Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Wednesday, March 5, 2008

SEDIKIT PANDUAN BAGI UJIAN MORSE 26 MARCH NANTI


Kepada mereka yang gagal pada sessi ujian yang lepas kali ini buktikan kemampuan anda,dan tentu mereka yang menduduki ujian kali ini sudah masak dengan perjalanan ujian cw yang akan dilangsungkan kepada yang baru pertama kali harap tips yang saya postkan di sini sedikit sebanyak dapat membantu anda.

1.Sediakan alatulis yang lengkap

2.Bateri yang mecukupi,kerana dekat cmc tiada kedai

3.Jika anda menggunakan elektronik key pastikan ada dibawa bersama extension wire.

4.Key mestilah dalam berkeadaan baik,periksa dahulu sebelum bawa.

5.Ketika sessi mempendengarkan tone cw untuk anda,sila angkat tangan memaklumbalas jika tone tersebut tak memuaskan pendengaran anda,tone 600hz-850hz difikirkan sesuai dan pastikan tiada terdapat echo pada akhir tone yang dimainkan.

6.Jika anda tercicir kod sila tandakan /atau- jangan cuba untuk fikir apa kod tu.
selepas selesai sila lihat kembali pada bahagian-bahagian yang telah anda tercicr tadi kemudian masukkan alphabet yang dirasakan tepat untuk lengkapkan ayat atau perkataan yang anda miss.
Semasa 2 exam yang saya amabil cmc menyediakan kertas menjawab jawapan berkotak,jika masih lagi digunakan ia adalah advantage untuk anda dan anda cuma biarkan kosong pada kotak yang anda telah miss kod tadi.

7.Bagi yang telah telah lulus sessi penerimaan,bolehlah mengeluarkan key untuk sessi penghantaran dan bolehlah mula berlatih,kebiasaannya text untuk sessi penghantaran adalah text yang sama sewaktu sessi penerimaan,jadi berlatihlah untuk menghantar.


8.Sebaik masuk berilah ucapan hormat pada pegawai bertugas ucapkan salam atau sebagainya.

9.Pada sessi penghantaran jangan lupa untuk dimulakan dengan sending VVV VVV
VVV VVV membawa maksud standy for incoming mesej kemudian diikuti dengan text tersebut.

10.Apabila terdapat kesalahan kepada mana-mana ayat sila perbetulkan dengan menghantar kod error signal terlebih dahulu iaitu 8dit dihantar berterusan dan diikuti permulaan ayat yang salah tadi.
contoh ialah seperti berikut:

ENAM MARCH IALAH TARIKH MENGUNDI BAGI ORANG RAMAI,UNTUK MEMILIH KERAJAAN BARU ATAU LAMA
jika anda telah melakukan kesalahan pada ayat untuk pada kod U sila hantar kod error signal dan hantar dengan lengkap ayat UNTUK dan diikuti dengan ayat seterusnya.

Bagi pembetulan nombor-nombor pula adalah seperti berikut:
contoh nombor 34234 56789 09876 12345 54321
98765 11455 88795 35697 85234

Jika anda melakukan kesilapan pada angka 9 pada group 35697 maka hantar kod error signal dan lengkapkan group nombor tadi dan diikuti dengan group nombor seterusnya.

11.Jangan gelabah,anda mungkin bermasalah dengan abjad U atau abjad H nombor 3 atau 5 atau yang lain,perlahankan sedikit kelajuan paddle morse anda pada ayat tersebut dan hantar ikut speed yang anda selesa,biar perlahan tak mengapa tapi masih boleh dibaca,lebih baik daripada melakukan kesalahan setiap kali diulang..ingat! pembetulan ada hadnya 4 kali maksima untuk plain language (text)36 patah perkataan dalam masa 3 minit dan 2 kali untuk 10 X 5 group nombor dalam masa 1.5 minit.

No comments: