Apabila saya membaca dua komen daripada Haji Rashid dan Haris,saya agak terkejut kerana perkara seumpama Ini masih berulang,sememangnya ia bukan satu topic yang bagus untuk diperkatakan namun sebenarnya ikhtibar atau pengajaran perlu diambil daripada kisah ini,seperti mana yang saudara Haji katakan saya amat bersetuju bahawa apabila mereka ini sudah melepasi satu halangan dengan mudah tanpa usaha.
Tanpa sedar atau tidak mereka sebenarnya telah mencipta satu halangan cukup besar buat diri mereka sendiri,ya..takut akan bayang-bayang sendiri,apa gunanya sejarah megar dilakar dengan palitan hitam yang bakal menyelubungi hati untuk sepanjang hayat?
Jika ditanya kepada Haris,Rizal,Azlan masih segar dilipatan ingatan kami akan nama-nama yang telah menyarung jersi 9M dengan cara sebegini dan seadanya,persoalannya sehingga kini callsign Yang melalui peroses sebegini tidak mampu untuk berada sebarisan kami di udara bukan kerana tidak mampu untuk memiliki radio tapi “malu atau takut akan diuji sekali lagi”.
Masih segar diingatan saya betapa marahnya Rauf (9W2ANA) tak kala sipolan berkenaan telah lulus melalui jalan yang tak diredhai ,apa taknya baru 2 jam sebelum ujian bermula sipolan bertanyakan A-Z dengan wajah yang “memang Piang tak tahu apa-apa” lulus dengan jaya, maaf kerana saya menggunakan perkataan yang tiada dalam kamus bahasa.
Terima kasih ALL,GET,OUT,PRO,RIE,MZR,GTR,IBR,JEN dan beberapa rakan yang mencetus serta menghangatkan lagi posting sebelum ini,apabila saya katakan Mcmc luluskan saya dan beberapa rakan dengan dasar kesian atau nama lainnya perihatin sebab sudi ulangkan buat kali ke 2 erti lulus kesian itu telah disalah ertikan oleh rakan yang baru lulus ujian cw baru-baru ini,ada yang beranggapan bahawa mereka lulus dengan cara yang sama….TIDAKKKK !!!!Pada saya mereka telah melalui ujian tetapi dalam keadaan yang berbeza ….ternyata OUT telah melihatnya daripada perspektif positif ,saya ulaskan apakah sebenarnya yang berlaku saya ringkaskan untuk tatapan pembaca:
Selepas pengambilalihan Mcmc daripada Telekom Malaysia sejak daripada 1998 sehingga 2005 ujian cw masih belum diadakan sehinggalah tiba 2006,untuk pertama kalinya ujian diperkenalkan Mcmc masih menetapkan bahawa syarat wajib lulus adalah perlu lulus ujian penerimaan dan penghantaran morse dengan kelajuan 12wpm(Real speed),saya Rizal,Haris,Rauf(9W2ANA)9M2CIA,9M2ABC, Fadhil(9W2FZ),Tarmizi(9W2FA)Pak Yusop(9W2TMT)dan beberapa rakan lain yang saya tak nyatakan di sini adalah yang terawal meduduki ujian berkenaan,namun malangnya saya,ALL,RZL gagal untuk melakar kejayaan dalam sejarah ujian cw yang julung kalinya dianjurkan oleh Mcmc ..apa pun,sessi ke 2 masih sama sehinggalah sessi ke 3 di mana salah seorang pegawai tinggi Mcmc telah bersuara”Nak tak kalau mainkan kali ke2 untuk semakan”?”jika ada permintaan kita akan adakan untuk sessi semakan”,seperti orang mengantuk disurungkan bantal maka semua calon dengan sebulat suara ”setuju”tolong semak dengan batch ke 3 calon yang lulus jika saya sengaja mengadakan cerita ini
Apa pun saya kagum dengan Azlan dan beberapa rakan lain kerana yang lulus tanpa memerlukan sessi pengulangan dilakukan,penghormatan daripada saya mengatakan beliau kini mampu berada pada taraf master of cw (35wpm),agak unik bagi saya kerana dalam kepantasan beliau, straight key masih lagi jadi pilihan,apabila ditanya beliau mengatakan bahawa “on the spot or at the same time kita boleh mengelirukan atau memerangkap orang dengan slow speed dan high speed,tenyata ada kebenarannya dengan apa yang beliau perkatakan,tak ramai ham yang boleh menerima slow speed apabila mereka telah berada pada high speed,ini juga adalah satu cabaran buat para penggemar cw sebenarnya.Kegiarahan mengejar kelajuan menyebabkan anda akan kehilangan keupayaan menerima pada low speed tak percaya cubalah.
