Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Thursday, December 17, 2009

YANG MANA ..HOBBY ATAU AP ATAU SIRIM





Terus terang saya katakan saya ni jahil bab-bab AP dan perkara sewaktu dengannya,mula bertapak sebagai ham yang sah saya membeli rig yang sahlah kot sebab ianya didapati tersenarai dalam perakuan rig oleh pihak MCMC, dan saya dapati rig itu pun dah obsulate oleh pengeluarnya,namun saya bangga kerana ianya masih tersenarai dalam pujaan 10 Nescafe.....eeehhh...sorry silaplah carta lulus pihak berwajib.


Berita kurang senang semalam, saya dimaklumkan ada kes MCMC rampas rig yang dikenal pasti tiada AP dan cop Sirim Dan rata-rata rakan ham sibuk memperkatakan pasal cop Sirim dan AP yooo..ayooo...nasib-nasib,Ok... saya main teka-teka aja ni kurang-kurangnya boleh dianggarkan 99% atau mungkin tak sampai banyak tu pun ham kat Malaysia ni yang gunakan rig yang ada cop sirim.  
     
                                                                                                                                                             Saya tak beberapa faham hal berkenaan AP ni,Ooo...rupa-rupanya senarai yang mcmc lampirkan hanyalah sebagai panduan sahaja,ada antaranya dah obsulate dah....tak dikeluarkan lagi....tapi senarai tersebut masih tak up to date....apa berlaku kepada set-set homebrew dah tentu benda-benda ni tak AP dan cop sirim dan lagi satu set-set antik terdahulunya tu nak declare macam mana pula? Ishhh......pening kepala dok p pikiaq pasai ni....,kalau betullah kena tahan oleh kastam dan soal pasal AP macam mana nak jawab ni??? Saya dah cakap saya jahil bab-bab proses AP dan itu ini yang berkaitan dengannya. Sebagai seorang ham.kita amat sensitf dengan benda-benda sebegini,apa taknya apabila berlaku sesuatu yang boleh menyekat penyebarakan hobi ini sudah tentu ianya sedikit sebanyak membantutkan perjalanan hobi ini dikalangan pengermarnya. Cuba kita lihat berapa banyak barangan elektrikal dan elektronik yang membanjiri negara kita,apakah ini semua masuk dalam keadaan terkawal melalui pemantuan pihak berkuasa ? VCD,DVD,TV dan telefon bimbit dan beribu barangan lain lihat sahaja benda-benda ini yang boleh ditemui di kaki-kaki lima sehingga di pasaraya setempat.



Seorang penggemar radio amatur yang sah kita telah diasuh dan mempunyai kesedaran yang penuh akan berlakunya pelanggaran etika komunikasi samada dari segi perbuatan atau daripada masalah teknikal,oleh itu kita juga seringkali diingatkan bahawa tindakan tatatertib boleh dikenakan ke atas kita berhubung dengan salah laku menganggu gugat frekuensi radio,oleh yang demikian setiap amatur radio dikehendaki mengawal selia dari segi teknikal dan sebagainya untuk menggelakan berlakunya kepincangan pada alatan komunikasi milik mereka dari masa ke semasa.Apakah perlu pihak berkuasa mewujudkan semula lesen radio yang merangkumi semua peralatan radio diwajibkan punyai lesen,supaya memberikan kesedaran penuh kepada semua rakyat dalam negara ini apa-apa alatan radio perlu ada lesen,issssh!!!! pendeknya akal...marahkan nyamuk kelambu dibakar....



Banyak jenama tranciever yang muncul dipasaran,95% dikuasai oleh cap ayam namun jangan pandang rendah akan alatan sebegini ada antaranya punyai standard ISO dan CE (certificate of europe) ni setanding dengan cop Sirim kat negara kita namun dalam pada itu ada juga terdapat item yang diklon bulat-bulat sebagai ham kita perlu bijak dalam meneliti sebelum membeli.Opppss....silap lagi,sekarang cerita pasal membeli rig kena close story sensetif ,nak homebrew radio pun kena fikir 2 kali macam kata 9M2RZL dalam blognya "apa status radio rakitan atau buatan perlu kena ada cop sirim? kalau pihak berkuasa mengatakan tak perlu,saat ini saya dan anda perlu bertindak segera gunakan bahan kitar semula tin biskut sebagai casing rig sedia ada,londeh buang semua masukkan dalam tin biskut atau kotak kayu wiring bagi serabut sikit,tambah 1-2 led,modify suis on of dan sebagainya,buat seolah-olah radio tu homebrew....hehehehe...



