Memang benar 7043 adalah bukan hak milik mutlak mana-mana pihak,Apa pun saya ingin mengajak anda mengenang kembali kisah silam,Sebagai seorang ham kita perlu ambil tahu tentang sejarah ham radio di negara kita walaupun fakta yang bakal diceritakan tiada satu pun berhubung kait dengan jawapan bagi peperiksaan RAE. Kita lahir sebagai generasi baru ham di Malaysia patut bersyukur dengan apa yang telah kita perolehi,Lesen B contohnya diperjuangkan untuk jenerasi ham lewat 80an.Jika tidak kerana usaha beberapa 9M yang lama mungkin sehingga kini lesen kelas B tidak wujud di Malaysia.Apa yang ada cuma lesen kelas A yang masih memerlukan seseorang itu menduduki ujian morse code.
Kita tinggalkan hal itu seketika,sebelum saya bercerita lebih lanjut lagi elok saya cerita sesuatu tidak semua ham jenerasi baru seperti saya ketahui
Kita harus membongkar rahsia di sebalik 40m band untuk posting ini saya merujuk kepada ham yang saya anggap sebagai senior tak keberatan boleh juga dianggap antara kumpulan ham vateren saya cuba mencatatkan sebaik mungkin apa yang telah diceritakan kepada saya,Menurut beliau,Beliau mula berjinak-jinak dengan hobi ini semasa umur beliau belasan tahun lagi seingat beliau pada tahun 1978 waktu itu semasa beliau seorang swl, beliau sentiasa monitor di 40M di frekuensi 7.040 tiap-tiap petang beliau akan terdengar semua ham di Malaysia berkumpul di situ,biasanya 9M2DW (Arwah Datuk Tan), 9M2GL (Arwah Hj Idris) 9M2GV, 9M2AR,9M2AV(late Avatar Singh), 9M2FK, 9M2BS (Late Kee), 9M2RR (dulunya dimiliki oleh orang Australian yang bekerja di RAAF)9M2EG (Arwah Pak Arifin)9M2TA, dan banyak lagi sehingga tahun 2000. Masih menjadi tradisi frekuensi ini digunakan oleh 9M ini adalah kerana pada awal tahun 70 dan sebelumnya masih belum ada 2meter band dan juga repeater,Jadi untuk ham-ham di Malaysia apa yang mereka praktikan ialah dengan menggunakan frekuensi ini, Ini memudahkan mereka mencari rakan-rakan di Malaysia untuk berhubung.Cara sebegini juga dipraktikkan dimana-mana juga di dunia ini,Ada ketikanya frekuensi ini di gunakan oleh rakan dari negara jiran maka mereka akan naik 5Kc keatas,Setelah didapati ianya kosong mereka akan kembali keasalnya,cara sebegini memudahkan rakan-rakan yang lain mencari rakan. 9M pada hari biasa akan berada di 7040 jam setiap jam 6.00 petang dan pada hari Ahad pula lebih awal dari itu.Kemeriahan ini tidak kekal lama sekitar tahun 2000 himgga tahun 2003 ramai 9M yang kurang aktif kadang-kadang jarang dengar lagi di frekuensi tersebut,Maka ramai rakan ham dari Negara jiran menggunakan frekuensi 7.040 oleh kerana pada ketika itu masih ada seorang ham yg aktif maka frekuensi 7.043 dijadikan frekuensi penganti,boleh dikatakan setiap hari beliau akan berada di situ,pada pagi dan petang,ketikanya frekuensi tersebut digunakan atau QRM maka mereka akan mencari frekuensi yang lain apabila keadaan band kembali bagus maka mereka akan kembali semula ke 7.043.
Saya difahamkan bahawa pada tahun 1993 9M2AU dan 9M2DX menjalankan NET untuk 40meter ia dipanggil MALAYSIAN 40 METER NET. Mereka adalah pelopor utama 40 meter net secara formal dan bersistematik,Ia diadakan pada setiap hari Ahad jam 9.30pagi.
Stesen NET mulanya dipancarkan dari Kelab Station UKM Bangi dengan menggunakan callsign 9M2UKM pada ketika itu,Mereka memanggil station local dari utara tanah air sehinggalah ke Sabah dan Sarawak dan lepas itu baru memanggil stesen-stesen dari luar negara.
Di penghujung Net tersebut di berikan panduan predition on Propagation,SWL dibenarkan mengajukan pertanyaan melalui talian telefon,Mereka boleh menghubungi pengawal Net melalui nombor telefon yang diberikan.Setelah setahun dijalankan mereka kemudian menyerahkannya kepada pihak MARTS. Pihak Marts pada ketika itu kemudiannya memberikan kebenaran kepada pak zainal (9M2ZA) untuk mengendalikan Net 9M2ZA kemudiannya menyusun schedule di mana minggu ini beliau menjalankan Net…minggu depan Pak Eshee (9M2FK) selepas itu 9M2GL, 9M2RS, 9M2RI, 9M2RB,9M2NZ, 9M2FZ,9M2MP,9M2KM dan lain-lain.
