Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Tuesday, November 3, 2009

KRONOLOGI CW

31/2 tahun lalu cw test pihak MCMC tidak memberikan kelonggaran pada sessi ujian
ujian cw kekal dalam kelajuan 12wpm,arwah GL dalam setiap sessi latihan sering menghantar pada
kelajuan diantara 13-15wpm standard laju dan juga mengadakan gap pada penghantaran kedua bertujuan
untuk membuat penyemakan.

Kami adalah antara yang melalui jalan sukar pada ketika itu Haris dan Rizal selepas berhempas pulas kali
ke3 dan saya kali ke2 baru berjaya dalam ujian tersebut itu pun setelah mcmc telah "memperkenalkan sistem kesian"
saya sengaja meyatakan keadaan di atas kerana telah berlaku proses rayuan beramai-ramai untuk meminta supaya
diadakan proses penghantaran untuk kali kedua,dengan ini segala kebolosan dapatlah ditutup.
Tapi harus ingat pada ketika itu pun speed ujian masih dikekalkan.Kini ujian cw kian mudah speed penghantaran dikurangkan
dengan adanya gap maka saya harapkan akan menarik minat mereka untuk mengambil kesempatan ketika MCMC
bersikap terbuka.


Tidak sama seperti saya, bangga dalam perit kerana sessi ujian text saya hanya mampu skor dalam 95% jika tidak kelonggaran tersebut
saya mungkin juga kandas,namun keazaman saya tidak berkubur setakat itu sahaja,saya terus berusaha sehingga
menguasai cw dengan selesa seperti menghantar cw tanpa melihat teks mengurangkan masa untuk reply kepada sesuatu qso
memahami dan menggunakan punctuation mark seperti,/=?yang tiada dalam sessi ujian cw dan praktikan dalam cw qso saya pernah diminta oleh seorang rakan untuk mengajar cw namun dengan berat hati saya terpaksa ketepikan beliau, bukan kerana tak sudi tapi ilmu saya belum mencukupi,saya sedar kerana kelonggaran MCMC saya boleh lulus dengan agak selesa tapi itu membuatkan saya dihantui kerimasan yang mendalam,walaupun berguru
dengan 9M2GL saya tak lupakan juga jasa 9M2AR,9M2NM,9M2AU,9M2DY,9M2RR tempat saya merujuk perkara berkiatan antenna
dan sebagainya.Saya sedar title 9M yang saya perolehi bukan untuk menjadi hidung tinggi pun begitu masih belum meletakan saya sebarisan dengan mereka ini yang punyai kelebihan pada pengalaman.

Bukan nait saya untuk bongkak dengan mengatakan pada saat ini saya mampu untuk qso 20wpm dan mampu untuk menerima
pada kelajuan 30wpm pada keselesaan 90%,dengan gap 1second saya akui cikgu Rahman banyak mendorong ke arah ini,sikap cikgu yang sentiasa
menghantar laju daripada keupayaan saya membuatkan saya bertekad untuk pertingkatkan keupayaan diri....dan hasilnya amat
menggalakan,9m2get Hairi antara pengemar cw terkini...keupayaan beliau untuk qso 18wpm membuktikan cw beliau sangat bagus, beliau
mengatasi saya dalam tempoh yang singkat namun apalah sangat nak ditujukan keupayaan kepada rakan yang tidak pernah mendengar
sessi cw qso saya.nekad saya dan Haris untuk membolosi keupayaan cikgu,bukan bermaksud untuk membuktikan kami lebih hebat tapi
sebagai inspirasi kami kalau cikgu boleh kenapa kami tak,apabila berada pada tahap itu...saya tetap memegang prinsip"kalau pandang bulan dilangit rumput dibumi jangan dilupakan"


Saya mengambil masa setahun mengkaji dan meneliti untuk memantapkan teknik pembelajaran cw,alhamdulillah 2007 saya lahirkan
blog ini untuk memberikan panduan kepada mereka yang ingin mempelajari cw,saya juga tidak meletakan diri saya sebagai seorang guru
kerana saya tahu saya belum mampu,cukuplah sekadar pengongsian ilmu yang saya miliki,kepada mereka yang baru mungkin mereka mempunyai kelebihan daripada saya,apa pun syabas kerana anda akan melahirkan lebih ramai 9M berbanding dengan saya yang sentiasa ketinggalan...tulisan saya sebelum ini mungkin pulang paku buah keras ke atas apa yan tercatat namun jauh disudut hati tidak memperkecilkan niat dan kesungguhan mereka ini.
Sebaik saya lulus dengan keupayaan tak seberapa saya berusaha untuk menjadi yang terbaik dan terus terbaik.

