Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Wednesday, March 5, 2008

LATIHAN PENGHANTARAN MORSE


Bertemu lagi dalam sessi pembelajaran morse,saya harap mereka-mereka yang mengikuti blog ini dapat manfaat daripada artikel yang lepas.Penghantaran morse lebih matap bila anda telah mengenali kod-kod morse yang sedia ada.Rata-rata rakan senior memaklumkan jangan belajar menghantar,belajar untuk menerima terlebih dahulu,ini adalah tepat sekali kerana dalam morse test anda perlu melalui sessi ujian penerimaan dahulu kemudian akan diikuti dengan sessi penghantaran text dan 10 kumpulan nombor.Daripada pengalaman saya berlatihlah dari masa kesemasa "sending"A-Z kemudian Z-A caranya sending berterusan A-Z dan Z-A tanpa berhenti buat permulaan biarkan ada gap"jarakkan masa A ke B ke C dan seterusnya begitu juga halnya dengan nombor-nombor 0-9 dan 9-0.
Sending hendaklah dilakukan sepintas lalu jangan ada gap pada karektor tersebut."Saya masih ingat lagi ketika saya membuat penghantaran ayat pendek dan pada ketika itu arwah Haji Idris 9M2GL yang mengajar sessi cw di linking Mares.

Ayat yang saya hantar ialah "JUALAN HEBAT TAHUN BARU CINA"saya bermasalah dengan kod U dan saya lakukan kesilapan, penghantaran saya dibaca sebagai JITALAN HEBAT TAHITN BARU CINA,kesilapan pada kod U sebabnya saya hantar tak lancar ada gap pada 2 dit yang pertama dan da kemudiannya.

Antara kod yang perlu diberikan perhatian ialah:
H-U-V-X dan bagi Nombor 3-5

Punctuation mark seperti Tanda titik/noktah(.)koma(,)slash/garis sendeng/mereng(/)Tanda soal(?)juga perlu ambil tahu juga,sepanjang 2 exam yang lepas

Disamping berlatih sending A-Z dan 0-9 jangan lupa Error signal iaitu 8 dit dihantar berterusan bukannya H dan H,tolong berikan penekanan kepada kod error signal.
Ini penting kerana sewaktu ujian jika anda telah melakukan kesalahan dan anda perlu membetulkan kesalahan tersebut,kod Error signal perlu dihantar terlebih dahulu kemudian diikuti dengan permulaan ayat tersebut.

Antara ayat-ayat pendek yang anda boleh sending bagi latihan ialah:
THE QUICK BROWN FOX JUMP OVER THE LAZY DOGS.

BEST-FIVE-VEST-
EISH5-HSIE5-EIHS5-SIEH5-
UV4-4VU-4UV

Jika anda punyai pogram morse "cut and paste"kemudian mainkan dalam kelajuan 13-15wpm,
ketika kod dimainkan anda ikuti sama membuat penghantaran.

Rakamlah setiap penghantaran yang anda lakukan kemudian mainkan semula,jika anda tidak boleh membaca/sukar,ini bermakna penghantaran anda masih belum mantap dan perlu banyak berlatih lagi.

Kunci kepada kejayaan ialah banyakkan sessi latihan penghantaran ingat! ratio/nisbah 1 da bersamaan 3 dit.
Spacing antara karektor dan antara ayat-ayat perlu sekata jika tidak penghantaran anda akan kedengaran terabur dan menjadi agak kelam kabut.

No comments: