Keputusan ujian cw telah keluar,kejutan yang amat besar telah berlaku buat julung kalinya dalam sejarah ujian cw, pihak kawal selia telah mengesahkan bahawa calon yang lulus dalam sessi penerimaan telah gagal dalam sessi penghantaran.Ternyata harapan yang menggunung luluh berkecai hampa tak berlagu,saat rakan terus meneka dalam kesamaran kini tentu sekali telah meletak nama beliau antara “yang dimaksudkan”oleh Haji dan Haris,saat ini juga tentu sekali ramai yang menunding jari dan berkompromi dengan menyatakan tak syak lagi memang si anulah yang pekungnya telah terbuka.
Bagi rakan tersebut usahlah anda gusar bukan anda yang dimaksudkan,hanya dia yang maha mengetahui siapa yang benar,saat kambing hitam dilepaskan sipolan berkenaan menarik nafas lega dan beranggapan telah berakhir sudah teka dan cerita,tapi sebenarnya beliau ter lupa cerita beliau baru sahaja bermula.
Sipnosis ceritanya berbunyi sebegini telah beradu dua orang sahabat akan kecekapan dan ketangkasan iaitu“mengira dan memanah”seorangnya semasa mengira tepat tetapi semasa memanah tak dapat dan seorang lagi semasa mengira 3 dikata 4 khadamnya tolong nasibnya terselamat panahan pula mengena tepat.
Agak mendukacitakan juga kenapa pihak kawal selia tidak menimbang sebaik mungkin keputusan yang dibuat,walhalnya kecekapan menerimalah yang amat dititik beratkan,selagi ianya untuk hobi harap cukuplah diadili bukan seperti tentera punya tradisi jika berjaya naik gaji,ini hanya sekadar hobi yang jika lulus calon perlu bayar fee / yuran lesen tertinggi.
Sekiranya semasa sessi penerimaan pihak kawal selia telah memberikan kelonggaran,sewajarnya pada sessi penghantaran biarlah sama,kesalahan dalam membuat penghantaran adalah perkara biasa yang penting semua text tersebut telah dihantar mengikut prosidur yang betul.
Sebagai pemerhati sukalah kiranya pihak yang bertanggungjawab melakukan post mortem supaya kes lulus tiru disifarkan melalui beberapa langkah beriku :
1. Jika jelas terbukti terdapat calon yang meniru dan calon yang menberi jawapan wajib kedua duanya sekali dibatalkan ujiannya segera.
2. Bahagikan 2 text penghantaran A dan B”XYXYXY “X dan Y mewakili susun atur kedudukan calon sessi penerimaan akan dilakukan sebanyak 2 kali calon X perlu menjawab text A dan calon Y perlu menjawab teks B atau jika perlu lakukan 2 sessi yang berlainan (Group nombor dan teks)
3.Apabila arahan letakan pen pihak kawal selia perlu bersikap tegas untuk menghalang mana-mana calon terus menulis,dengan ini tiada berlaku salin atau tiru kawan
4.Semua calon diminta tidak bergerak dari tempat duduk masing masing apabila semua jawapan dikutip oleh pihak kawal selia.
5.Jarak semua calon kedudukannya janganlah terlalu rapat antara satu sama lain.
6.Setiap ujian hantaran biar lah dua calon memasuki bilik ujian,seorang akan hantaran ujian.seorang lagi menunggu,Yang menunggu ini juga akan memantau cara rakan hantaran dan biar soalan hantaran yang tidak sama.
7.Tempatkan tiga atau empat orang kawal selia dibarisan belakang calon yang mengambil bahagia dalam ujian penerima untuk menpermudahkan memantau pergerakan calon.
Kesimpulan yang dapat saya nyatakan disini ialah,kecekapan sessi penghantaran amatlah perlu jangan abaikan masa hanya menumpukan kepada sessi pendengaran,jangan gopoh-gapah semasa membuat penghantaran bukan kepantasan yang perlu anda tunjukan tetapi penghantaran yang kurang dibuat pembetulan,ingatlah pemeriksa tidak sekali melihat jam untuk memastikan anda membuat penghantaran dalam kelajuan 12wpm seperti yang termaktub dalam syarat wajib lulus,telah saya sarankan berkali-kali pada posting saya yang lepas,bersikap rendah diri dan hormat kepada pemeriksa Anda,nyatakan anda tak beberapa cekap untuk membuat penghantaran dan minta kebenaran beliau untuk anda menghantar pada kelajuan yang anda mampu sahaja. Pada calon yang berjaya melepaskan kambing hitam di Perlis ketahuilah ramai ternanti untuk menguji anda sekali lagi.
Pada yang lulus ujian pada peringkat penerimaan tak semestinya anda boleh menarik nafas lega kerana ujian penghantaran bakal menghantui anda jika anda tidak menunjukan kesungguhan.Saya juga turut cuba merungkai teka-teki yang siapa yang melepas kambing hitam tersebut,ditanya Haji beliau lebih suka berdiam diri katanya yang busuk masih bersembunyi apa pun sepastinya akan kita temui,gambaran haris yang diberi ternyata si polan berkenaan "sebagai ketua”namanya tidak diberitahu kedudukan didalam sebuah negeri itulah yang saya dapat jawapannya tetapi sayangnya tak punyai harga diri dengan apa yang dikecapi sehinggalah saat ini.
.
Saat dan tikanya semua berteka-teki
Maka tiba-tiba terjadinya peristiwa ini
Yang salah bakal kami nanti
Yang dipersalahi jangan kita hukumi
Teruskan perjuangan anda!!!!
73.