Siapa pun boleh jadi guru tapi apakah ianya mampu?pada saya guru bukan sekadar menghantar cw dan meminta rakan-rakan mentafsirkan kod tersebut
kenal teknik mudah cw,adalah mudah untuk mengajar dit da itu (A) B,C,D,E,F,G dan seterusnya,teknik bertanyakan jawapan,teknik menjaga hati pelajar
bagaimana nak berikan keyakinan kepada pelajar sekiranya selalu jawab salah,memberikan pujian tidak berpihak kepada seseorang individu,banyak
teknik yang saya sendiri belum mahir,pernah gamatkan negara suatu ketika dahulu seorang pengamal seni bela diri meletakan namanya sebagai maha guru,mahaguru bermaksud guru yang paling besar namun tewas pada seorang pak cik tua yang mengundangnya untuk makan tengahari di rumahnya
kecundang bukan kerana perlawanan,tapi gagal untuk membuka pingan nasi yang ditelangkup.



"Berusahalah untuk menjadi terbaik""Hina besi kerana karat hina manusia hidup melarat""Kaya ayam makan padi kaya manusia kerana budi"












12 comments:

IBRAHIM KADRI said...

Let me be the first to comment. Saya cukup kagum dengan anda. Tahniah abg Man. Tulisan anda benar2 membuka minda. Semoga sesiapa yang membaca dapat menaikkan semangat dalam hobi ini.

AMATEUR RADIO STATION : 9M2GET said...

Apa pun ia....kita harus menerima seadanya.....hanya yang bermain di padang yang sama mampu menikmati cw seadanya....apa yang diperolehi di cyberjaya hanyalah 10 percent dari dunia sebenar cw....yag lain terpulanglah kepada anda semua.....yang dah berjaya sahut lah pula cabaran di 7015....dr bang man....keep it up bro....anda dah banyak melahirkan generasi baru 9m termasuklah diri saya.....hanya Dia sahja yang mampu membalasnya

AMATEUR RADIO STATION : 9M2GET said...

My Guru Alwayz Said.....

"Great Hams have stories to tell on how they learned Morse. And they keep all their notes from the time they copy nonsense until they were able to copy just a single word and shouted 'Eureka !!!'."

de 9M2AR

Jen said...

salam...
jgn cuba underestimate org bro...klu aku cakap,1st sending aku 100% copy,nampak pulak aku riak bro....

GET&IBR..be sincere,dont your feel anything when people underestimate our ability...???makna kata,kita dapat class A becoz off "belas ihsan"..please,aku tak bleh terima...aku pun ader pengalaman aku sendiri bro...aku bukan nak tuang petrol..tapi plz jgn underestimate org...

peace......

mazru said...

lulus kesian?

Anonymous said...

hemmmm,jika sending siapa tak belajar cw pun boleh hantar tapi ini bab cerita terima bunyi lah bang...ada lulus kesian. Ada...
jika pihak nak bagi yang terima
macam jagong isi tak padat....tetapi lebih baik daripada hina orang yang terima dari pintu belakang dan salin jawapan bulat bulat,pekara ini semua orag tahu siapa dia,anda tunggu lah pasti ada jawapan dia.

adakah ujian cw baru ini mcmc kekalkan 12wpm tiada gap (real 12wpm adakah anda boleh lulus)

jangan lah cepat melompat, rakan. pada rakan yang bagi pendapat tu juga betul,maaf lah jika tersinggong.

sebagai insan selalunya kita tidak dapat terima apa yang rakan menberi pendapat termaksutlah diri saya sendiri.....maaf ribuan dari saya.

pembaca semua blogs ham.

Anonymous said...

Terima kasih jika saudara blog dapat poskan tulisan saya ni.

