Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Sunday, April 27, 2008

SWL DAHULU DAN KINI

Shortwave listening atau lebih dikenali sebagai SWLing ialah perlakuan seseorang yang mempelosori frekuensi radio bergelombang pendek tertumpu kepada aktiviti mendengar, mereka ini diberikan jolokan dengan swl,adalah dikenalpasti bahawa asas seseorang untuk mendalami radio amatur ialah melalui SWLing, pada peringkat ini swl bereksperimen antenna khususnya long wire yang ringkas untuk cuba mendapatkan kualiti penerimaan yang terbaik ,dengan ketiadaan lesen itulah sedikit sebanyak yang dilakukan oleh swl,swl tidak memancar pada mana-mana frekuensi yang diperkhususkan oleh badan bertanggungjawab contohnya seperti MCMC untuk negara kita FCC untuk negara seperti Amerika dan lain-lain.

Pemantauan swl tertumpu kepada frekuesi rendah Am band sekitar 1700khz sehingga 30mhz,pemantauan pada asalnya banyak tertumpu kepada station penyiaran ,"hunting" DXers swl sedaya upaya cuba untuk untuk menerima sebanyak boleh siaran radio di serata dunia,antara siaran stesen yang sering saya ikuti ketika SWL dahulu ialah daripada Radio Singapore,BBC,Voice of America,Voice of Africa,trade mark yang saya masih ingat ialah pada BBC "satu slot"yang kendengaran bunyi macam loceng gereja.

SWL kini kurang berminat untuk ambil tahu perkara berkaitan propagasi.Celik-celik mata bukit Kayu Hitam dan Johor mampu digapai oleh 2m band keistimewaan HF kian dipinggirkan.Istimewanya shortwave hanya "pure" swl saja yang tahu,jika anda sering mengikuti BBC,Voice of America atau lain-lain anda akan dapati bahawa penyampaian sesuatu berita dipersepsi yang berlainan,besar kemungkinan berita yang anda ikuti itu paling terkini,saya terjumpa satu artikel dari negara jiran yang mengatakan bahawa ketika berlakunya perang teluk penjualan "radio shortwave"amat menggalakan ini adalah kerana ia merupakan sumber informasi paling mudah untuk memperolehi berita yang terkini dan lebih pantas dari media yang lain.

Melalui pematauan daripada oragnisasi/pertubuhan/persatuan sepatutnya diperjelaskan dengan terang apa maksud atau pengertian swl apa yang dibolehkan dan apa yang tidak apakah langkah-langkah yang perlu untuk seseorang swl lakukan untuk menaik taraf kepada individu berlesen serta menjadi amatur yang disegani,jika anda mempunyai perintis swl penduakan mereka untuk menjadi seperti anda,apa gunanya pekembangan amatur radio punyai ahli yang ramai tanpa kualiti yang dibanggakan.
Swl yang bernaung di bawah sesuatu organisasi tidak bererti punyai kebebasan untuk untuk perlakukan sesuatu seperti memancar dan mempergunakan callsign rakan yang lain untuk dirinya mengenepikan soal perundangan.Inilah yang akan/bakal terjadi sekiranya sesuatu pihak cuba membolehkan apa yang tidak menutup mata tanpa memperbetulkan apa yang salah apa pun jangan sampai "dah terhantuk baru terngadah"

No comments: