LOCAL TIME GMT +8
Saturday, July 11, 2009
Aiesy!!!
Jika tak salah saya populasi ham di Indonesia sahaja mencecah 88000 ini merupakan satu angka yang terlalu jauh meninggalkan kita yang cuma sekitar 6000 orang sahaja,kenapa hal ini terjadi? Apakah yang menyebabkan populasi mereka sedemikian rupa?
Sebagai negara besar(Kepulauan)maka tak hairanlah jika penggunaan CB atau citizen band /rangkaian rakyat yang baru
dibenarkan penggunaannya di Malaysia 2-3 tahun kebelakangan ini telah terdahulu dihalalkan penggunaannya dinegara-negara sepertiUK,USA jua Indonesia,jaringan pengulangan telekomunikasi,talian letrik menyambungi antara seluruh Indonesia adalah suatu yang sukar oleh yang demikian cara terbaik adalah dengan penggunaan cb radio,di Indonesia ia dikenali sebagai RAPI radio antara penduduk Indonesia.Bagi amatur radio Orari sebagai sebuah badan kuasa yang menaungkan semua ahli radio amatir dilihatkan telah memainkan peranannya dengan begitu jaya,lihat sahaja pada susun atur jadual aktivitinya,sedangkan kita masih megah dengan kemunculan berbagai kelab radio amatur dari masa ke semasa.
Populasi rakyat di serata kawasan dan kepulauan,maka disebabkan keterbatasan itu juga penggunaan prabola juga dihalalkan,untuk menyediakan sebuah satelite bagi memancarkan rangkaian tv adalah jauh lebih murah untuk menyediakan jaringan repeater-repeater merentasi seluruh kepulauan Sumatera,Jawa.Sulawesi,Kalimantan dan beberapa lagi kepulauan yang lain,maka tidak hairanlah jika masyarakat Malaysia masih ketinggalan dengan teknologi ini.Jika dibandingkan dengan Astro apa megahnya kita dengan saluran berbayar ini,daif sungguh untuk menonton semua rangkaian tv percuma tv1,2,3,NTV,8,9 semuanya terpaksa dibayar oleh mereka yang berada dipendalaman,jadi tak hairanlah jika kita lihat mereka di kawasan ini meletakkan antenna tv di tempat yang tinggi,buluh dan tiang besi disambung untuk meninggikan antenna,lain dengan Indonesia rangkaian tv mereka dapat diikuti melalui prabola tanpa membuat sebarang pembayaran,ada ura-ura negara kita ke arah sebegini,jika ya maka khabar gembira ini sentiasa dinantikan.Saya senyum sendirian kerana perkara kecil yang dalam penyiaran baru dilaksanakan oleh stesen-stesen tv kita ialah memaparkan program apa akan keudara selepas segmen yang sedang berlangsung,hal kecil sebegini pun tak mampu kita adakan sebelum ini....hehehehe...
Saya masih ingat lagi Pak Lang 9M2BA suatu ketika dahulu ketika eyeball ada memberitahu saya bahawa rakyat indonesia mahir dalam telekomunikasi maka tak hairanlah jika mereka mampu mengadakan sebuah transmitter yang receivernya adalah sebuah shortwave biasa dan dengan cara sedemikian mereka dapat berhubung antara satu sama lain,beliau menyuruh saya monitor di 3-4mhz,ya! ternyata kebenaran itu terbukti.Saat itu saya masih belum mempunyai lesen dan saya juga tahu bahawa pengoperasian pada frekuensi itu adalah salah.
Sesungguhnya kita masih lagi jauh ketinggalan dengan jiran tetangga kita,kita mengagungkan dengan penghantaran angkasawan ke angkasa lepas,desas desus kata negara lain kita hanya menghantar pelancung ke angkasa lepas,tup-tup baru-baru ini kita dimalukan dengan pelancaran roket RX-420 yang berlangsung di Garut, Jawa Barat pada 2hb July yang lepas,Ini adalah pelancaran yang kedua selepas 2008 lalu.Indonesia mensasarkan pada 2014 mereka akan melancarkan satelite mereka sendiri.Apa yang menariknya roket RX420 ini dibuat dalam tempoh 3 bulan dan menggunakan bahan bakar tempatan untuk mengelakkan sebarang masalah dalam penghasilan roket sekiranya berlaku embargo.Sayang kita tidak hantar wakil kita menyaksikan pelancaran roket ini, hanya boleh menumpangkan angkasawan kita dalam Soyuz, hanya sekadar dapat menghantar pelajar menyaksikan pelancaran satelit dan hanya sekadar ditawarkan membeli kapsul Soyuz. Apakah Malaysia malu dengan kejayaan rumpun bangsa kita di Indonesia sehingga berita kejayaan rumpun bangsa kita ini hanya mendapat berita kecil sahaja di dada akhbar.
Subscribe to:
Posts (Atom)