Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Monday, April 7, 2008

RECIPROCAL-Berapa Ramai Ham Yang Benar-Benar Memahaminya

PERJANJIAN OPERASI TIMBAL BALIK

Stesen Radio Amatur negara luar boleh memohon dibawah perjanjian operasi timbal "balik dengan Malaysia. SKMM ( MCMC ) akan mengeluarkan ASAA kepada stesen amatur luar negara sekiranya permohonan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Pengeluaran lesen berkenaan mengikut kelas lesen dari negara asal.

ASAA hanya akan dikeluarkan tidak melebihi tempoh masa sah yang dikeluarkan oleh negara asal atau setahun atau mana yang terdahulu.

Stesen Radio Amatur negara luar yang tidak ada mempunyai perjanjian operasi timbal balik dengan Malaysia akan dipertimbangkan pengeluaran lesen bergantung kepada kes-kes tertentu sahaja. Walau bagaimana pun pengesahan dari ahli MARTS akan dipertimbangkan.


Saya sengaja membawa topik ini ketengah untuk menarik perhatian beberapa kalangan ham yang masih baru dalam dunia radio,tak ramai yang mengambil berat hal berkaitan dengan RECIPROCAL" mungkin tahu atau tidak saya tak pasti.Selepas mendapat kepastian daripada individu yang berpengalaman dalam hal ini maka barulah posting saya ini dilampirkan buat pengkongsian bersama.

Jika terdapat warga asing yang masuk ke Malaysia adalah menjadi satu kesalahan untuk mengunapakai alatan komunikasi radio amatur VHF-HF-UHF ( Amatur band)mengoperasi portable/mobile mana-mana band amatur tanpa mendapatkan ASAA yang sah daripada SKMM/MCMC begitu juga dengan anda jika anda berada di luar negara,lesen/callsign anda tidak sah untuk dipergunakan,kecuali mendapat kelulusan daripada FCC negara berkenaan.Sila rujuk kepada perjanjian timbal balik yang saya lampirkan di atas posting ini.

Sekiranya stesen asing bercallsign HS0,YB6,9V1,VR2 dan seumpamanya lesen mereka dan callsign mereka adalah tidak sah dipergunakan di dalam Malaysia kecuali mendapat kelulusan daripada SKMM/MCMC.

Ham asing/luar callsign yang mendapat kelulusan daripada MCMC/SKMM boleh dikenali dengan penambahan / (stroke)pada akhir callsign asalnya contoh seperti HS9AAA/9M2??? atau juga YB6ZZZ/9M2???,VU2???/9m2???,BG7???/9M2??? dan lain-lain.

Sekiranya terdapat mana-mana stesen ham asing yang memanggil disimplex channel atau di rangkaian repeater tidak salah untuk melayani stesen berkenaan untuk mengenalpasti pasti status pengoperasiannya.Stesen asing seperti 9V1,HS9,YB seringkali juga mengekses dari negara mereka cara ini dikenali sebagai Dxing stesen,maka tidak menjadi satu kesalahan untuk ham Malaysia melayaninya, jika didapati stesen itu beroperasi secara salah(portable/mobile) di dalam Malaysia ia adalah menyalahi akta telekomunikasi dan janganlah terus anda melayaninya berpanjangan.Cara terbaik lebih sopan adalah signoff daripada frekuensi.Sebagai ham asing sudah pasti beliau mengetahui bahawa tindakan yang beliau lakukan adalah menyalahi undang-undang namun jika masih terdapat stesen ham Malaysia yang terus melayani beliau maka kedua-duanya telah membelakangi undang-undang yang tak sepatutnya diengkari.

Selepas dirujuk kepada ham yang arif beliau memaklumkan kepada saya sehingga kini tiada AA dikeluarkan kepada pemegang callsign YD.


Sila rujuk Appendix 8 untuk senarai negara yang menyetujui program timbal balik ( RECIPROCAL)di dalam MCMC Guidelines/Garispanduan MCMC