MARTS mengambil alih tugas Net Controller ini mengikut format yang dibuat oleh 9M2AU DAN 9M2DX Net ini kemudiannya ditukar nama menjadi Marts Malaysian 40meter net namun malangnya pada tahun 2006 net tersebut tidak lagi aktif. Ini kerana kebanyakan 9M tidak lagi aktif di 40 meter (7.040),Maka Net tersebut kalau tidak silap dihentikan pada tahun 2007.Namun begitu setiap pagi ahad masih lagi kedengaran rakan-rakan veteran ham masih lagi menggunakan 40meter termasuk rakan dari negara jiran saperti Singapura dan Indonesia berbual di situ dengan cara tidak formal.
Cuba kita lihat mengapa Frekuensi SEANET di setkan ke 14.320MHz? sejak dari awal lagi dan mengapa pula ORARI Nusantara Net di setkan ke 7.055Mhz SETIAP PETANG bahkan di luar Negara pun ada net-net yang tidak formal dan formal. Saya juga dimaklumkan di bulan Ramadan ada stesen dari middle East mengadakan Ramadan Net di 20 meter band dan ada rakan 9M check in net ini, Pada bulan Ramadan nanti cuba anda scan di 14.200 keatas mungkin anda akan terjumpa net ini,Banyak lagi cerita-cerita yang menarik yang boleh di kongsi dengan rakan-rakan ham yang lain.
Ini adalah satu sejarah yang yg tidak tercatat dimana-mana,kita harus membongkar sejarah yang lama-lama melalui orang veteran baru lah kita boleh tengok sesuatu perkara secara positif dan tidak secara Defensive,Bila kita kaji sejarah barulah kita akan tahu dan menilai apa yang berlaku di sebalik ini semua.
Insyaallah jika diberikan kesempatan saya akan menjawab komen-komen yang saya terima,saya mengucapkan berbanyak terima kasih atas komen-komen tersebut,Untuk menjawab saya terpaksa merujuk kepada mereka yang lebih arif,Mungkin ilmu
anda terlalu tinggi buat saya yang hanya bersekolah pondok ni...hehehehe...lumrah alam apa bila disoal kita akan mula berfikir dan mula mencari fakta untuk menyokong tentang apa yang disoalkan.Terima kasih sekali lagi kerana dengan persoalan anda ini saya terpaksa mencari jawapan nya melaui beberapa panggilan telefon dan kita sama-sama menambah ilmu.
Saya tidak menganggap komen-komen tersebut sebagai negatif,saya cuba mencari jawapan pada pertanyaan juga pandangan kerana sebagai khalifah yang dijadikan Allah S.W.T akal dan fikiran sentiasa ada jalan penghujungnya insyaallah. Telah saya nyatakan pada posting saya yang lepas apa ada dengan 9M?Ianya bukan darjah kebesaran yang yang boleh diagung-agungkan dalam dunia ini tak perlulah kita cabar mencabar,"Lembu Dipengang Pada Tali" Kita manusia berpegang kepada adat dan tradisi" hormat menghormati antara satu sama lain telah diperturunkan zaman berzaman tidak perlu tunjuk kita hebat… Sepatutnya kita harus membantu sesama lain dan belajar untuk menambah ilmu,Untuk maju kedepan tapi bukan melalui cabar mencabar sesama manusia....Sepatutnya kita harus belajar untuk menambahkan lagi ilmu…jika kita dapati diri kita ini kekurangan ilmu.
Jika orang veteran yang saya temui di atas pun tidak sombong diri,Beliau menyatakan sesuatu yang fact berlandaskan buku undang-undang dan peraturan. Beliau tidak suka berkata sesuatu yang datang dari kepalanya,Apa yang dinyatakan beliau berpandukan atau berlandaskan tiga atau empat perkara tadi. Saya sediri berpendapat apa yang di nyatakan oleh 9M yang veteran ini perlu kita semua pelajari dan tauladani,Beliau juga tidak sombong bahkan dirumah beliau terdapat berbagai buku-buku rujukan saperti RADIO COMMUNICATION HANBOOK RSGB, ARRL HAND BOOK, ARRL ANTENNA HAND BOOK, The Radio Amateur SATELLITE HANDBOOK. Emergency Communication Handbook, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA,PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA dan berbagai bagai majalah seperti Practical Wireless, CQ Magazine, QST Magazine, Monitoring Times, Short Wave Magazine dan lain-lain. Naik taraf ke 9M bukan bermaksud lepas dapat 9M kena jadi hidung tinggi,tak perlu kita mendabek dada "KERANA ILMU YANG KITA ADA INI DARI ALLAH, ALLAH BOLEH MENCABUTNYA DARI KITA BILA-BILA MASA DAN KETIKA" DIRI KITA INI PUN MILIK ALLAH" Suatu ketika saya kempunan untuk menjelajah semua frekuensi HF,siang malam
saya menantikan agar 9W seperti saya diberikan status kelas A Mengharap cw dimasuhkan,itu dahulu apa pun cuba kita bayangkan adakah boleh
kita katakan dari 5,000 org pemegang AA kelas B jika semuanya diberikan status Kelas A dan dibenarkan sesiapa sahaja menggunakan amateur spectrum agak-agak kita lah berapa ramai yang tahu Frekuensi HF di mana boleh bekerja CW, dimana Digital dan di mana Phone dan di mana kita perlu gunakan LSB dan USB,Ini tidak termasuk ganguan (TVI) pada jiran tetangga.Ada kah kita mempunyai kualiti?
