Baru-baru ini berita menggemparkan CAP "Persatuan Pengguna Pulau Pinang telah melaporkan terdapatnya telur ayam palsu"Astagfirrullahhalazim,zaman sains dan teknologi pelabagai barangan yang tiada telah diadakan,dulunya dunia gempar dengan saintis klon kambing..zaman bio technology macam-macam dah terjadi....sekarang nak beli telur ayam kenalah berhati-hati takut terbeli telur ayam tiruan....nampaknya kalu dulu beli telur ayam yang bersih dijadikan sebagai pilihan maka sekarang ni terpaksalah beli telur ayam yang terpalit taik@tahi ayam...lagi banyak taik lagi bagus..hehehehe..kerana dengan adanya benda tu jelas membuktikan bahawa telur ayam itu yang asli..
errr bagaimana pula dengan pilihan selera anda untuk menjamah char kueh teow,murtabak...mee goreng mamak?kalau dulu rata-rata penjual mempertaruhkan "Telur Basuh"bagi menarik pelanggan namun kini ia bukanlah lagi dianggap daya penarik kerana kehadiran telur ayam tiruan....membantutkan selera pengemar makanan segera ini.
Kita sebagai pengguna memang rasa cukup tertipu dengan kehadiran telur ini,cuba lihat sekeliling anda...kuih guna telur,nasi lemak ada telur,roti taruh telur,kenduri kendara pun ada telur,telur dah jadi satu keperluan harian....nampak gaya nya selera telur ayam nak kena berubah ke telur itik pulaklah..
Saya tak dapat nak masukkan video berkaitan harap anda klik sini...untuk mengikuti paparan yang menarik daripada youtube.