Kekerapan saya menggunakan pakai istilah-istilah kiasan,bidalan,elimen seperti metafora,aliterasi,asonansi dan seumpamanya untuk megolah menyedapkan dan mengidupkan jalan cerita,apakah istilah ini mudah difahami atau disalah erti? .Dalam tulisan saya yang lepas saya ada menyatakan bahawa Mcmc perihatin serta memberikan laluan yang mudah selepas batch ke3 di mana Mcmc masih mengekalkan sessi semakan dan mengadakan gap dalam sessi penerimaan sehinggalah ke hari ini…..tiada istilah “KESIAN”saya lontarkan untuk jenerasi selepas saya....dalam tulisan saya yang lepas saya sering mengingatkan kepada semua calon jika ada peluang pohonlah untuk sessi semakan,ini adalah bagi memenuhi kawasan yang berlopong,apakah hina untuk mereka melalui cara sebegini jika dibandingkan dengan yang meniru atau diberikan jawapan untuk disalin sebulat-bulatnya?Apakah berbaloi bagi mereka yang hadir tanpa sebarang usaha untuk menduga nasib dalam ujian ini? dan pastinya juga tiadalah makna buat mereka jika Mcmc mengulangi semula untuk kali 3,4 ataupun ke5.
Jika sungguhpun mereka berjaya setelah diulang kali ke3,4,5 itu adalah lebih mulia daripada
yang lulus daripada pintu belakang.Saya tidak mengharapkan sebarang pujian atas apa yang saya mulakan,kritikan membina mendewasakan saya dan anda untuk terus melihat lebih jauh perjalanan hobi ini,ada yang menerima dengan positif atau negatif terpulang kepada diri masing-masing untuk membuat penilaian,selagi ia dianggap sebagai hobi anda juga berhak meletakkannya ketepi kerana kepentingan peribadi dan keluarga adalah lebih diutamakan,sekiranya anda serius perbaikilah apa sahaja kelemahan diri melalui penambahbaikan diri dan berterusan”Have a heart learn and serve”
Dewasa ini kita patut bersyukur kerana akan lahir insan-insan hebat dalam dunia cw yang saya dan rakan-rakan perjuangkan,pikullah tanggungjawab buktikan perjuangan anda tidak berakhir di persimpangan dilema yang tak berkesudahan,Apa yang saudara Zek nyatakan ada kebenaran,yang lama dan baru perlu terus segandingan bukan terus mewujudkan jurang perbandingan,Qado dan Qadar telah tertulis dalam pengetahuan dia tiap yang berlaku ada hikmahnya, ada baiknya sama-sama memikirkan untuk kebaikan bersama menentu hala tujunya kemana selepas ini.Ibarat sebatang lidi mudah dipatahkan namun tidak jika ianya secekak,ketukan kekunci keyboard saya tidak akan terberhenti di sini,seperti kata Hairi saya,cikgu Rahman dan lain-lain rakan sentiasa menanti kedatangan anda di 7.015Mhz biar kita merangkak,bertaktih dan berlari bersama demi memantapkan dalam cw mode yang belum diletakan tanda noktah dalam dunianya.saya kan berada di wilayah tengah pada 21hb ini sehingga 25hb jika anda berkelapangan bolehlah kita adakan majlis eyeball atau sebagainya.
Kepada rakan baru di luar sana,di mana sahaja ilmu yang boleh diperolehi,kehebatan bukan terletak kepada gurunya akan tetapi terletak kepada kesanggupan anda untuk terus mencari kedahagaan ilmu,jika cuma terdapat setitis sahaja hargailah kerana kekontangan minda membuat kita terus meneka dan terus meneka dalam kesamaran selamanya.
Kepada rakan yang mendapat cara tanpa usaha jangan lah takut pada bayangan hanya anda, 9m2rs dan 9m2all yang tahu siapa anda sebenar.......73