Saudara blog bagi saya lulus dalam cw bukan satu kebanggaan,tambahan pada kelajuan bukan real 12wpm
cabaran seterusnya adalah di luar sana (cw hf)apa yang saudara ingin kupaskan atau luahkan adalah supaya jangan terlalu taksub dengan kejayaan yang telah kita kecapi....saya menyetujuinya

Saudara blog guru atau sifu dari kaca mata saya pula:

Terdapat tiga jenis golongan sifu...
1. Mereka yang baru lulus dan tiada pengalaman di bidang ini.
2. Mereka yang baru lulus tapi mempunyai pengalaman (contoh nya dlm CW mereka ini bekas tentera/polis yg berkhidmat di sokolah latihan semboyan atau operator di unit semboyan atau operator radio di perkapalan)
3. Mereka yang telah lama kercempung di bidang ini contohnya lebih 2...3 tahun lebih di bidang ini dan mereka2 ini benar2 minat ke arah CW dan lebih 50% dari QSO nya lebih kepada CW.

So kita boleh lihat di mana letaknya golongan ini....
Samalah juga bagi mereka nak jadi sifu dlm kelas2 RAE...yang tumbuh macam cendawan..

Kalau sekadar baru lulus exam RAE..setahun jagung atau dua tahun lah kita katakan...
Adakah beliau ini cukup pengetahuan di bidang ini sekiranya beliau sendiri pun tak tahu guna multimeter......

Kalau sekadar megajar mengikut buku....anda pun tahu apa kualitinya...
Amik exam mudah A,B,C,D....tak tahu tembak...untung sabut timbul... selepas itu lulus dapat callsign....tapi golongan macam ni kalau kita tanya apa freq.Untuk 15 meter band tahu tak dia org ni????

Mereka ini merasa megah dgn apa yang mereka ada....dan ada di antara nya tunjuk hebat...mempamerkan kehebatan mereka..

Saya tak pasti apakah hala tuju mereka selepas ini? Jika blog saudara tak jemu-jemu memperkatakan
cw selama 3 tahun apakah wadah yang sama akan diperkatakan pada blog mereka juga? Kita sabar tunggu dan lihat sahaja.
ke mana perjuangan dan hala tujunya.

Saya tidak menyebelahi mana-mana baik saudara mahu pun ada yang emosional,apa pun syabas
saya ucapkan kepada saudara kerana menerima kritikan dengan hati terbuka tanpa memanjangkannya cuma
harap saudara lebih berhati-hati tak semua yang diperkatakan akan diterima namun tahniah kerana anda
membuka minda pembaca untuk berfikir secara rasionalnya.

Saya juga tertanya apakah dengan latahan dan lentingan menjadi satu adat untuk menyatakan
ketidakpuasan hati? Tahniah kerana anda telah berjaya meperlihatkan sikap yang terpendam pada mereka
yang sebelum ini kita tidak tahu akan hati dan budinya...pada saya tak perlu anda memohon maaf
kerana posting anda adalah pendirian anda,anda berhak mengulas dari perspektif yang berbeza dan kami. terima kasih

Teruskan posting anda....
de Derustykey.

Anonymous said...

Saya tak mahu komen mengenai tulisan Azman memengenai guru CW.
Sensitif dan contoversial.

Yang nak saya katakan disini ialah,
saya telah terima satu surat layang salepas ujian CW yang lepas diMCMC>
Penulis ini mengatakan ada permainan "silap mata" semasa ujian ini. Dia nampak ada calon yang terima sakeping kertas ( anggapan dia kertas ini adalah jawapan ujian menerima ) yang diberi olih salah saorang yang berada dalam dewan ... bukan calon lain.) Saya tidak pasti samada tuduhan ini betul atau tidak tanpa bukti kukuh atau penulis surat layang ini mengenalkan diri.Saya kenal calon yang dimaksudkan. Kalau betul dia menipu.. dia tidak akan tidur lena.Dia tidak berani masuk 40m. Ramai yang menunggu untuk menguji cw beliau sekali lagi tapi kali ini diudara.Perkara ini telah berlaku pada masa lepas.9m ,
9m ini tidak berani masuk 40m, bukan kerana tidak ada rig ataupun antenna 40m tapi takut pada bayang bayang sendiri.
Kepada bakal calon CW , jangan takut gagal.Anda akan berbangga jika jika kejayaan diperolehi dengan cara yang betul... bukan menipu.Ynag gagal cuba lagi yang berninat belajar dari sekarang

Tolong jangan tanya saya siapa gerangan calon penipu yang dimaksudkan, ramai yang berada diMCMC pada hari berkenaan tahu.

