Untuk jadi seorang guru bagi mengajar kelas morse adalah lebih afdal jika seseorang itu mempunyai kelayakan seperti dibawah:
1.Dapat mengajar dengan teknik beliau tersendiri,beliau perlu memahami mana abjad atau huruf yang pelru didahulukan supaya pelajar-pelajarnya tidak rasa susah,tertekan dan giveup.
2.Mempunyai kemahiran menggunakan straight key,electronic paddle dan tidak hanya bergantung kepada komputer semata-mata.Keadaan ini membuatkan beliau sebagai tenaga pengajar yang tidak hanya bergantung kepada komputer sahaja.
3.Pengalaman sebagai pelajar tidaklah mencukupi, mempunyai skill menerima dan menghantar 18wpm ke 20wpm adalah satu kelebihan kerana akan ada seseorang yang akan menguji anda apabila anda memperakui bahawa diri anda seorang guru morse,keadaan ini biasalah dalam cerita kung fu mana-mana tok guru yang buka pusat kung fu mesti ada orang nak test,tak pun anak murid itu sendiri akan menguji gurunya...eeemmm....pernah berlaku anak murid hantar laju tapi guru yang mengajar tak dapat copy.
4.Mengajar dan menunjukkan teknik belajar adalah satu yang berlaianan,namun jika anda berkeupayaan melakukan kedua-duanya sekali ternyata anda sememangnya berkelayakan.
5.Sifat berkongsi ilmu merupakan satu yang amat dituntut,maka sekiranya anda diperlukan ajarkan apa yang anda tahu sahaja,selebihnya minta mereka berguru langkah atau step yang lebih advance daripada rakan yang senior.
6.Sebaik menerima tali pinggang hitam bukan bererti anda layak untuk menjadi guru dan membuka gelanggang sendiri perkara yang sebaiknya terus berusaha untuk terus memajukan kemahiran diri.
7 comments:
ye.agree. Bukan senang nak jadi guru morse ni. at least kena praktikkan kemahiran dulu dan sekurang2nya dah pernah dx guna cw.
ya guru bermakna orang yang akan menberi ilmu pada seseorang.tak mestinya orang yang pernah dx guna cw tetapi dia mesti lah boleh terima 20wpm keatas jika ingin turun kan ilmu.selalu nya guru cw ini tidak ada didalam pasaran ham melainkan ada permintaan dari rakan rakan yang ingin belajar,anda cari lah orang lama yang berstatus 9m dan tanyalah pada mereka boleh ke anda ajar saya? jawapannya tentu ada tetapi....lainlah jika anda belajar cara tersendiri,ada yang boleh dan ada juga yang tak boleh langsong.Guru cw tidak boleh tolong cuma cara dan teknik saja yang boleh diturukan ilmu semua nya terletak pada perlajar itu sendiri. saya masih suka mode ini walaupun saya gagal sekarang saya berguru mahupun guru saya guru baru.73 terima kasih
terima kasih dahulu pada tuan blogs,
saya berpendapat guru cw ini mestilah kita cari setahu saya, tidak ada kelas yang mengajar
mode ini buat masa sekarang tetapi yang saya tahu kelas persiapan rae banyak.pendapat saya
tidak semesti guru itu mahir menggunakan cw keys tetapi cara penyapai juga penting dalam menpelajar mode ini kerna untuk menhafal bunyi bukan lah senang jika seseorang itu sudah yang berumur melainkan guru itu menberikan teknik dan caranya.
yang terakhir seseorang itu apabila menerima tali pinggang hitam bukan layak terus menjadi guru.saya setuju.tetapi ingat orang inilah satu hari nanti dia akan menjadi guru.
Guru cw ini tidak ada
melainkan anda sendiri mencari
dan jika sudah ada guru yang sudi menurunkan ilmu,jangan lah pulak ada teguran yang kurang menbina sama juga pelajarnya.guru dan pelajar itu ada lah rakan kita.
walau ada seseorang tidak menyukai
mode ini.
Guru baru atau guru lama terima kasih di atas kesudian anda melungkan masa dan waktu anda untuk mengajar mode ini.Selagi anda kesudian menberi selagi itu lah ada orang ingin belajarnya
dan hasil yang tak akan luput di
udara NINE MWXICO TWO....73
Saya masih teringat di saat2 kelas arwah tiada orang yg hadir. Ketika itu ada kala arwah datang dan menunggu hingga petang hari di bawah pokok itu, masih tiada seorang pun orang yang berminat duduk bersama nya dan belajar CW.. hj keseorangan...
Kerap saya lihat arwah tertidur di bawah pokok itu dek meninggu anak murid yang tak kunjung tiba.
Ia berulang minggu demi minggu.
Suatu hari ketika saya sedang menyakar daun-daun kering tak jauh dari arwah, saya terdengar perbualan antara haris dengan arwah (dalam nada seloka).
