Alhamdulillah idea untuk menulis di blog ini datang lagi dan tentunya coretan saya banyak berkisar kepada morse atau pun CW.Bagi saya dengan cara penulisan ni saja mungkin sedikit sebanyak dapat membantu rakan-rakan 9W untuk bersemangat untuk mempelajari cw dan upgrade ke 9M suatu masa nanti.
Pagi tadi sewaktu ber QSO di repeater Astra 9W2YR ada memaklumkan beliau mempunyai masalah untuk mencatat kod yang beliau dengari dan ini menjadi halangan untuk beliau kerana time delay menyebabkan beliau terus ketinggalan.
Apa yang ingin saya maklumkan di sini ialah itulah fasa-fasa proses pembelajaran yang terpaksa dihadapi atau lalui oleh semua yang mempelajari cw bukan YR sahaja saya juga telah menempuhi saat demikian.
Ingin saya maklumkan kepada anda semua secara ringkasnya fasa-fasa peningkatan peroses pembelajaran adalah seperti berikut:
Fasa 1.Tidak tahu apa-apa langsung,sessi di mana anda dengar dah dan dit bunyinya kendengaran sama sahaja.
*Peningkatan-Anda dapat mengenali/membezakan antara dah dan dit
*Masalah dihadapi-Anda sukar untuk tafsirkan kod apa yang sedang dimainkan terutamanya yang mempunyai karektor da dan dit
Fasa 2.Anda mendengar kod-kod morse yang dimainkan A-Z
*Peningkatan-Anda dapat mengecam/mentafsirkan kod apa yang sedang dimainkan
*Masalah dihadapi-Agak lama juga untuk anda respon untuk menyatakan apa kod yang dimainkan,tangan anda tidak dapat menulis kod tersebut,otak anda cuba mentafsir dan cuba mengarahkan tangan untuk menulis...dan delay terjadi.
Rujuk kepada proses fasa 2 cuba anda perhatikan pemuzik,beliau sambil bermain guitar sambil tengok kod muzik dan sambil menyanyi...nah ini bukan mustahil kan???
begitu juga dengan proses peningkatan pembelajaran morse....saat ini berlaku conflict antara otak dan telinga, telinga dan tangan.......otak dalam masa yang terpantas cuba mentafsirkan apa yang signal dari telinga maklumkan dan otak pula dalam masa itu juga memaklumkan kepada tangan untuk menulis kod yang didengari oleh telinga....
proses di mana anda dapat mentafsirkan dan menulis dikatakan reflex dari otak...otak anda bersahaja memaklumkan kod dan tangan anda menulis dengan lancar apa yang anda dengar.Sessi mendengar berterusan dan berterusan adalah kunci utama anda menyimpan data-data kod bunyi yang akan terus tersimpan dalam memori otak anda,otak reconize sebagai data bunyi...sama macam otak anda mentafsirkan bunyi-bunyi yang anda telah fahami.
Fasa 3.Anda Boleh mentafsirkan kod-kod morse apabila kod dimainkan
Peningkatan-Anda boleh copy semua kod yang dimainkan secara single kod
Masalah-Anda menjadi kelam kabut sedikit apabila 2 atau 3 kod dimainkan sekali,nah ini adalah kesulitan bagi anda,jika anda menggunakan korch method perkara sebegini kurang terjadi,ia terjadi kepada mereka yang belajar secara single kod.
Fasa 4-Anda dapat mengenali kod-kod yang dimainkan secara single atau double
Peningkatan-Anda dapat menyebut kod yang dimainkan dan tangan anda dapat menulis kod yang anda dengari.
*Masalah-Anda masih samar-samar beberapa kod contoh seperti kod H,angka 5,J,U,W
Fasa 5-Anda boleh menulis kod yang anda dengari
Peningkatan-Anda confident menulis kod-kod yang anda dengar dalam speed yang telah anda dengari.
Masalah-Anda masih lagi tidak dapat menyebut secara bersahaja apabila kod dimainkan,ingat perinsip kelajuan bunyi dan tenaga kinetik...bunyi terlebih dahulu keluar sebelum tangan anda menulis kod yang anda dengar.......cuba anda lakukan demo..untuk mereka yang memasuki fasa 3-4-5.
Fasa 6-Anda telah berjaya menguasai kod-kod morse puntuation mark,number,alphabet
tiada delay semasa anda menghuraikan kod-kod morse yang dimainkan....anda tidak berfikir apa kod yang dimainkan.......anda bersahaja...otak anda mentafsirkan bunyi kepada kod...anda bukan mengigati kod apa......otak anda reflex dan secara langsung memaklumkan apa kod tersebut tanpa teragak-agak tanpa delay.....
INGAT!!!! SENTIASA PATUHI JADUAL SESSI MENDENGAR ANDA 15-20 MINIT X 2 SESSI-PAGI DAN MALAM*15-20MINIT SATU SESSI
PATUHI JADUAL ANDA.
JANGAN TERUSKAN,JANGAN PAKSA OTAK ANDA UNTUK TERUS MENDENGAR LEBIH DARI MASA TERSEBUT.
BERHENTI JIKA ANDA KELETIHAN SAMBUNG PADA SESSI LAIN.
***JANGAN GIVEUP JANGAN GIVEUP*****
TAK PERLU INGAT SEBARANG FOMULA CUMA RAJIN MENDENGAR!!!!!!!
KUNCI KEJAYAAN IALAH RAJIN MENDENGAR DAN SENTIASA MENDENGAR!!!!
PRAKTIS YANG TERBAIK IALAH SENTIASA MENGGUNAKAN PEN SEMASA SESSI MENDENGAR DAN CUBA TULIS KOD YANG ANDA DENGAR ITU,BIASAKAN DIRI ANDA DALAM KEADAAN SEBEGINI.
SAYA BUKANLAH YANG TERBAIK,MASIH ADA MEREKA YANG TERBAIK DAN LEBIH BAIK
CUMA APA YANG SAYA CATATKAN DI SINI TAK LEBIH SEBAGAI PEDOMAN YANG MUNGKIN BOLEH DIKONGSI BERSAMA......SILA RUJUK KEPADA MEREKA YANG LEBIH ARIF MUNGKIN ADA CARA YANG LEBIH BAIK UNTUK ANDA IKUTI
LOCAL TIME GMT +8
Friday, January 25, 2008
POORMAN KEY
Bagi yang punyai budget yang besar bolehlah dapatkan morse key seperti MFJ,Diamond,Bencher errr...betul ker ejaan aku tu..dan beberapa jenama yang mahal-mahal di pasaran,dalam hati memang nak dapatkan satu yang kormersial.....tapi ntah belum sampai masanya kot nak beli,bab nak beli memang aku berkira sikit eemmm...ni jenis kedekut sikit coz setakat yang aku ada dah cukup ok bagi aku so niat tu aku kuburkan dulu.
Pada aku key bukan faktor untuk diperdebatkan pengalaman dan kemahiran adalah faktor utama untuk penghantaran yang baik dan sempurna,bagi mereka yang mahir dua utas wire yang dilagakan dah cukup untuk menghantar signal morse.
Key aku diperbuat daripada bahan-bahan terbuang yang aku perolehi di saltmine aku ni...material asas adalah teflon,kalau dibeli dipasaran bahan ni amat mahal coz dia kalis api,knob tu aku buat daripada batang kayu moop,spring pun aku dapat free dari push button,secebis pcb untuk contact point dan stainless steel machine screww.
Subscribe to:
Posts (Atom)