Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Wednesday, March 19, 2008

DXing - DXing


Aktiviti Dx-ing ialah satu aktiviti yang popular di kalangan ham di seluruh dunia,melalui aktiviti sebegini seseorang ham dapat berhubung dengan rakan-rakan ham lain di seluruh dunia,antara band yang paling saya suka ialah 20m 14.00-14.350mhz kerana saya banyak beroperasi di sini,bagi rakan-rakan 9W pula 10m dan 6m adalah satu-satunya band yang dibenarkan untuk beroperasi di HF.

Basic peralatan yang perlu anda ada untuk tujuan DX-ing ialah sebuah HF transciever seperti Yaesu FT-897 atau Icom IC706 transciever ini lengkap dibekalkan dengan rangkaian 6m dan 10m tersedia ada,untuk makluman anda ada banyak transceiver di pasaran dan apa yang saya catatkan di sini hanya sekadar contoh sahaja,mode yang paling popular adalah SSB dan juga cw terutamanya kepada penggemar QRP.

Basic peralatan yang lain ialah:
ATU-antenna tunning unit
Antenna-Dipole/Inverted Vee/Yagi dan lain-lain
Jam meja/dinding dalam mode UTC
Headphone
Deskstop microphone jika ada.
Thermometer,sekarang ni jam meja atau jam dinding buatan China lengkap dengan thermometer boleh didapati sekitar harga Rm10.
Buku log dan buku conteng.
Komputer yang dalam mode QRZ.COM
Yang perlu ada sangat-sangat ialah pemahaman bahasa inggeris hehehehe...jangan takut anda akan jumpa ada stesen lain yang bahasa inggerisnya lebih teruk daripada anda,hehehehe...apa peduli masa DX local stesen jarang dapat dengar audio kita eeemmm...broken language sudah memadai untuk anda Dx-ing.

Anda juga boleh beroperasi tanpa ATU tetapi awas antenna yang dipergunakan haruslah untuk band itu sahaja,contohnya antenna itu dibuat khusus untuk band yang anda ingin pergunakan,sebelum adanya ATU saya membuat antenna inverterd Vee dengan melakukan pemotongan pada frekuensi pertengahan iaitu pengukuran pada frekuensi 14.175Mhz. Untuk mendapatkan swr yang paling rendah kerja-kerja triming perlu dilakukan di kedua-dua bahagian element antenna,namun lebih selesa jika mempunyai atu yang basic seperti MFJ945E.

Buka radio dengar telebih dahulu untuk pastikan frekuensi band tersebut tidak digunakan,kemudian tunne atu lebih mudah jika mode radio ketika itu adalah mode cw,gunakan 20w dan keyer dan adjust inductance dan capasitor pada atu tersebut kemudian tingkatkan 50w,80w dan maksimum 100w jangan keyer lama sangat memadai untuk melihat bacaan jarum swr dan laraskan knob atu ulangi untuk mendapatkan swr yang terendah 1:1:

1.Kemudian anda katakan "Is this frequency in use". jika anda di mode CW, keyer QRL? tunggu 30 saat dan ulangi.Ini adalah untuk memastikan panggilan CQ anda tidak overlaping stesen ham yang bukan dalam skip zone anda,anda tentu sekali tidak dapat mendengar stesen tersebut kerana ia bukan dalam skip zone anda,jika pada peringkat ini ok anda teruskan pada peringkat berikutnya

2.Mulakan panggilan CQ- "CQ DX CQ Dx CQ DX Calling CQ. This is 9M2MGL calling DX and standing by" .
Ulang sebanyak tiga kali.Contoh seperti di bawah:
"CQ DX CQ DX CQ DX this is 9M2MGL"
"CQ DX CQ DX CQ DX this is 9M2MGL"
"CQ DX CQ DX CQ DX this is Nine Mexico Two Mexico Germany Lima calling DX and standing by"

Mungkin dah kerana kebiasaan saya menggunakan lingo terakhir agak berbeza dengan
phonetic sedia ada,adakalanya ia memberikan advantage dalam menjayakan CQ call anda.

Sekarang tunggu 10 to 20 saat,10-20 saat memadai untuk rakan ham untuk tunning serta
mengarahkan antenna ke arah anda.Jika tiada respon mulai semula.

3.Jika terdapat stesen yang kembali kepada anda dan anda masih samar-samar akan call
sign beliau,jangan gunakan cw prosign iaitu QRZ? yang bermaksud "Is there a station
calling me?" gunakan bahasa standard English iaitu "Please again with your call sign"
Walaubagaimana pun terpulang kepada anda bagaimana anda hendak mengendalikan stesen yang menjawab panggilan anda,bagi saya ada ketikanya kita perlu menggunapakai SOP sedia ada dan ada masa ketikanya kita perlu menggunakan cara kita sendiri bagi melayani stesen ham yang berbilang bangsa berbeza slang inggerisnya.

Untuk makluman anda berikut adalah beberapa ayat yang kerap saya gunakan ketika mengendalikan stesen DX:

a)"QRX DX?"
b)"PLEASE COMPLETE YOUR CALL"
c)Kadang-kadang saya terpaksa membilang angka 9 untuk menyatakan 9(NINE)
one,two.three,four,five,six,seven,eight,NINE "my callsign in 9M2"The preffix is 9M2 QSL?


4.Jujurlah dalam memberikan signal report kepada stesen tersebut jangan nak
menyedapkan hati mereka untuk anda mendapatkan balasan QSL kad daripada mereka.

5.Jika kendengaran satu stesen sahaja yang dapat bekerja dengan anda,gunakan kesempatan ini untuk QSO lebih sedikit masa.Boleh ceritakan serba sedikit tentang family,local aktiviti,population ham sekitar anda dan sebagainya.

