Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Monday, September 6, 2010

SEDIH, DIA DAH NAK PERGI......

Salam sejahtera untuk semua pengunjung setia blog ini,boleh kata terlalu pantas masa berlalu tak sedar bulan Ramadhan menghampir garis penamatnya beberapa hari lagi umat islam akan meraikan hari kemenangan melawan hawa nafsu dan segala macam dugaan,alhamdulillah,insyaallah 1 syawal akan menyambut kemenangan itu.Menyingkap peristiwa yang berlalu sepanjang permulaan ramadhan ada yang manis dan ada yang tidak.Terasa sayu bila mengenangkan bulan yang mulia ini akan meninggalkan kita,apakah hadirnya kita semua merahmatinya dengan mengerjakan seribu satu macam amal ibadah? Cuba kita tenang sejenak fikirkan apa perencanaan yang telah kita lakukan sepanjang bulan yang cuma berbaki beberapa hari lagi?puasa kita apakah mencukupi,terawih,amalan-amalan sunat yang ditutunt,sedekah jariah apakah kita memperlibat gandakan melebihi daripada ramadhan yang lalu? Alhamdulillah jika anda menjawabnya dengan "yaaaa."



Bagi yang mencari sumber pendapatan sampingan ramadhan juga memberikan kesempatan pada mereka untuk meraih keuntungan dengan hasil jualan kuih-muih,lauk-pauk,aneka minuman,pakaiandan berbagai lagi,syukur bebanan keluarga dapat dikurangkan dengan hasil pendapatan yang bersih lagi halal ini,namun agak mengecewakan bagi segelintir hotel-hotel,restoran mewah menyalah-gunakan istilah halal untuk mempromosi buffet ramadhan,memang amat mendukacitakan apabila status halal terlalu mudah dicanangkan bagi tujuan tersebut,arak yang terkandung dalam resepi masakan tidak sedikit pun diambil berat status keharamannya buat pengunjung yang beragama islam,yang jahilnya masyarakat kita hari ini ialah terlalu ambil mudah hal halal haram ini,"Naauzubillah" Prasarana berstatus 1-5 bintang yang menawarkan buffet ini acap kali menjadi tumpuan warga kelas sederhana,pertengahan bagi yang kelas atasan apalah sangat dengan tawaran sebegini,breakfast,lunch,high tea dan dinner dah macam rumah sendiri.Kita harus bijak memilih lokasi yang sesuai yang status halalnya memang diperakui,bukan terpengaruh dengan kos yang dikenakan.



Jualan hebat juga satu ancaman buat kita semua,ada orang telah membuat persediaan lebih awal dan boleh dianggarkan 80% membuat persediaan di saat akhir eeem....saya berada dipertengahan golongan,alhamdulillah keperihatinan syarikat membayar bonus separuh untuk saya dan kakitangannya membolehkan saya bertindak lebih awal,ada antara kita yang punyai hal dan tututan keluarga yang perlu didahulukan,setelah dikira budget tolak duit minyak pergi balik kampung,duit untuk anak-anak buah,duit untuk mak pak....hanya tambahan yang perlu sahaja dilakukan di saat akhir,namun yang menyakitkan hati apabila semua pakat turun shopping ialah jemm....jemm...jemmm....hehehehehe...lebih memeritkan lagi apabila kawasan parking kereta terhad,maka tak hairanlah jika kita dapati kenderaan diletak di merata-rata tempat yang tidak sepatutnya.Kepada bapa polisi dan pihak penguatkuasaan tolong perihatin dengan hal ini,situasi sebegini bukanlah disengajakan harap peka bukannya terus menyaman simpatilah dengan tempat yang terhad namun bagi yang melampau tu saman sajalah,sebagai contoh parking di kawasan petak kuning,di tepi paip bomba dan kawasan tempat letak motorsikal.



Komen saya untuk ujian cw kali ini pula,alhamdulillah cw masih mendapat sambutan daripada rakan-rakan yang ingin naik taraf,saya memberikan sokongan 100% atas daya usaha yang telah ditunjukkan oleh mereka semua,pada yang gagal bukan bermaksud harapan dan cita-cita anda telah berakhir,jadikan 9M2YRS sebagai idola atau contoh terbaik 9W2 sebelum ini,walaupun "DRAFT MCMC"@#$@#$#%@##$ lebih baik berusaha daripada "Dengar guruh berdetum air ditempayan dicurahkan"anda berusaha kejayaan itu milik anda bukan milik sesiapa.



Cumanya cw adalah kayu ukuran untuk anda melangkah setapak ke hadapan dan jauh lebih ke hadapan.Itu adalah pandangan peribadi saya. Menarik untuk dikongsi bersama "filem TRANSFORMER"ketika di mana digital komunikasi,telefon,vhf dan mode komunikasi yang canggih telah dihack oleh geng-geng Megatron,menariknya "short wave"yang dianggap kuno telah dipergunakan untuk tujuan perhubungan,eeeem.....short wave juga telah dipergunakan untuk memohon bantuan daripada pihak tentera..hahahahaha....radio usang digunakan tapi...yang menariknya mikropon


tak ada,lansung dicadangkan supaya menghantar isyarat dengan menggunakan keyboard bagi mengantikan keyer,eeemmm......logik yang tak logiknya si negro yang pandai komputer tu bukan tau pun cw,inilah kepincangan filem BOX OFFICE logik dan ketidak logikannya.
Apa pun mode cw masih digunakan ketika dalam darurat.Yang menarik pada sessi ujian cw kali ini pula ialah tiada lagi "Rumah siap pahat berbunyi"syabas untuk semua yang terlibat samada secara langsung dan tidak,kepada 9W2BAL berkat dan usaha anda telah membuahkan kejayaan,teratak buruk saya yang telah anda lawati bukanlah berstatus lima bintang sebagaimana yang anda mungkin fikirkan,yang pastinya anda bersama tujuh orang rakan yang telah berjaya dalam  ujian                                                                                                                                                                   
telah buktikan,tiada cenderahati untuk anda nota yang anda bawa balik tu tak perlu dipulangkan.

Kesempatan yang ada ini saya serta keluarga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN apa yang terkandung dalam blog ini hanyalah catatan,

insan yang sentiasa kurang dan yang memberikan inspirasi dan yang bermaanfaat adalah datang daripada yang maha esa,sebagai manusia kami tidak lari daripada melakukan kesalahan samada sedar dan tidak,hari baik bulan baik sama-samalah kita bermaafaan.
bak kata rakan saya di kawasan tengah dia cukup gembira apabila bulan rejab datang masa itu lah rakan saya ini akan bermula berpuasa apabila ramadhan ini akan pergi ia cukup sedih dan sayu......adakah kita bertemu ramadhan lagi ????............ 73