Adakah mereka ini semua berkemampuan melakukannya?Mungkin ada yang akan mengatakan tak kan! nak belajar semua ini dengan sekelip mata.. Hah betul tuuu.Kalau kita kaji sendiri baru lah kita tahu kelemahan diri kita ...kita harus melalui sesuatu itu melaui proses jangka masa yang munasabah.......cuba kita lihat sendiri mengapa sebelum dapat lesen kita kena mengikuti ujian bertulis satelah itu baru dapat lesen L satelah lulus ujian memandu barulah kita di berikan lesen .... dan dalam jangka masa tertentu kita harus menampalkan "P" ......Kita harus melalui proses tertentu......Saya juga diberitahu oleh seorang veteran semasa beliau SWL lagi mereka telah tahu bagaimana nak menggunakan alat HF bersama Manual tuner,katanya itulah kualiti radio ham ketika itu biasanya SWL-SWL ini akan turun padang membantu bila ada JOTA atau Pameran dan Field Day,mereka-mereka ini apabila sudah mendapat lesen mereka sudah berpengalaman luas,saya juga tak menafikan pada hari ini masih ada ham yang berkualiti saperti ini. Namun jika kita congak dari 5,000 ini berapa peratus yang seperti orang veteran dahulu?
Saya berpendapat mereka yang lalu itu bekerja keras untuk dapat kan lesen mana tidak nya menjadi SWL saja bertahun tahun,Dan ada diantara mereka masih menyimpan rapi log book yang dicatatkan ketika mereka masih SWLing lagi, cuba kita amati adakan kita mempunyai buku logsemasa kita SWL .....mereka-mereka ini setelah lulus ujian tak boleh pergi ke 2 meter atau 10 meter ketika itu belum ada lesen kelas B lagi jadi mereka ini adalah mereka-mereka yang penyabar mereka kebanyakannya penuhi ilmu-ilmu mereka dahulu dan masa itu lahir ham-ham yang berkualiti dan mereka ini menilai lesen mereka dan menjaga tata susila Ham,mereka-mereka ini lah yang sebenar benar nya ham.
Saya ingin menjadi seperti mereka ini ,saya hormati kepada mereka-mereka ini.... Pada pendapat saya kita kita harus contohi mereka-mereka ini...Inilah yang dikatakan HAM YANG SEBENAR..BENARNYA.. Kita janganlah lah menjauhi mereka ini atau pinggirkan mereka ini.... sepatutnya kitalah yang harus pergi mencari mereka ini dan menimba ilmu dari mereka,kita jangan salahkan mereka kerana mereka-mereka ini telah lanjut usia,kita harus menghormati mereka,janganlah kita salahkan mereka kerana tidak mengajar kita,saya dapat rasakan ini adalah tanggapan yang negatif dari setengah pihak kerana suatu ketika dahulu saya juga berfikiran sedemikian, Namun apabila diri mereka ini kita dekati "keakraban dan pengkongsian ilmu itu diperolehi""Tak kenal maka tak cinta"bukan cikgu yang mencari anak muridnya tapi anak muridlah yang harus mencari cikgu-cikgu ini.Samalah sepertii kita menghantar anak-anak kita ke sekolah bukan sekolah mencari kita,"Jika tiada lama tiada baru bakal menjelma"
1 comment:
saya monitor callsign callsign yg man sebut sejak dari tahun 80'an lagi.masa tu pakai set sony icf 7600,kemudian upgrade ke icf 2001d.memang setiap petang balik kerja 7043 menjadi penawar penat bekerja bagi setiap swl ketika itu lebih lebih lagi kalau 9m2za dan 9m2dw ada di frq.dari situ kita baru dapat tau apa itu q code,harmonic,
xyl dan yg paling lucu sekali rf water..nanti kita sambung lagi...oh ya kita masih lagi simpan qsl kad 9m2dw dan 9m2fk
Post a Comment