalau masuk dalam mobile sebolehnya tutup rig atau biasakan dengan teruskan onkan cw mp3.
Tanyakanlah pada mereka yang telah berjaya,displin mereka amat hebat,mereka sentiasa patuhi prinsip-prinsip asas.
Tentu sekali mereka punyai idola mereka sendiri idola saya ialah 9M2GL,9M2AR,9M2PZ,9M2RS dan YB6LD suatu ketika dahulu saya bercita-cita ingin meletakan nama saya sebaris dengan nama mereka...cikgu Rahman dalam pandangannya peribadinya memberikan saya 5 tahun untuk saya "Pukul@Atasi"beliau,saya teruja dengan kemampuan beliau ketika sessi qso cw dengan Don YB6LD.Saya sedang berusaha ke arah itu insyaallah Haris dan saya mempunyai impian yang sama.
Mereka yang telah berjaya setiap masa yang berlalu dipenuhi dengan sessi mendengar,dalam posting saya yang lepas-lepas saya telah nyatakan kemana sahaja saya pergi pastikan cw bersama saya sehinggkan ke kamar kecil...heheheh..
PROGRAMKAN MINDA ANDA
Suatu perkara yang berulang dilakukan insyaallah akan membawa kejayaan,sabar,usaha dan yakinlah ianya tidak akan sia-sia.Bagi yang tegar nak belajar cubalah "tuliskan afirmasi seperti berikut pada sehelai kertas jangan panjang sangat cukup sekadar contohnya"Pelajari morse adalah mudah saya akan berjaya "tulis pada sehelai kertas bersaiz kad nama cukup sekadar hanya untuk anda baca sahaja,letakan dalam beg duit pada bahagian tempat letak IC,bila buka aja beg duit anda akan terpandang afirmasi ini,lekatkan pada depan pc anda masa buat kerja anda akan terbaca afirmasi ini..insyaallah tanpa anda sedar anda sedang memprogramkan minda bawah sedar anda,langkah seterusnya susun jadual belajar.