Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Tuesday, November 3, 2009

KRONOLOGI CW

31/2 tahun lalu cw test pihak MCMC tidak memberikan kelonggaran pada sessi ujian
ujian cw kekal dalam kelajuan 12wpm,arwah GL dalam setiap sessi latihan sering menghantar pada
kelajuan diantara 13-15wpm standard laju dan juga mengadakan gap pada penghantaran kedua bertujuan
untuk membuat penyemakan.

Kami adalah antara yang melalui jalan sukar pada ketika itu Haris dan Rizal selepas berhempas pulas kali
ke3 dan saya kali ke2 baru berjaya dalam ujian tersebut itu pun setelah mcmc telah "memperkenalkan sistem kesian"
saya sengaja meyatakan keadaan di atas kerana telah berlaku proses rayuan beramai-ramai untuk meminta supaya
diadakan proses penghantaran untuk kali kedua,dengan ini segala kebolosan dapatlah ditutup.
Tapi harus ingat pada ketika itu pun speed ujian masih dikekalkan.Kini ujian cw kian mudah speed penghantaran dikurangkan
dengan adanya gap maka saya harapkan akan menarik minat mereka untuk mengambil kesempatan ketika MCMC
bersikap terbuka.


Tidak sama seperti saya, bangga dalam perit kerana sessi ujian text saya hanya mampu skor dalam 95% jika tidak kelonggaran tersebut
saya mungkin juga kandas,namun keazaman saya tidak berkubur setakat itu sahaja,saya terus berusaha sehingga
menguasai cw dengan selesa seperti menghantar cw tanpa melihat teks mengurangkan masa untuk reply kepada sesuatu qso
memahami dan menggunakan punctuation mark seperti,/=?yang tiada dalam sessi ujian cw dan praktikan dalam cw qso saya pernah diminta oleh seorang rakan untuk mengajar cw namun dengan berat hati saya terpaksa ketepikan beliau, bukan kerana tak sudi tapi ilmu saya belum mencukupi,saya sedar kerana kelonggaran MCMC saya boleh lulus dengan agak selesa tapi itu membuatkan saya dihantui kerimasan yang mendalam,walaupun berguru
dengan 9M2GL saya tak lupakan juga jasa 9M2AR,9M2NM,9M2AU,9M2DY,9M2RR tempat saya merujuk perkara berkiatan antenna
dan sebagainya.Saya sedar title 9M yang saya perolehi bukan untuk menjadi hidung tinggi pun begitu masih belum meletakan saya sebarisan dengan mereka ini yang punyai kelebihan pada pengalaman.

Bukan nait saya untuk bongkak dengan mengatakan pada saat ini saya mampu untuk qso 20wpm dan mampu untuk menerima
pada kelajuan 30wpm pada keselesaan 90%,dengan gap 1second saya akui cikgu Rahman banyak mendorong ke arah ini,sikap cikgu yang sentiasa
menghantar laju daripada keupayaan saya membuatkan saya bertekad untuk pertingkatkan keupayaan diri....dan hasilnya amat
menggalakan,9m2get Hairi antara pengemar cw terkini...keupayaan beliau untuk qso 18wpm membuktikan cw beliau sangat bagus, beliau
mengatasi saya dalam tempoh yang singkat namun apalah sangat nak ditujukan keupayaan kepada rakan yang tidak pernah mendengar
sessi cw qso saya.nekad saya dan Haris untuk membolosi keupayaan cikgu,bukan bermaksud untuk membuktikan kami lebih hebat tapi
sebagai inspirasi kami kalau cikgu boleh kenapa kami tak,apabila berada pada tahap itu...saya tetap memegang prinsip"kalau pandang bulan dilangit rumput dibumi jangan dilupakan"


Saya mengambil masa setahun mengkaji dan meneliti untuk memantapkan teknik pembelajaran cw,alhamdulillah 2007 saya lahirkan
blog ini untuk memberikan panduan kepada mereka yang ingin mempelajari cw,saya juga tidak meletakan diri saya sebagai seorang guru
kerana saya tahu saya belum mampu,cukuplah sekadar pengongsian ilmu yang saya miliki,kepada mereka yang baru mungkin mereka mempunyai kelebihan daripada saya,apa pun syabas kerana anda akan melahirkan lebih ramai 9M berbanding dengan saya yang sentiasa ketinggalan...tulisan saya sebelum ini mungkin pulang paku buah keras ke atas apa yan tercatat namun jauh disudut hati tidak memperkecilkan niat dan kesungguhan mereka ini.
Sebaik saya lulus dengan keupayaan tak seberapa saya berusaha untuk menjadi yang terbaik dan terus terbaik.

Siapa pun boleh jadi guru tapi apakah ianya mampu?pada saya guru bukan sekadar menghantar cw dan meminta rakan-rakan mentafsirkan kod tersebut
kenal teknik mudah cw,adalah mudah untuk mengajar dit da itu (A) B,C,D,E,F,G dan seterusnya,teknik bertanyakan jawapan,teknik menjaga hati pelajar
bagaimana nak berikan keyakinan kepada pelajar sekiranya selalu jawab salah,memberikan pujian tidak berpihak kepada seseorang individu,banyak
teknik yang saya sendiri belum mahir,pernah gamatkan negara suatu ketika dahulu seorang pengamal seni bela diri meletakan namanya sebagai maha guru,mahaguru bermaksud guru yang paling besar namun tewas pada seorang pak cik tua yang mengundangnya untuk makan tengahari di rumahnya
kecundang bukan kerana perlawanan,tapi gagal untuk membuka pingan nasi yang ditelangkup.



"Berusahalah untuk menjadi terbaik""Hina besi kerana karat hina manusia hidup melarat""Kaya ayam makan padi kaya manusia kerana budi"