Arwah kata ia bukan tentang soal guru tu mahir (sehingga speed yang tinggi) atau tak, tapi kesediaan guru itu memberi masa dan ruang menyelaraskan rencana pengajaran agar anak murid dapat bertatih secara teratur mengikut teknik yang dia percaya adalah terbaik dan mudah bagi tahap pelajarnya. Sekurang-kurangnya guru yang baik ialah dia memberi semangat pada pelajarnya untuk terus belajar walaupun dia hanya mampu 12wpm saja tidak lebih dengan nada lenggok yang betul.
Untuk lebih jauh semua itu terletak pada pelajar itu sendiri untuk menekan pedal minyak keretanya.....
(ayat haji tu saya cuba sampaikan sebagaimana haji cakap... Hj. Haris mungkin lebih tahu ayat penuhnya)
Man, bagi saya pelajar yang nak mengetest gurunya hingga speed yang tinggi tu kena la faham yang gurunya termampu setakat tu... nak lebih lagi maka cari la guru lain yang lagi laju speednya. Redha la sebab tu ajer yg sudi mengajar.
Saya pernah test haji (saja-saja) masa di kelab lama Mares (9M2ABC pun ada)... selamba haji cakap tapi dalam gak menusuk... "saya tak boleh copy.. maaflah" ... lepas tu saya tidak lagi mencuba berbuat demikian kerana saya malu dengan perbuatan saya, dia sudi bantu tapi saya cuba memalukannya.. owh.. 2002
setuju juga tu..cuma kalau nak diklasifikasikan, guru yang betul adalah guru yang mempunyai kemahiran tinggi dan mengaplikasikan apa jua yang ilmu yang dimilikinya. Walaupun saya dah 9M tapi rasa belum layak utk jadi guru tetapi cumalah setakat memberikan tips atau lebih tepat sebagai 'learning partner' untuk sama2 belajar ke tahap yang lebih tinggi.
Assalamualaikum wbt Abang Azman,
Pertama sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana penulisan anda sedikit sebanyak membantu saya untuk mencuba sesuatu yang baru itu CW.
Setiap pendapat yang diajukan adalah benar dari sudut pandangan tuan dan jika semua mempunyai satu pendapat maka robeklah akal dan fikiran kita. Kerana BENAR ada yang SALAH, kerana SALAH juga ada yang BENAR.
Maafkan saya sekiranya pendapat kali ini berbeza dengan tuan dan menyinggung perasan orang yang membaca. Harap anggap perbezaan ini merapatkan hubungan sesama kita :).
Apakah guru CW adalah satu profesion?
Ya - maka seorang guru bertauliah itu diiktiraf kompetensinya oleh sebuah badan/agensi yang bertauliah sebelum beliau boleh mengajar orang lain.
Tidak - maka istilah GURU dari sudut pandangan rakan-rakan hobi adalah orang yang mampu berkongsi pengetahuan dan pengalaman sendiri. Tiada sebarang sijil pengiktirafan kecuali AA Kelas A. Orang yang tidak memegang Kelas A dalam hobi ini ramai telah saya jumpa dan tidak disangka2 rupanya ramai yang mempunyai kemahiran CW ini.Adakah mereka tidak tertakluk dalam pra-syarat seorang guru walaupun kita tahu beliau mempunyai kebolehan tersebut.
Pada pandangan saya, kita adalah pengendali Radio AMATUR dan bukan profesional. Bagi saya, orang yang boleh berkongsi setiap kejayaan yang dilaluinya saya akan anggap dia seorang guru termasuk diri tuan sendiri yang saya hormati. Walaupun tidak pernah bersua muka dan mendengar tuan TX CW tetapi saya yakin tuan berkongsi dengan ikhlas.
Guru pada perspektif saya adalah berbeza. Dalam hobi ini,siapalah kita untuk meletakkan diri kita GURU termasuk saya.
Tidak semua orang mampu memperuntukkan masanya hanya untuk hobi dan setiap saat kita perlu meletak keutamaan. Saya sendiri tidak mampu buat masa ini untuk setup HF station dan DX semata-mata untuk buktikan saya mempunyai kemahiran CW. Kita manusia ada kelemahan iaitu sifat pelupa, jadi sebelum kita lupa maka cepat2 kita catitkan agar kita kelak juga tidak akan lupa bagaimana kita bermula.
Seronok sekiranya kita dapat bersua dan berbual kerana banyak perkara yang boleh kita perkasakan bersama. Sekiranya tuan sudi ,boleh hubungi saya di talian 013394001.
Maafkan saya sekiranya apa yang saya komen ini menyinggung perasan tuan.
Dulu anda sendiri bercakap kurangkan Qso belajar cw. Bila seseorang itu hendak menjadi guru berikan galakkan bukan nya kondem semata-mata. Adakah anda berkesempatan untuk mengajar? susah nak jawabkan. mungkin seseorang yang berminat dan lulus cw ingin meluahkan apa yang di hadapinya dengan mengajar balik apa yang dia tahu kepada orang lain. Itu sesuatu perbuatan yang amat naik. Ilmu dengan amal akan kekal sampai bila2. Tidak semestinya dia baru tak boleh mengajar atau kena dptkan black belt dan tak semestinya orang lama boleh mengajar. Sebenarnya ia bermula dengan "minat", "berminat" dan "bersedia untuk belajar".
Post a Comment