Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Wednesday, March 23, 2011

GENDANG DIPALU GELANGGANG DIBUKA LEWAT BERITA TIBA....

Maaf atas kelewatan berita sensasi lintas lansung yang sepatutnya disiarkan terus menerus pagi tadi sudah menjadi siaran tertunggak,masalah teknikal dan line yang kemut...berita keluar lewat,syabas dan terima kasih kepada Aimil (9m2aur)kerana menyediakan bahan untuk laporan daripada Cyberjaya.Dimaklumkan seramai 50orang peserta yang mendaftar sayangnya cuma 44 orang sahaja yang hadir pada hari ini,apa pun agak mengejutkan saya dan semua pihak kerana pada sessi ujian cw kali ini
seramai 15 orang peserta daripada Sabah hadir ke gelanggang cw pada kali ini ,ia merupakan satu jumlah angka yang terbesar yang pernah dicatatkan oleh sesebuah negeri mengalahkan penyertaan daripada negeri-negeri di semenanjung tanahair,ucapan syabas dan tahniah buat rakan-rakan 9W6 yang sanggup mengeluarkan modal yang besar untuk datang ke sini.


Tidak seperti teks ujian pada sessi ujian yang lepas kali ini juga boleh dikatakan teks ujian juga mirip kepada
'TSUNAMI' kerana di dalam ujian hantaran kali purata ayat-ayat lebih daripada lima abjad/perkataan tetapi kali ini ujian boleh dikatakan agak lebih mencabar dan peserta mesti tajam.

Ayat-ayat bagi sessi penerimaan :

GEMPA BUMI KUAT YANG DISUSULI OMBAK TSUNAMI SETINGGI  LEBIH
SEPULUH METER TELAH MELANDA TIMUR LAUT JEPUN PADA PETANG  JUMAAT LALU.
BANYAK HARTA BENDA MUSNAH DAN BERPULUH RIBU JIWA TERKORBAN AKIBAT BENCANA INI.


Sessi penerimaan angka-angka/nombor:

85940  76182  26253  45748  93070
65436  19108  39237  56281  47107


Keputusan tidak resmi seramai 18 orang telah lulus dalam ujian penerimaan dan penghantaran callsign mereka ialah:
1.9W2HCA
2.9W2CYL
3.9W2KPD
4.9W2PJU
5.9W2MWW
6.9W2BUN
7.9W2WKT
8.9W2XRS
9.9W2DKK
10.9W2XRO
11.9W2ESM
12.9W2YGC
13.9W6CED
14.9W6AJJ
15.9W6PAT
16.9W6KOM
17.9W6SID
18.9W6TLB

Sekalung tahniah juga buat 9M yang turut serta memberikan sokongan moral pada sessi ujian kali ini mereka 
yang hadir ialah 9M2AU,9M2AUR,9M2AIR,9M2AIS,9M2RIE,9M2YRS dan 9M6TMT

*Uniknya padanan callsign di atas ialah AIS cair menjadi AIR...air mengalir ke AUR....