Rashid 9m2rs

Zek@9m2pro said...

Inilah dia kebesaran ALLAH.

Mencari yang SATU dalam yang banyak, mencari yang banyak dalam yang SATU.

Berkata Umar bin Abdul Aziz: "Tidak aku sukai jika para sahabat tidak berbeda pendapat, kerana jika mereka semuanya mempunyai pandangan yang sama maka manusia akan berada dalam kesempitan" (Jaami' Bayaanil Ilm 2/902)

Akan tetapi jaga adab ketika melahirkan perbezaan pendapat.

Perlu diketahui bahawa adanya perkara-perkara yang boleh kita menerima perbezaan pendapat dan inilah yang dinamakan sebagai perkara-perkara juz'i (cabang) atau zanni (tidak muktamad), manakala dalam perkara-perkara kulli (dasar) atau qat'i (muktamad) maka kita tidak sekali-kali boleh mempertikaikannya.

Saya tujukan juga pada diri saya sendiri. Jadi, harap tidaklah dipanjangkan perkara ini melalui penulisan blog.

Mari kita ramai-ramai duduk semeja dan muzakarah bersama. Bukan memperlihatkan kecerdikan atau kebodohan tetapi mencari rahmat keatas hobi ini.

JOM EYEBALL!! Siapa nak jadi tuan rumah? Kita temukan antara yang lama dan baru. Amacam? :)

Buat apa kita bina jarak sedangkan kita boleh bina jambatan. Orait.

You all the best.

73

AMATEUR RADIO STATION : 9M2GET said...

dear my fellow hams friend....
agak terkejut dengan isu sekarang lebih2 lagi dengan apa yang didedahkan oleh abang rashid....
jika benar apa yang dikatakan oleh 9m2rs tentang seorang calon lambung maka agak sedih bagi saya untuk 23orang lagi calon cw test 02/09 yang lulus serta berusaha keras untuk mengecapi kejayaan mereka(include my xyl)kegembiraan di cyberjaya mungkin terpalit dek isu ini.sesuatu yang menyedihkan....tapi ruang masih ada...buktikan kemampuan anda semua di 7015.....saya akan senantiasa menunggu anda semua di cw mode....biar kita bermula dari 8wpm sekalipun......let make us proud of u.... dr new 9m's boyz.....

Anonymous said...

saya tidak tahu siapa kirim tetapi saya terima sms yang tidak bernombor cerita kurang sama yang hj rashid terangkan .saya juga kenal. saya ada bertemu silelaki bertuah ni selepas ujian cw macammana? tanya saya jawapan di terima ok senang.

Tidak seperti rakan yang lain cemas,ada yang jalan kesana kesani untuk menhilangkan rasa cemas menungu keputusan.

saya terima sms selepas keputusan cw test disebelah petang hari itu walaupun sms saya dapat. saya tidak akan menuduh sidia dan saya berharap rakan ini tidak menbuat kerja yang bodoh ini jika kejadian ini sudah terjadi bertapa hinanya anda dan maruah anda hendak letak dimana gara gara callsign ...

cukuplah yang sudah terjadi berlalu janganlah berulang perbuatan ini lagi.

Pada rakan rakan yang akan menaik
taraf usahalah jangan sesekali menbuat kerja yang tidak bermaruah walau gagal beberapa kali tidak apa satu hari nanti saya percaya anda akan berjaya dan berbanga diatas usaha anda.

Pada rakan itu awaslah rakan rakan yang berjaya sesama anda nanti tentu akan menberi kejutan pada anda. selama dx

de 9m2all

Anonymous said...

salam. rasanye rakan2 perlu baca smula tulisan bang man and try to DIGEST and get the gist of what he's trying to say.
to abang man, maybe test CW sekarang ni a bit different from ur time.wether lulus kesian @ not,we r proud to say that we have guts compared to others in sitting CW test.there still a lot of things that we have to learn and we need someone like u to guide us.to be frank, if u ask me wether i feel angry after reading ur post,well, the answer is NO.if u know me well, i'm a kind of person who dont give a damn(sorry)what people say.and bang man, again, thanx for ur opinion.keep on writing and please bear in mind that a good writer is someone who can evoke awareness among his readers.
73 de9W2OUT