Dalam memperkatakan soal cop Sirim dan AP ramai diantara kita jauh kebelakang melihatnya sebagai satu kepentingan sehingga Syarif Labu masuk kampung dan tunjuk lencana ...masa kecik lepas berak mak tolong cucikan,masa dewasa sendiri berak sendiri cucikan,itu lumrah kehidupan setiap kita bagi yang masih tak berupaya(maksudnya cacat atau lumpuh kemalangan ) bukan dipinta masih memerlukan bantuan sedemikian,apa mesej berkaitan dengan cerita tadi saya tak nak cakap anda cuba fikirkan apa yang saya cuba lontarkan ,macam itulah halnya pembelian dan pemilikan alatan berkenaan kepada setiap penggemar radio amatur yang sah,masa masih budak-budak bila mak bapa bagi duit suruh pergi kedai pastikan beli barangan yang perlu sahaja jangan beli itu dan ini akan tetapi si anak tetap beli baginya bukan satu kesalahan untuk dibeli gula-gula atau biskut,mak bapa tak cakap betul-betul beli yang ada tanda hala,l tanda halal "ha lam aliff lam"bukan boleh dianggap sebagai halal...kena masuk bawa pergi JAKIM dan selepas sah baru boleh "tempek"(tampal)sticker halal,Ooo.... begitu rupanya,eeemmm.....siapa antara kita yang rignya ada cop sirim angkat tangan? siapa antara kita yang banyak kumpul rig angkat tangan?siapa antara kita yang masih simpan rig sezaman perang dunia ke2,selepas atau dengan nama lainnya masa belum wujudnya sirim?kalau pihak berkuasa bagi arahan semua tu kena masuk "PUSPASIRIM" ala-ala Puspakom kena dapatkan surat isssh.....sirim ada pakar kah untuk buat testing benda-benda ni...saya bukan menidakkan keupayaan pihak terbabit



Saya dah kata yang saya ni jahil bab AP dan cop Sirim,set tentera,polis,milik-milik badan kerajaan,swasta itu ada cop sirim tak? tolong beritahu saya yang jahil hal berkaitan,teringin sangat nak tengok dengan detail...saya agak terkejut apabila saya diberitahu bahawa set TNB,Pak Polisi dan sewaktu dengannya mencecah ribuan ringgit...kalaulah set amatur radio melalui secara sebegini hanya yang kaya sahaja layak memiliki hobi inilah jawabnya. Semua rakan ham sedia maklum kelompok ham bukanlah satu organisasi yang mengaut sebarang keuntungan dalam mengoperasi ham radio,selain dibolehkan atau dihalalkan untuk tujuan ekperimental bantuan kecemasan sentiasa dihulurkan oleh golongan ini.



Saya percaya SKMM punyai langkah yang wajar bagi menangani masalah sebegini, kita harus sabar menanti mereka berbuat sesuatu untuk "win-win situation"dalam masa yang sama juga saya terfikir berapa peka pihak ini menangani isu berkaitan set-set yang diperguna pakai oleh ngo-ngo yang mewujudkan satu kelompok rakan "Pra Radio Amatur"saya juga percaya golongan ini juga duduk tak senang dengan apa yang telah berlaku,bukan setakat tu sahaja berapa set repeater yang disahkan statusnya AP dan sirim,apa mala petaka bagi yang memiliki set seumpama set radio amatur yang gagal menggemukan tututan syarat sah...termasuk juga amatur radio yang sah.? Saya percaya rakan-rakan yang menjual secara online juga duduk tak senang dengan hal ini juga. Atas dasar memperjuangkan nasib setiap ham radio negara ini,saya menggesa agar semua persatuan radio amatur yang sah duduk memperbincangkan masalah AP dan Sirim,walaupun pada ketika ini telah wujudnya Koperasi Radio Amatur saya tak pasti apakah dibolehkan sinambungikan untuk keperluan bersama,semua urusan AP dan hal berkaitan dengannya diuruskan oleh badan berkenaan,semua ahli yang yang sah boleh dapatkan rig daripada badan ini,maka tidak timbul lagi masalah yang membelenggu ham untuk memiki rig yang sah.


Saya dah terang dari awal lagi dalam tulisan saya,yang saya ini kurang arif dalam hal AP dan Sirim saya rayu agar rakan ham seperti saya diberikan tujuk ajar. Segala catatan di atas adalah bersifat peribadi bagi saya yang masih belajar,sekiranya ada kesalahan dalam tulisan ia adalah pandangan seorang yang masih baru dalam dunia penulisan.....ada lagikah kejutan peminat  ham radio ini dimasa hadapan?

73.

CATITAN: gambar diatas ada dua rig yang berbeza satu HF yang kecil untuk VHF/ UHF dan
                    juga boleh digunakan mode APRS yang mana satu dikenakan AP atau kedua dua 
                    sekali AP dan kelulusan SIRIM...tepuk dada tanya selera...