Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Tuesday, March 23, 2010

JALAN JALAN RASA RASA

Tak banyak yang nak dikisahkan sepanjang masa percutian,antara yang menarik ialah

untuk dikongsi bersama ialah Sabtu 13hb masa nak isi minyak di Petronas Saujana utama untuk ke Putrajaya
saya berselisih dengan Azlee Senario yang tinggal di saujana 1 rasanya...terus langsung selepas itu saya membuat kunjungan ke rumah adik di Putrajaya Fasa 4C Presint 8 kuarters kerajaan,ini adalah kali pertama saya mengunjungi beliau selepas beliau berpindah ke sana,dari ketinggan flat yang bertentangan dengan bangunan-bangunan kerajaan saya merasakan kalau diletakkan antena di balkoni memang bagus untuk Dxing,saya tak lama berada disitu menjelang petang saya dan Kamal (9W2KAJ) pusing-pusing sekitar kawasan tersebut,mungkin nasib tak berapa baik hujan turun dengan lebatnya maka sesi photografi
terpaksa dibatalkan,sepanjang jalan balik sekitar highway melepasi Saujana Putra pokok-pokok tunjuk langit kelihatan di kiri-kanan jalan, "tak ramai yang tahu akan khasiat buahnya...fikir saya"




Petang berkenaan saya sempat singgah di Central Mart Saujana Utama,selepas keluar saya terlihat mobile seorang rakan 9M2RIE saya meninjau ke dalam namun kelibat beliau tidak kelihatan "mungkin baru sampai kot"fikir saya.





Ahad 14hb saya bertemu dengan 9M2IBR di Sekolah Sains Kuala Selangor ketika menemani adik saya menghantar surat m.c beliau ke sekolah berkenaan,saya diberitahu oleh adik yang cikgu Ibrahim turut hadir juga pada hari tersebut atas urusan yang sewaktu dengannya. Mungkin sibuk melayani telatah harmonic yang merenggek saya terpaksa minta diri dulu,tak banyak yang diperbualkan,saya faham akan kesibukan beliau.

Saya sempat meninjau kelas bahasa German yang dikendalikannya,agak ringkas tapi cukup bermakna
kepada pelajar-pelajarnya,hasil nukilan pelajar juga dipaparkan untuk tatapan rakan kelas.15hb iaitu hari berikutnya pula saya berpeluang ke perpustakaan negeri dan juga muzium Shah Alam,salah satu posting
blog saya sempat catatkan lintas langsung di perpustakaan tersebut,"percuma"...sayangnya servis sedemikan tidak ada diadakan di perpustakaan desa tempat saya....issshh..ada ker tak????tak pernah pergi pun kat sana..hehehehe..di muzium pula artifak sejarah purba dan pelbagai barangan sejarah menarik perhatian,antara yang memukau saya ialah aneka jenis keris,senjata-senjata purba,seram sejuk juga apabila mengenangkan keris-keris yang sudah tentunya pernah bermandikan darah,pada mereka yang lain mungkin sudah biasa dengan hal ini,akan tetapi tidak pada saya kerana malam harinya saya sukar untuk melelapkan mata.
Mistik bagi saya terasa kerana mungkin saki-baki kundalini reiki yang saya kuasai suatu masa tu masih memberikan kesan sampingan.



Kuala Selangor juga terkenal dengan pusat makanan lautnya,antara yang telah saya kunjungi ialah tempat yang bernama Jeram
Mungkin terlalu banyak minum,sambil meratah sotong dan siput,kailan ikan masin 2ekor ikan siakap sweet sour tak dapat dihabiskan,sebagai orang yang sedikit sebanyak tahu pasal makanan seumpama itu saya dapat rasakan sos sweet sour tu cuma "1 bintang aja"hehehhe..ini juga disahkan oleh Kamal dan adik saya katanya sos adalah puncanya kita tak habiskannya"permandangan indah di tepi laut berpantai dan keindahan matahari terbenam memang amat mengasyikan.Telatah harmonic yang dua orang bersama sepupunya sesekali sekala mencuri perhatian pengunjung yang turut hadir

Dek kerana kecewa dengan ikan siakap tu keesokkannya saya dapatkan ikan siakap sederhana saiz 2 ekor daripada kedai berhampiran,aktiviti sebelah pagi hanya full time jadi chef,menu hari tu ialah sawi tumis,gulai banggla dan siakap kukus hehehehe...
nak buat masak sweet sour alatan memasak dan bahan terhad,almaklumlah tak nak susah-susahkan tuan rumah.

Oh ya satu perkara yang nak saya kongsikan ialah rata-rata peniaga di saujana utama ialah orang acheh tak tau pula mana datang mereka-mereka ni.....apa yang saya lihat 3 tahun dulu sehingga sekarang mereka masih monopoli dalam bidang peniagaan.

Berikut adalah resepi yang saya lampirkan untuk dikongsi bersama,resepi ini saya belajar daripada seorang rakan banggla yang enam tahun lalu bertugas di tempat saya,yang menarik mengenai beliau ialah,makenik radio tv,jam dan punyai kedai di sana.