6.Oh ya jangan lupa untuk memberikan ucap selamat,"good evening from Malaysia and good morning dan sebagainya"jika perlu maklumkan local time tempat anda,WX tempat anda.

Sekiranya terdapat banyak stesen yang memanggil-manggil anda ringkaskan QSO anda berikan signal report untuk mereka dan dapatkan signal report anda juga,untuk permulaan CQ call anda maklumkan Nama,QTH,Rig yang dipergunakan,Antenna,Tx power
Ini adalah kerana ketika anda memaklumkan info berkaitan dengan anda stesen-stesen lain telah mendengar QSO anda itu tadi.

7.Sebagai ahli ham radio di udara dan berhubung dengan negara-negara luar anda adalah seorang duta,anda secara tidak langsung membawa nama Malaysia di antarabangsa melalui callsign 9M atau 9W,sehubungan itu jagalah tatatertib,mengawal perilaku supaya imej dan nama persatuan dan negara tidak tercemar.
Untuk lihat lebih detail click OPERATING PROCEDURES



Readability Scale
1 Hardly perceptible; unreadable
2 Weak; readable now and then
3 Fairly good; readable but with difficulty
4 Good; readable
5 Very good; perfectly readable


Signal Strength Scale
1 Unintelligible; barely perceptible
2 Weak signals; barely readable
3 Weak signals; but can be copied
4 Fair signals
5 Fairly good signals
6 Good signals
7 Moderately strong signals
8 Strong signals
9 Extremely strong signals

sila lihat klik The RST Reporting System

Kebanyakan posting yang saya lakukan adalah sepintas lalu tanpa saya menulis terlebih dahulu dan kemudian transfer ke sini,oleh demikian pasti atau akan ada terdapat beberapa kesalahan pada ejaan dan ayat-ayat,ketika masa terluang saya akan membuat semakan semula ke atas posting-posting yang telah saya turunkan di sini,tentunya akan terdapat perubahan pada posting tersebut diharapkan dengan cara sebegini tiada menyukarkan anda semua.

3 comments:

kakisembang said...

saya confure sikit.

kalau ada stesen kat repeater VHF/FM mintak signal report. biasanya orang akan kata readibility 5, atau Romeo 5.

tapi saya baca sini digunakan Q5. jadi yang mana satu penggunaan betul? Q5 ataupun Romeo 5 untuk readibility.

tq :)

20dB Over 9 said...

Terima kasih atas komen anda,Selepas semakan semula saya baru sedari apa yang saya lampirkan juga tiada perincian berkenaan RST .oh ya!untuk pengetahuan anda dan rakan-rakan output dari mana-mana repeater always 5-9 5 untuk "Readability"/bahasa mudah kita selalu gunakan ialah keupayaan audio dibaca sebagus manakah kualiti audio yang kita dengari.Ya betul! paling tepat kita perlu katakan R1-R5 bukannya Q1-Q5 mungkin terbawa-bawa dengan istilah pengendalian 10 tahun yang lalu,suatu ketika dahulu Q sering gunakan bagi menggantikan R untuk report kualiti audio,peredaraan masa banyak mengubah keadaan seperti juga simplex channel dahulu S1-sehingga S err saya pun tak ingat dah frekuensi simplex coz tak pernah pergi ke atas selalu main dekat S19 sahaja dan sekarang ini S telah digantikan dengan Vee .Ketika beroperasi di HF rata-rata stesen yang bekerja dengan saya di 20m dan 40m seringkali berkata "your report is"5 by 9,59,58,55 tanpa menyebut R atau Q atau pun S.Untuk signal strength pula range adalah S1-S9 S-di sini adalah membawa maksud strength/kekuatan signal yang diterima.Jika di HF range signal report walaupun S1-S9 selepas S9 terdapat 10db,20dBsehingga 60dB ini berpandukan strength meter pada transceiver ,kebiasaan di HF apabila kekuatan signal melebih S9 kita akan katakan 10dB over 9,20dB,30dB over 9 dan paling kuat sekali ialah 60dB walaubagaimana pun untuk report kekuatan yang dicatatkan cuma S9. Apabila kita diminta untuk memaklumkan signal report daripada rakan melalui repeater perkara pertama perlu kita maklumkan ialah kekuatan audio signal.perlu diingat repeater yang dalam keadaan baik akan sentiasa memancar dengan kekuatan signal strength S9,jika lokasi kita berada di luar kawasan jangkauan repeater,atau sistem antenna kita yang kurang sempurna tentu sekali signal yang kita terima kurang daripada S9 jadi apa pun signal strength daripada repeater adalah sentiasa S9,kecuali jika repeater tersebut mengalami kerosakan untuk audio pula jika anda bercakap jauh daripada PTT mic sudah tentu audio anda kebelakang,begitu juga jika terdapat hissing audio anda kebelakang pastinya audio itu kurang daripada R5/Q5.Untuk report bagi signal yang betul-betul mantap biasa juga disebut cystal clear atau juga full quoting(Audio yang mantap benar-benar jelas tiada hissing atau harmming.
Untuk phone contact kita cuma gunakan R dan S sahaja T hanya untuk tone untuk cw report.

Q dan R adalah sama R merujuk kepada readability/keupayaan dibaca/kebolehbacaan 1-5 Q-Kualiti audio terbaca 1-5 sama R adalah lebih tepat.KEKUATAN AUDIO DIBACA DENGAN QUALITI 1-5 pening juga nak bagi penerangan ni nampak mudah tapi penerangan kena ada perincian.

kakisembang said...

Terima kasih atas penjelasan yang tepat en, Azman. Saya baru jumpa article ni setelah mencari cari, mungkin boleh membantu rakan ham baru kelak - http://www.qsl.net/vu2msy/operate.htm