Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Saturday, December 21, 2013

Hampir 8 Tahun Baru Bertemu

Percutian penghujung tahun 2013 menemukan saya dengan seorang rakan veteran dalam ham radio,orang yang pertama saya qso dalam mode cw di 7mhz, orang yang boleh dikatakan mengajar selok belok cw, dah lama kepingin untuk berjumpa namun hari ini hampir 8 tahun julung kalinya berjabat tangan di daratan.
Sememangnya tiada terfikir untuk datang ke sini dan berjumpa sebab saya sedia maklum cikgu sibuk menguruskan isteri beliau yang uzur.
Seingat saya rakan ham Alor Setar yang sempat saya kunjungi beberapa tahun yang sudah ialah abang Hanafi aka 9w2tz, errrrmmm...dah tak ingat jalan ke rumah beliau, malam tadi saya dikejutkan dengan kehadiran cikgu Rahman yang menunggu saya di ruang lobi hotel,kalau tak kerana cikgu Hairie aka 9m2get yg tag cikgu Rahman pada status saya di FB, mungkin kedatangan saya ke Alor Setar tidak diketahui....thanks cikgu Hairie, hajat nak berjumpa tu sentiasa ada namun kita faham jadual harian cikgu Rahman tu padat, tadi pun saya dimaklumkan keadaan isteri beliau yang perlu menjalani hemodialysis menyebabkan beliau tidak lagi semudah dahulu untuk bergerak kemana mana.
Walaupun tidak selalu muncul di 40m band, beliau masih aktif mendengar cw, saya dimaklumkan oleh beliau mengenai websdr.org untuk mendengar cw...pesan beliau kepada saya kalau tak main cw, sekurang-kurangnya kena mendengar juga...
Keupayaan untuk high speed dah lama merosot, tapi untuk 10-12wpm rasanya masih boleh lagi....
Pertemuan dengan cikgu Rahman satu kepuasan bagi saya kerana hampir 8 tahun mengenali di websites, di 2m band juga di 40m band, namun hari ini saya bertemu juga akhirnya.
Dalam rancak berbual di cafe house tadi saya menerima jemputan ke base station oleh abang Hanafi,kedatangan saya ke sini dimaklumkan oleh cikgu Rahman, beliau beriya nak saya datang ke rumahnya pada pagi esok, insyaallah tiada aral saya akan cuba datang...

No comments: