Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Friday, August 24, 2007

QSL CARD ATAU KAD QSL

QSL kad "Confirmation QSO "adalah satu cara atau tujuan mengesahkan sesuatu stesyen radio amatur telah berhubung dengan suatu setesyen lain dengan jayanya,ini menguatkan lagi bukti bahawa perhubungan radio yang dibuat adalah sah"antara yang terkandung di dalam kad tersebut ialah callsign iaitu "isyarat panggilan" stesyen yang telah dihubungi,masa dalam UTC, frekuensi,mode,signal report,kuasa pancaran,antenna yang digunakan,kebiasaannya ham dari negara luar akan mengirimkan bersama USD1,USD dikenali juga sebagai green stamp atau anda akan diberikan IRC untuk anda membalas kembali kiriman kad QSL daripada mereka,ini bukanlah satu yang wajib dilakukan oleh semua ham tapi ia membawa maksud yang mereka berkehendakan sangat QSL kad dibalas lantaran itu kiriman tersebut perlulah dibalas,ham berkenaan berkehendak sangat QSL kad anda bagi tujuan untuk mendapatkan beberapa jenis award.
Ada juga QSL kad yang dihantar melalui Biro dengan cara ini anda dapat menjimat kos.Zaman berubah QSL kad kini boleh juga dihantar melalui internet dengan cara Electronic QSL Card"rakan ham cuma perlu register di QSL Card Centre,cara sebegini mudah dan cepat tapi bagi aku ianya tak berapa best,sebabnya tiada stem dan sampul surat yang menarik untuk koleksi.Kebiasaannya ham akan mempromosikan negara mereka melalui gambar-gambar di QSL kad mereka.