Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Friday, January 22, 2010

GENDANG DIPALU GELANGGANG DIBUKA

Anda ingin menaikkan taraf ke 9M?


Sila isi borang dan hantar segera ke MCMC,tarikh tutup adalah 5hb Febuari 2010,aisey apa pasal cepat sangat ni Mcmc letak tarikh tutup...!!! awal sangat ni?sempat ke rakan-rakan ham yang jauh hantar borang ni,zaman canggih ni sepatutnya Mcmc jauh ke hadapan berbanding dengan jabatan-jabatan kerajaan yang lain,jika kemasukan ke sekolah berasarama penuhboleh isi secara on line kenapa tidak mcmc memperkenalkan sistem ini,para peserta dikehendaki bankin dan sahkan transaksi dengan fax slip/penyata ke mcmc,saya pernah buat sebegini masa permohonan tukar callsign daripada Mcmc Penang.


Dari tahun ke tahun ujian cw sudah mendapat tempat dikalangan ham di negara ini,tahun lepas sahaja menyaksikan jumlah kelulusan yang paling tinggi sejak ujian ini diadakan.Sudah sampai masanya wira-wira dan wirawati menyahut cabaran ujian cw kali ini .Pada mereka yang kecundang pada sessi ujian tahun lepas inilah masanya untuk anda menebus kembali.



Mari lah kita ikuti siapakah bakal bergelar 9M termuda,siapakah bakal 9M tertua,Negeri mana kah
terbanyak akan bergelar 9M dan adakah xyl atau yl akan mengambil bahagian kali ini atau sepasang suami isteri akan ambil ujian kali ini kita tunggu,masa masih ada untuk anda semua.



Persiapan ujian ini  tinggal 2 bulan sahaja,jangan stress dengan berita ini penuhi masa terluang anda untuk memantapkan cw anda dan jangan lupa segmen ketuk mengetuk ingat laju bukanlah keutamaan yang penting penghantaran yang kemas tanpa membuat kesilapan/pembetulan yang banyak.


Kali ini saya berharap biarlah keputasan yang memberasangkan untuk semua perserta dan harapan
kali ini juga tidak ada lagi  "rumah siap pahat berbunyi" dan seperti biasa lintas langsung tetap diadakan
khusus untuk anda pelawat setia blog ini. 73