Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Sunday, March 20, 2011

JALAN-JALAN CUTI SEKOLAH

Rabu yang lepas memang tak da plan nak ke Putrajaya tapi selepas dengar berita anak sedara tak berapa sihat kita sekeluarga plan pergi ke sana malam selasa,ke Cyberjaya rasanya sudah 2x ke Putrajaya 3x tapi masih blur dengan arah jalan,maklumlah bukan selalu sangat ke sana,hajat nak sambar gps memang dah lama ntah macam mana masuk kedai kereta niat nak tengok-tengok dulu tapi akhirnya terus sambar satu...cap ayam punya 400ohm>.
Mula plan nak sambar garmin tapi last-last dapat Carmin...sempat test jalan dekat Parit Buntar dan N.Tebal sebelum so far accuracy ok,tapi rasa menyesal juga sebab tambah duit sikit jer lagi dapat garmin,nasi dah jadi bubur tapi selepas guna dan buat pemantauan ketika ke Putrajaya,Sg Buluh dan Shah Alam....ok sangat-sangat.
Cuma kena tahu key word untuk ke sesuatu tempat dan beberapa pilihan dalam POI sahaja.
Amaran kelajuan,zon had laju peringatan melalui icon imej blinking camera..dan beberapa perisian lain tak lah rasa rugi beli gps ni.Masa drive untuk long distance kebiasaannya wife atau rakan sebelah dok berborak untuk hilangkan mengantuk..selepas mereka tidur gps ambil peranan samping guide navigation boleh layan mp3 dan video,layan mp3 lebih selamat.Rig masih on tapi dalam scaning mode...kalau nak minta panduan jalan rasanya dalam jam 1-3 pagi rakan-rakan dah horizontal dah.

Semasa di Putrajaya sempat pusing-pusing semuanya dengan bantuan gps ni,default setting adalah jalan bertol
kalau nak ke selatan masuklah jalan memana pun gps akan guide ke tol juga,boleh set semula jalan tanpa tol.

Gadget ni benda baru bagi saya rakan-rakan lain lebih minum milo dulu daripada saya....hehehehe...
bulan 6 cuti sekolah nanti saya dengan 9w2kaj(adik ipar)plan makan angin sebelah pantai timur pula....so
bolehlah nanti gunakan khidmat toyol ni..
Semasa di sana sempat berkunjung ke tempat karnival belon udara panas tapi masa tu tak bernasib baik sebab belon sedang dibawa masuk dan khemah-khemah baru saja didirikan,cuma sempat ambil gambar dari jauh saja,dari tingkat 6 Presint 8.
Masa di sana sempat juga qso dengan 9w2tz dan 9m2au,report R3-4 melalui pengulang Marts manakala ada sekali mencuba di pengulang Astra report 59 oleh 9w2abw tapi report di kelantan agak kurang bagus...so jalan terbaik signingoff..hanya sekadar mencuba.Putrajaya banyak kompleks kerajaan,mungkin sebab itu tiada kelibat warung-warung di tepi jalan,nak jaga nama dan statusnya sebagai pusat pentadbiran,so no more rojak,air batu,kelapa dan goreng pisang,gerai jualan/food court sempat saya pergi adalah di Presint 9 kalau tak silaplah...roti jhon marvelous....saiz besar rm3.40 makan sorang kenyang...goreng pisang 1pc 20sen...inilah harga yang terpaksa dibayar apabila sewa gerai tinggi,semangkuk laksa rm3.50 fuhhh...ingatkan di Putrajaya sahaja di Saujana Utama pun sama juga....tapi yang tak adilnya di Saujana tu warung tepi jalan sahaja.

Putrajaya atau kawasan yang sewaktu dengannya kalau nak jalan-jalan ok..kalau nak shopping baik dekat tempat sendiri macam pepatah hujan emas tempat orang hujan batu di tempat sendiri.
Semasa ke sana tak berpeluang jumpa datuk bandar Putrajaya kerana beliau ada meeting di Penang sehingga jumaat 18hb.Terfikir nak ke Cyberjaya ke MCMC tapi terpaksa batalkan niat kerana hal yang tak dapat dielakkan.