Ayam dipotong kecil kecil...errr jangan terlampau kecil sangat, agak besar sedikit daripada satay kajang memadailah ayam dalam anggaran sekilo



5 sudu besar serbuk kunyit

5 sudu besar serbuk cili

4 ulas bawang besar dipotong bulat nipis-nipis

cabai melaka atau cili padi anggaran 20 biji ditumbuk jangan lumat untuk memadai pecahkannya sahaja.

Halia 2cm ditumbuk

4 ulas bawang putih ditumbuk halus

1 sudu jintan manis ditumbuk halus

3 biji bunga cengkih ditumbuk halus

2 buah pelaga dibuang kulit dan ditumbuk halus

1 biji bunga lawang ditumbuk halus

1 sudu kecil lada hitam ditumbuk halus(anggaran dalam 15biji)

1 batang kulit kayu manis dipatah-patahkan

1 senduk kecil minyak

Garam secukup rasa

Perisa "ajinomoto"



Cara memasak



Panaskan minyak kemudian tumiskan kesemua bawang besar masuk sedikit-sedikit,masukkan juga serbuk kunyit

dan kacau,jangan lupa masukan serbuk cili dan kacau kemudian masukkan cabai melaka dan bahan tumbuk yang

telah disediakan,jangan lupa masukkan air untuk elakkan daripada hangit,kacau sehingga bawang dah layu dan masukkan ayam

dan tambahkan air,kepekatan dan kecairan kuah bergatung berapa banyak air yang anda masukkan.

jangan lupa garam dan perisa dan juga kulit kayu manis,anda boleh masukkan buah tomato untuk masamkan kuah atau

air asam jawa,terpulang kepada anda,apabila ayam dah masak renehkan seketika dan angkatkan.

*Anda boleh kurangkan atau tambahkan bahan-bahan apabila hendak memasak mengikut keperluan hidangan yang anda inginkan. SELAMAT MENCUBA 73

MAFIA MEET CASTELLO ?????

Alahamdulillah,berakhirlah sudah episod pening kepala,kegelisahan dan bermacam perkara lagi pada sesi
cw kali ini dah tamaaaaaat!!!!,agak mendukacitakan kerana kesempatan yang ada, saya tidak dapat bertemu dan menyapa rakan-rakan yang pernah dan belum pernah eyeball,ini adalah kerana saya terpaksa memegang amanah Haris untuk menjaga laptop beliau dan saya pula mengemaskini maklumat lintas langsung dari masa ke semasa,satu insiden yang pasti saya kenang untuk selama-lamanya ialah gara-gara penulisan atas pandangan peribadi  di dalam tulisan saya terdahulu menyentuh perihal ketokohan seorang guru cw,keadaan menjadi tegang dan saya dilihat punca segala masalah,sehingga saya tiba di Cyberjaya Haris dengan nada seloroh mengusik saya dan mengatakan "Man musuh hang banyak kat sini"saya cuma mampu menguntum senyum sahaja,apa pun cetusan yang saya lampirkan bukan niat untuk memusuhi dengan sesiapa sebaliknya melontarkan pandangan untuk dikongsi bersama,mungkin pada cetusan kali itu menjentik mereka-mereka yang terasa keupayaan mereka disanggah...aaahh!!!! kita lupakan perkara yang sudah.

Dalam kesibukan menyediakan bahan-bahan untuk paparan lintas lansung saya disapa oleh seorang yang memperkenalkan dirinya Zek(9M2PRO),"abang Man?9M2MGL?"ya saya,... jawab saya"saya Zek 9M2PRO,"dulu kata nak datang kenapa tak datang"?saya jelaskan yang adik saya tak jadi bertukar jadi saya tak jadi datang,kami banyak bercerita dengan setup antenna,agak mendukacitakan beliau kerana lokasi tempat tinggal beliau berada dalam kawasan MINDEF agak sukar untuk naikkan antenna,dan katanya insyaallah apabila berpindah di tempat baru beliau akan menyiapkan prasarana hf tersebut..saya dimaklumkan beliau hanya datang sekejap untuk memberikan sokongan moral kepada rakan-rakan yang mengambil ujian dan terpaksa pulang awal atas hal yang perlu diselesaikan.Dalam kesibukan itu juga saya disapa lagi oleh Faizal 9M2GTR,emmm....agak mengejutkan sungguh pun baru pertama kali bersua dan selepas insiden hangat tahun sudah mereka dilihat "FRIENDLY"thanks atas eyeball yang cukup bermakna,
Amrie 9M2RIE dengan beliau saya sempat bersalam dan bertanyakan kepada beliau saya terlihat mobile beliau berada di tempat letak kereta di Central Mart kenapa jauh sangat pergi sana..dan saya dimaklumkan abang beliau tinggal di Saujana Utama,jauh dari pada sudut hati saya tahu kekecewaan yang parah atas komentar saya tu,tapi secara jujur saya katakan mereka bertiga ini bukan sepertimana yang saya jangkakan." keakraban terjalin mesra antara kami semua pabila bertemu....