Untuk jadi seorang guru bagi mengajar kelas morse adalah lebih afdal jika seseorang itu mempunyai kelayakan seperti dibawah:
1.Dapat mengajar dengan teknik beliau tersendiri,beliau perlu memahami mana abjad atau huruf yang pelru didahulukan supaya pelajar-pelajarnya tidak rasa susah,tertekan dan giveup.
2.Mempunyai kemahiran menggunakan straight key,electronic paddle dan tidak hanya bergantung kepada komputer semata-mata.Keadaan ini membuatkan beliau sebagai tenaga pengajar yang tidak hanya bergantung kepada komputer sahaja.
3.Pengalaman sebagai pelajar tidaklah mencukupi, mempunyai skill menerima dan menghantar 18wpm ke 20wpm adalah satu kelebihan kerana akan ada seseorang yang akan menguji anda apabila anda memperakui bahawa diri anda seorang guru morse,keadaan ini biasalah dalam cerita kung fu mana-mana tok guru yang buka pusat kung fu mesti ada orang nak test,tak pun anak murid itu sendiri akan menguji gurunya...eeemmm....pernah berlaku anak murid hantar laju tapi guru yang mengajar tak dapat copy.
4.Mengajar dan menunjukkan teknik belajar adalah satu yang berlaianan,namun jika anda berkeupayaan melakukan kedua-duanya sekali ternyata anda sememangnya berkelayakan.
5.Sifat berkongsi ilmu merupakan satu yang amat dituntut,maka sekiranya anda diperlukan ajarkan apa yang anda tahu sahaja,selebihnya minta mereka berguru langkah atau step yang lebih advance daripada rakan yang senior.
6.Sebaik menerima tali pinggang hitam bukan bererti anda layak untuk menjadi guru dan membuka gelanggang sendiri perkara yang sebaiknya terus berusaha untuk terus memajukan kemahiran diri.